DAP hari ini mendakwa, parti itu berjaya menemui rekod dua orang pengundi wanita yang didaftarkan sebagai undi pos – dengan nama yang sama dan juga berkahwin dengan seorang anggota tentera lelaki yang sama.
Anehnya, kedua-dua wanita bernama Khadijah Husin itu berdaftar di alamat yang sama dan juga mempunyai tarikh lahir yang sama, menurut rekod di pengkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kedua-duanya wanita tersebut, seorang daripadanya sembilan tahun lebih tua, dilahirkan pada 20 Februari dan nombor kad pengenalan mereka pula hanya mempunyai perbezaan pada satu digit.
Wanita berkenaan didaftarkan sebagai pengundi pos mengikut pasangan mereka, seorang anggota tentera bernama Nor Hisham Md Darus.
Mengulas penemuan itu, ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata ketulenan pengundi pos berkenaan diragui memandangkan kesamaan yang dikesan itu "terlalu kebetulan."
"Adakah kebetulan seperti ini, di mana seorang lelaki ada dua isteri yang sama nama dan tarikh lahir? Kita syak (wanita) ini ialah orang yang sama dengan dua identiti.
"Jika media boleh jumpa dua wanita ini dengan nama dan tarikh lahir sama dan ambil gambar dengan suami dia, saya akan kunjungi keluar itu dan beri mereka hamper Hari Raya," katanya.
Seorang daripada wanita berkenaan telah dipindahkan untuk mengundi di kawasan Rasah manakala seorang lagi didaftarkan sebagai pengundi baru di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, semakan yang dijalankan Malaysiakini di pangkalan data dalam talian SPR menunjukkan, maklumat untuk seorang daripada wanita berkenaan (dengan nombor kad pengenalan 790220115182) telah dikeluarkan. -MK
mungkin juga satu kesilapan teknikal.apapun, kena siasat kedua2 wanita yang mempunyai nama dan tarikh lahir yang sama ini samada benar2 wujud ataupun sebaliknya.
ReplyDeletekena siasat hal ini, mgkin ia hnya kesilapan dalam rekod.
ReplyDeletemungkin perlunya juga mereformasikan undi pos.
ReplyDeleteMasalah ini tidak boleh dipandang remeh.
ReplyDeleteHarap isu pengundi klon dapat diselesaikan sebelum pilihanraya.
ReplyDeleteharap penjelasan akan diberikan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
ReplyDeletebukti nyata IC Projek di sabah pun 'tidak layak' utk RCI.SPRM n JPN adalah barua kerajaan/UMNO n lebih malang lg rakyat sabah macam too blind 2 c n masih memilih rejim tembirang/penjajah ini.....
ReplyDeleteKalau betullah ada penipuan dan manipulasi dalam pengundian, bagus tidak payah pergi undi macam tu. Sebab sudah ditentukan. Tapi tidak boleh percaya sangat sebab ini semua permainan politik. Masing2 mahu kasi jatuh pihak lawan. Jadi pandai2lah nilai.
ReplyDeleteKalau mahu menipu mesti pro. Mungkin ini kesilapan teknikal. Takkan mahu tipu tapi orang lain senang2 dapat detect?
ReplyDeletemereka sudah nyatakan awal2 kononnya nombor kad pengenalan 790220115182 telah dikeluarkan dalam daftar pemilih.. atau memang nombor IC itu sebenarnya tidak wujud tapi sengaja diwujudkan oleh DAP??
ReplyDeletePastikan SPR memberikan keadilan dalam pengurusan PRU akan datang.
ReplyDeleteMungkin ini hanya kesilapan.
ReplyDelete