WALAUPUN Mahkamah sudah mengiktiraf sebagai hak pemilikan tanah adat (NCR) secara sah, namun malangnya kerajaan Barisan Nasional masih berdegil dan langsung tidak mengendahkan keputusan Mahkamah; malah bertindak lebih ganas dan memberi tekanan yang cukup berat untuk ditanggung oleh semua pemilik tanah adat terbabit.
Aktivis Masyarakat, Galus Ahtoi yang sentiasa mengikuti perkembangan mengenai pembicaraan kes tanah adat yang sering menjadi mangsa rampasan oleh pihak yang bernafsu serakah, tamak dan rakus; menjelaskan bahawa kelmarin (26 Ogos 2011), Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Rahman Sebli telah memberikan kemenangan kepada para pemilik tanah adat (NCR), orang asal khususnya; penduduk kampung Lakang Paitan, Beluran dalam kes pembicaraan tersebut.
Galus yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan kelmarin antara lain menjelaskan Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Beluran telah mengakui bahawa penduduk Kampung Lakang mempunyai hak melalui Tanah Adat (NCR) tetapi kemudian ‘Diterbalikkan’ atau diputar belitkan oleh keputusan Pengarah Tanah dan Ukur dengan menggunakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68.
Justeru itu sebuah syarikat yang terbabit dalam pencerobohan tanah tersebut kemudiannya masuk ke kampung dan memusnahkan tanah adat kepunyaan penduduk-penduduk kampung tersebut.
“Saya bagi pihak pemilik tanah adat yang menjadi mangsa rampasan oleh lanun-lanun darat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Kong Hong Ming yang sentiasa bersama-sama berjuang habis-habisan untuk membela nasib penduduk kampung dalam menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak-hak kepada pemilik asal tanah tanah tersebut tersebut,” tambah Galus.
Sebagai anak watan Sabah, kata Galus, mangsa terbabit telah bersumpah dengan darah binatang yang dikorbankan bahawa mereka tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti, kerana wakil rakyat yang ada sekarang jelas bersekongkol dengan orang-orang Semenanjung untuk membolot semua harta dan hak rakyat Sabah terutama sekali di kawasan Beluran, khususnya tanah-tanah adat,” jelas Galus lagi.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
Foto : GALUS AHTOI
Sumber : Sabahkini
Monday, August 29, 2011
Kerajaan BN Menghina Mahkamah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sampai bila kita mesti tunduk kpd kezaliman ini? kaedah pertahanan terbaik adalah menunjukkan pintu keluar kpd rejim ini dlm GE13 nanti...
ReplyDelete1 lagi penipuan BN!!!
Tidak lama lagi, orang2 sabah akan kehilangan negeri dibawah bayu ini...sekiranya penipuan demi penipuan terus menerus bermaharaja di sabah. kesihan nya rakyat sabah...hampir 1/2 tanah sabah kini telah menjadi org semananjung...mana PERKARA 20...............
ReplyDeleteTanah adat harus dipertahankan demi untuk keterlangsungan negeri ini dan demi untuk generasi2 yang akan datang. Jangan biarkan ia jatuh ke tangan orang2 luar.
ReplyDeleteJangan kecapi kesenangan di atas kesusahan orang lain.
ReplyDeleteKerajaan BN patut mematuhi suruhan mahkamah. Kembalikan hak tanah kepada orang asli.
ReplyDeleteSemoga mereka berjaya mendapat balik hak tanah mereka.
ReplyDeleteYou can fool everybody, but you can't fool everyone at one time.
ReplyDeletetukar kerajaan pun, jika pengarah dan pegawai2 jabatan tanah masih dikekalkan, masalah ini tetap akan berlaku.. baik bersihkan dulu Jabatan Tanah dan Ukur di Sabah..
ReplyDeleteatau mungkin penduduk kampung saman ini Jabatan Tanah..
ReplyDeleteisu ini perlu diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteKeputusan Mahkamah perlulah diterima sebaiknya dan itu adalah mutamad. Terimalah seadanya.
ReplyDeletecuba kunun perincikan orang semenanjung tu golongan mana dan siapa pula kroni mereka yang untung besar sebab menggadai tanah sendiri,dan jangan lupa juga dengan kerakusan orang-orang dari seberang (indon ) yang menjarah tanah berstatus NT lagi tu. Jangan sebab statement bodoh melulu habis semua orang semenanjung terpalit dengan tuduhan merampas hak orang sabah sadangkan yang memiliki estet-estet tu sebenarnya taukey-taukey yang memelihara pemimpin-pemimpin.............
ReplyDelete