Tuesday, August 23, 2011

Anwar nafi liwat Saiful

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.

NONEAnwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

NONEMohd Saiful juga telah menghadiri satu majlis PKR dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

- Bernama

15 comments:
Write comments
  1. Ada ataupun tidak, hanya Anwar, Saiful dan Allah saja yang tahu.

    ReplyDelete
  2. Apapa pun, baik kita tunggulah keputusan daripada mahkamah.

    ReplyDelete
  3. tunggu saja sehingga kes ini selesai bagi mengetahui kebenarannya.

    ReplyDelete
  4. Mungkinkah Anwar tidak bersalah dan kenyataan bekas pembantunya hanyalah palsu?

    ReplyDelete
  5. permainan politik semata2. diharap yang bersalah akan terdedah akhirnya.

    ReplyDelete
  6. kes ini tak lama lagi akan selesai setelah sekian lama ia dibicarakan. kita tuggu keputusannya.

    ReplyDelete
  7. Entah betulkah tidak. Besar kemungkinan permainan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  8. Sukar nak percaya tentang kes ini. Mereka yang terlibat saja tahu akan kebenarannya.

    ReplyDelete
  9. This case so complicated.

    ReplyDelete
  10. Masih menjadi tanda tanya benar atau tidak dakwaan ini.

    ReplyDelete
  11. Seorang lelaki yang dipertahankan oleh isteri adalah merupakan suami yang lemah..mungkin kah Anwar itu lemah??

    ReplyDelete
  12. Anwar sendiri tahu sekadar buat penafian tidak cukup untuk meyakinkan orang ramai.. kenapa Anwar takut bersumpah seperti yang dilakukan oleh Saiful??, dan kenapa takut menyerahkan DNA jika beliau kata sampel yang diambil dari penjara tersebut tidak mengikut prosedur dan standard antarabangsa??

    ReplyDelete
  13. apa kena mengena dengan orang awam......bukan kah itu masalah peribadi....

    ReplyDelete
  14. Don't think this case will end anytime soon.

    ReplyDelete
  15. Hopefully the truth will revealed soon.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.