Saturday, August 13, 2011

USBO KINI AHLI GABUNGAN BN

PERSATUAN Bajau Sabah Bersatu (USBO) kini sebagai salah satu daripada empat Badan Bukan Kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang diterima menjadi Ahli Gabungan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Negara kelmarin mengumumkan bahawa BN menerima empat NGO sebagai Ahli Bergabung BN iaitu Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO); Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia; Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia dan Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia.

“BN masih membuka permohonan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin bergabung dengan BN,” kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Dalam pada itu, Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak ketika dihubungi Sabahkini.net, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Najib dan semua parti komponen atas persetujuan menerima USBO sebagai Ahli Gabungan BN.

“Kita akan gerakkan ahli-ahli kita untuk membantu memperkuatkan jentera BN dan menerangkan Dasar BN kepada masyarakat kita,” kata Salleh yang menjelaskan USBO sekarang diperkasa oleh rumpun Bajau, Irranun dan Suluk.

Salleh menambahkata, beliau mengharapkan semua rumpun dalam USBO terlibat aktif dalam proses pembangunan Negara dan memantapkan sokongan padu kepada BN agar tidak ada yang tercicir daripada arus perdana pembangunan Negara.

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

41 comments:
Write comments
  1. harap dgn kemasukan USBO dalam BN akan mengukuhkan keduanya.

    ReplyDelete
  2. ini mungkin akan membolehkan USBO dan BN akan saling bekerjasama dengan erat.

    ReplyDelete
  3. harap keduanya akan mendapat hasil yang berguna atas keputusan ini..

    ReplyDelete
  4. maka rasmilah USBO adalah ahli gabungan BN..

    ReplyDelete
  5. dengan keputusan ini, maka BN akan bertambah kukuh..ini adalah satu perubahan yang positif untuk memperkasakan lagi jentera BN.

    ReplyDelete
  6. USBO selepas ini haruslah bergerak aktif untuk membantu kerajaan BN menerangkan dasar2 yang telah dirancang kepada rakyat, agar rakyat faham bahawa kerajaan BN mendahulukan rakyat..ini adalah perlu bagi mengelak kekeliruan yang kerap kali ditimbulkan oleh pembangkang untuk meraih undi.

    ReplyDelete
  7. dengan adanya sokongan dan kerjasama erat dari ahli gabungan ini, BN pasti lebih kukuh lagi.

    ReplyDelete
  8. kepentingan suku bajau, irranun dan suluk dalam arus pembangunan negara akan lebih terjamin dengan USBO menjadi ahli gabungan BN..selepas ini, USBO harus berusaha lebih gigih untuk memajukan dan memantapkan apa jua program pembangunan kerajaan untuk kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  9. "... beliau mengharapkan semua rumpun dalam USBO terlibat aktif dalam proses pembangunan Negara dan memantapkan sokongan padu kepada BN agar tidak ada yang tercicir daripada arus perdana pembangunan Negara."

    harap ini dapat dicapai

    ReplyDelete
  10. harap komponen BN akan kukuh untuk mengharungi PRU-13 akan datang

    ReplyDelete
  11. semoga kepentingan suku bajau, irranun dan suluk terjamin di bawah pimpinan USBO

    ReplyDelete
  12. “BN masih membuka permohonan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin bergabung dengan BN,” kata Najib yang juga Presiden UMNO.

    undangan telahpun dibuka, dipersilakan...

    ReplyDelete
  13. Semoga USBO dapat memperkuatkan jentera BN dan menerangkan Dasar BN kepada masyarakat Bajau, Irranun dan Suluk.

    ReplyDelete
  14. Hopefully with USBO combine with BN,they will cooperate to develop Sabah.

    ReplyDelete
  15. moga habis lah di sapu harta sabah oleh pemimpin gabugan ini.

    ReplyDelete
  16. kita inginkan pembangunan bukannya kebinasaan.

    ReplyDelete
  17. Semuanya kena bersatu kerana perpecahan hanya akan menyebabkan kita berpecah.

    ReplyDelete
  18. Bah sudah sah.. Harap gabungan ini membuahkan sesuatu yang positif:)

    ReplyDelete
  19. Kita nantikan saja apa yang akan berlaku nnati. Saya pun mahu juga tahu apa hasil penggabungan mereka ni.

    ReplyDelete
  20. Walaupun ada yang beranggapan sinis dengan penggabungan ini, harap USBOBN akan berusaha terus demi membuktikan keprihatinan mereka terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  21. Baguslah kalau macam itu. Harap lebih banyak pertubuhan NGO menyertai BN.

    ReplyDelete
  22. Berita baik untuk rakyat Sabah. USBO menyertai gabungan bersama BN. USBO merupakan NGO yang besar di Sabah. Semoga sokongan akan tetap diberikan atas pengabungan tersebut.

    ReplyDelete
  23. Ini berita baik, harap rakyat dapat menyokong ini.

    ReplyDelete
  24. Great joint-venture, hope both can work out something together for the people.

    ReplyDelete
  25. Sedia menantikan perubahan atau berita baik dikemukakan selepas gabungan USBO & BN sebagai NGO terbesar.

    ReplyDelete
  26. Yang penting, usaha untuk rakyat!

    ReplyDelete
  27. Anonymous 11 says
    semoga kepentingan suku bajau, irranun dan suluk terjamin di bawah pimpinan USBO

    Betul kata Anonymous, moga-moga suku kaum lain juga dijaga bersama-sama.

    ReplyDelete
  28. This will make BN stronger, let's hope there are more to come..

    ReplyDelete
  29. “Kita akan gerakkan ahli-ahli kita untuk membantu memperkuatkan jentera BN dan menerangkan Dasar BN kepada masyarakat kita,” kata Salleh yang menjelaskan USBO sekarang diperkasa oleh rumpun Bajau, Irranun dan Suluk. "

    Dengan gabungan USBO dan BN, harapkan perkembangan positif dan berterusan demi rakyat.

    ReplyDelete
  30. Akhirnya USBO berjaya memasuki BN.

    ReplyDelete
  31. Harap USBO akan bekerjasama dengan BN untuk membagunkan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  32. semua ini sudahpun dijangka.. memang patutpun USBO menyertai BN kerana presidennya mempunyai kepentingan dalam kerajaan BN.

    ReplyDelete
  33. Pergabungan antara USBO dan BN yang boleh mengukuhkan badan dan membawa lebih manfaat kepada rakyat, memang digalakkan.

    ReplyDelete
  34. Tidak hairan gabungan sebegini, yang penting, usahakan lebih banyak untuk rakyat, bangunkan ekonomi Sabah.

    ReplyDelete
  35. Gabungan positif sebenarnya. Harap sukum lain juga bermanfaat!

    ReplyDelete
  36. Just Another ThoughtAugust 15, 2011 at 4:19 PM

    Kalau semua parti di Malaysia gabung sekali dan berusaha sama-sama, adakah akan menjadi lebih baik?

    ReplyDelete
  37. Harap rakyat menjadi keutamaan pemimpin-pemimpin di Sabah ini.

    ReplyDelete
  38. salah satu strategi dan persediaan BN untuk menghadapi PRU-13.

    ReplyDelete
  39. Sebenarnya, ini adalah perkembangan yg baik...ini menunjukkan masyarakat Bajau bersatu & kebanyakannya menyokong kepimpinan BN baik di peringkat negeri mahupun negara...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.