Thursday, August 25, 2011

UMNO Idam Kerusi KM Pulau Pinang?

Kunci bagi BN merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ialah dengan menjanjikan kerusi ketua menteri diserahkan kepada Umno, kata akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

“Jika semua pihak setuju Umno akan menjadi ketua menteri selepas pilihan raya umum kelak ini, saya yakin Pulau Pinang akan berjaya diambil semula,” tulis Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit' hari ini.

utusan cuit 240811 anwar renaissanceKatanya, kedudukan kerusi dalam DUN Pulau Pinang sekarang ialah 11 bagi Umno, satu bagi PAS, 19 untuk DAP manakala PKR memiliki 9 kerusi.

“Jika semua pihak setuju (bagi Umno diberikan kerusi ketua menteri), maka undi Melayu yang diberi kepada PKR itu akan kembali kepada Umno dan Umno pastinya akan menerajui semula negeri itu kelak.

“Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku,” hujahnya.

Zaini juga membidas presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga pengerusi BN Pulau Pinang kerana “banyak membuat bising” baru-baru ini sedangkan beliau juga kurang arif mengapa media arus perdana mengasak sakan dirinya.

“Sepatutnya BN Pulau Pinang jangan buat kecoh. Tumpuan ialah mengambil balik negeri itu. Yang kecoh sekarang ialah Lim Guan Eng. Mengapa beliau disenyapkan sahaja?

“Sepatutnya perbincangan sekarang ialah untuk memberi balik pusingan Ketau Menteri kepada Umno yang menang semua kerusi yang ada dalam DUN sekarang.

“Tak payah bising-bising. Gerakan jangan buat kecoh. Senyap dan tumpukan kepada pilihan raya,” kata Zaini.Mandela Malaya?

Zaini yang juga timbalan ketua pengarang kumpulan, Utusan Malaysia juga menyelar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semasa membela dirinya dari kandang tertuduh Isnin lalu kerana membuat ucapan “berbunga-bunga dan berfalsafah”.

Anwar pada keterangannya yang tidak boleh disoal-periksa itu menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi.

“Anwar menyelitkan kata-kata Mandela? Dia mahu dikenali sebagai Mandela Malayakah? sindir Zaini.

Menurut Zaini, Anwar dalam keterangan 32 halaman yang dibacanya itu menggunakan bahasa Inggeris yang cukup tinggi dan dipenuhi jargon serta falsafah dalam usaha supaya orang mengenalinya sebagai the renaissance man atau manusia madani atau pembaharuan di zaman milenium ini.

“Renaissance man di zaman pertengahan dulu ialah Michelangelo. Antara patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambilo berbogel bulat,” katanya lagi.

Beliau seterusnya mencerita mengenai tokoh-tokoh renaissance yang suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan. -MK

13 comments:
Write comments
  1. Saya rasa bukan senang nak mendapatkan kerusi Pulau Pinang. Rakyat PP sangat menyokong kerajaan Lim Guan Eng.

    ReplyDelete
  2. Rakyat sendiri akan membuat keputusan dan hanya mereka sahaja yang mempu menentukan siapa yang layak menjadi kerajaan.

    ReplyDelete
  3. apa pun yang penting semua pihak perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab kepada rakyat, barulah sokongan rakyat akan diperoleh.

    ReplyDelete
  4. terserah pada BN untuk menentukan siapa yang akan diberikan kerusi ketua Menteri untuk Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  5. “Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku,” hujahnya.

    Kenyataan beliau agak mencurigakan.

    ReplyDelete
  6. Generally, every party wants the CM position.

    ReplyDelete
  7. dalam masa tiga tahun saja di bawah pemerintahan Pakatan, pembangunan fizikal Pulau Pinang sudah pesat membangun. rasanya agak sukar untuk BN memerintah kembali Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  8. jadi, terpulang kepada rakyat PP untuk menilai apa yang sudah mereka perolehi selama pemerintahan Pakatan. jika ia memuaskan atau sebaliknya, pandai2lah membuat pilihan pada PRU nanti.

    ReplyDelete
  9. selepas Najib melawat pulau pinang, beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau yakin dapat merampas semula pulau pinang..

    ReplyDelete
  10. Tidak mustahil ini boleh berlaku. Dalam politik ini apa-apa pun boleh berlaku. Jadi kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  11. It all depends on the people's vote..

    ReplyDelete
  12. Good luck to umno in getting the ppl support.

    ReplyDelete
  13. pengundi chinese >40%,BN boleh dpt brp? Undi melayu belum tentu dpt 50%...BN teruskan mimpi,tak salah tu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.