Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.
Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.
Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.
Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?
Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.
Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.
Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.
Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.
Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.
Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.
Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.
Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.
Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).
Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.
Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .
Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar !
http://peguampas.blogspot.com
Thursday, August 25, 2011
Anwar berjaya menjerat musuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mungkinkah Anwar tidak akan dipenjarakan semula?
ReplyDeleteIsu ini penuh dengan permainan politik.
ReplyDeletekes ini hampir2 sampai ke penghujungnya, kita akan tau keputusannya tak lama lagi.
ReplyDeleteKita kenalah tunggu keputusan daripada mahkamah akhirnya.
ReplyDeleteHarap tuhan akan memberkati Anwar.
ReplyDeletetunggu saja sehingga semuanya selesai bagi mengetahui kebenarannya.
ReplyDeleteindikator dr awal pun menunjukkan anwar x akan dpt 'fair trial'.apabila Dr M memusnahkan konsep pengasingan kuasa di negara ini,semua agensi yg berkenaan adalah senjata kerajaan/pendakwa.sesuatu yg ajaib sekiranya anwar terlepas...
ReplyDelete1 lagi projek penipuan BN...
Entah siapa yang benar, siapa yan salah..politik punya pasal, inilah kejadiannya.
ReplyDeleteWell, this is another politic game. To sustain, one must know how to play the game along.
ReplyDeletetindakan paling bijak ialah jika Anwar dapat mematikan semua pertuduhan2 yang dilemparkan terhadap beliau.. bukannya mengambil jalan mudah supaya pihak pendakwa tidak boleh mempersoalkan kesahihan kenyataan beliau..
ReplyDeleteAnwar menjerat atau Anwar yang terjerat.
ReplyDeletedapatkan info kronologi kes anwar disini.
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=KMm4vjhGP6Q
hahahahaha, anwar menjerat musuhnya???
ReplyDeletebaik bersara la dari politik wahai anwar.. kau hanya menyusahkan diri dan keluarga dan penyokong kau saja.
bukannya kami tidak kenal kau ni siapa...