Monday, August 22, 2011

Blogger Pro UMNO Akan Serang Najib?

Blog Malaysia Today hari ini memetik satu artikel dari sebuah blog bernama Uppercaise kononnya blogger popular, Rocky Bru, sedang bersiap sedia untuk menyerang Najib Razak.
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/42952-rocky-to-lead-media-onslaught-against-najib

Benar atau tidak dakwaan ini, masa akan menentukan. Blog Uppercaise ini pula memetik sumber dari sebuah blog lain mengenai pelan Rocky Bru ini.
http://uppercaise.wordpress.com/2011/08/20/rocky-to-lead-media-onslaught-against-najib/

Blog Cat Out of The Bag menulis kononnya Rocky Bru sudah mula menyiapkan platform untuk menyerang Najib dengan mempertikaikan beberapa keputusan yang Najib lakukan akhir-akhir ini. ....http://catoutofbag.wordpress.com/

Sebenarnya ramai para blogger pro-Kerajaan turut mempertikaikan tindakan Najib dalam beberapa isu. Ini termasuk blogger Another Brick in the Wall, Big Dog dan Sakmongkol.

Kita mempertikaikan apa rasionalnya Najib membenarkan Tony Fernandes memegang saham di dalam MAS dan tindakan beliau mengenepikan Prasarana dalam mengendalikan projek MRT.

Kenapa Najib membisu dalam isu-isu ini? Seharusnya sebagai Perdana Menteri, beliau lah orang pertama harus ke depan menjelaskan isu-isu ini kepada rakyat.

Sebaliknya Najib mengambil sikap membisukan diri. Apa yang kita lihat, Najib memilih topik untuk bercakap.

Yang dinanti-nanti tidak di komen beliau, yang remeh dijadikan topik utama oleh Najib.

Inilah, rasanya, menyebabkan blogger pro-kerajaan kecewa. Kalaulah benar blogger Rocky Bru sedang menyiapkan diri untuk menyerang Najib, percayalah, Najib tidak akan lama di kerusi Perdana Menteri.

Buktinya, lihatlah apa yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi. Najib akan ditimpa nasib yang sama seperti Pak Lah. Itu sudah pasti.

-http://kedahku.blogspot.com
-laksamanabukitbintang.blogspot.com

13 comments:
Write comments
  1. spekulasi seperti ini tidak perlulah dipercaya sangat..entah daripada mana sumber semua ini kita pun tidak tahu..

    ReplyDelete
  2. benarlah blogger tersebut pro UMNO, atau ia mmg pro pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Well, just wait and see what will happen.

    ReplyDelete
  4. If Najib will experience the same fate as Pak Lah, it's too bad for him.

    ReplyDelete
  5. Serang Najib melalui penulisan tidak berguna itu. Sudahkah kamu mendaftar sebagai pengundi?

    ReplyDelete
  6. Tunggulah PRU-13, mereka yang belum daftar, cepat pergi daftarkan nama.

    ReplyDelete
  7. sepatutnya blogger tersebut perlihatkan saja identiti sebenar jika mereka benar2 berani.

    ReplyDelete
  8. siasat kebenaran dakwaan ini.

    ReplyDelete
  9. Najib sebagai seorang Perdana Menteri seharusnya meyelesaikan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Jangan hanya berdiam diri. Kerana ini akan menimbulkan lagi banyak soalan jika terus berdiam.

    ReplyDelete
  10. sebenarnya isu Share Swap antara MAS dan Air Asia sudah dirungkai secara ringkas sebelum ini. tetapi macam biasa, fakta boring berhubung urusniaga tersebut diperlekehkan pula oleh cybertrooper Pakatan sebagai penerangan dangkal.

    sebenarnya share swap itu berlaku dengan kadar yang sama banyak, iaitu kira2 20.5% pegangan TuneAir ke atas MAS dan 20% pegangan Khazanah (bos besar MAS) ke atas AirAsia dan AirAsiaX. jadi di sini tidak timbul isu siapa makan siapa, kerana masing2 mendapat jumlah pegangan yang sama banyak di antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  11. sebenarnya tindakan MAS melepaskan 20% pegangan kepada AirAsia adalah bertujuan bagi mendapatkan hak pegangan yang sama dalam AirAsia. Mengapa? jika Kerajaan tidak mempunyai hak bersuara dalam membuat keputusan dan pengurusan AirAsia, maka syarikat tersebut boleh bertindak sesuka hati (delay tidak tentu pasal, kadar tambang tidak munasabah, kualiti perkhidmatan buruk dll) kepada rakyat. dan dengan pengenalan sebagai syarikat penerbangan tambang murah, sudah tentu yang banyak terkesan kelak adalah kalangan rakyat biasa, bukan? dan yang lebih manisnya, kini Kementerian Pengangkutan juga mempunyai hak undang2 terhadap AirAsia. bukankah ini lebih baik buat rakyat?

    ReplyDelete
  12. if najib choose to remain silent , it only means that he is avoiding trouble.

    ReplyDelete
  13. Najib shouldn't just keep quite. Avoiding the problem will only make the people suspect you more.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.