DAP telah ditegur kerana meminta kerusi tambahan daripada rakannya dalam Pakatan Rakyat - PKR - untuk membolehkan calonnya dari kalangan orang Melayu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata pemimpin Melayu DAP yang membuat permintaan itu baru-baru ini, tidak bijak berbuat demikian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka tidak lama lagi.
Johari (kanan) berkata, dengan pilihan raya semakin dekat, beliau menasihatkan ahli jawatankuasa pusat DAP, Zulkifli Mohd Noor - yang membuat komen tersebut - supaya tidak 'mengeruhkan keadaan'.
Beliau menasihatkan DAP supaya tidak menjadi seperti Umno, yang didakwanya, menjadi besar kepala apabila mereka menang besar. -MK
Monday, August 29, 2011
PKR : DAP jangan jadi besar kepala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semua anggota dlm PR perlu mencapai kesepakatan utk menafikan kemenangan BN dlm PRU nanti,segala masalah mesti ditangani dgn bijaksana...
ReplyDeletePKR perlulah cerminkan diri sebelum mengkritik parti komponen lain.
ReplyDeleteKerjasama adalah penting dalam satu parti, patutlah PR susah nak berjaya kerana parti komponen mereka tidak bersatu.
ReplyDeletejangan hanya disebabkan soal kerusi, ahli2 dalam komponen PR berselisih. Ini pasti akan menjejaskan perjuangan dalam menghadapi PRU.
ReplyDeleteharap PR dapat mencapai penyelesaian dalam segala isu yang ditimbulkan.
ReplyDeleteSepakat membawa berkat.
ReplyDeleteIni belum lagi jadi kerajaan, sudah ada isu timbul.
ReplyDeleteitu tandanya DAP tidak berpuas hati dengan PKR yang membolot semua kerusi pilihanraya.. nanti bila dekat2 pilihanraya, giliran PAS pula berebut kerusi dengan PKR..
ReplyDeletetunggu dan lihat bagaimana PR berhadapan dengan isu ini..
ReplyDeleteDAP jangan ingat jadi ketua dalam PKR. Jangan bermimpi. PKR dan PAS masih relevan untuk Malaysia.
ReplyDelete