PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berpendapat penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya umum adalah lebih mudah berbanding sistem biometrik.
Katanya sistem biometrik agak sukar untuk digunakan dalam keadaan tertentu terutama apabila berlaku gangguan bekalan elektrik semasa hari pengundian.
Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata dakwat kekal masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu selain dapat mencegah pengundian berganda terutama di Sabah yang sudah sekian lama bergelut dengan masalah pendatang tanpa izin.
Beliau berkata demikian kepada pemnerita selepas majlis pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar bari ijazah pertama dan penyerahan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi kawasan Parlimen Penampang di Lok Kawi, dekat sini, Jumaat.
Dompok, yang anggota Parlimen Penampang, mengulas laporan akhbar Khamis lepas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian selepas dibatalkan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.
"Bagi saya, mana-mana pun tiada masalah tetapi yang mudah untuk digunakan ialah dakwat kekal," kata Dompok.
Ditanya kenapa kerajaan sebelum ini tidak berminat untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya di negara ini, Dompok berkata kerajaan berpendapat penggunaan dakwat kekal lebih praktikal di negara-negara yang menghadapi kesukaran untuk mengadakan pilihan raya secara teratur.
"Saya rasa tidak ada bantahan daripada mana-mana pemimpin kerajaan termasuk saya mengenai penggunaan dakwat, jika keadaan memerlukan penggunaan dakwat kekal dilaksanakan ... kita di pihak kerajaan tiada bantahan," katanya.
Mengenai persediaan UPKO menghadapi PRU ke-13 akan datang, Dompok berkata parti itu sudah bersiap sedia menghadapinya pada bila-bila masa. (BERNAMA)
Monday, August 29, 2011
Dompok Sokong Dakwat Kekal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"sistem biometrik agak sukar untuk digunakan dalam keadaan tertentu terutama apabila berlaku gangguan bekalan elektrik semasa hari pengundian."
ReplyDeleteJika sistem biomrtrik digunakan untuk pengundian, maka masalah kegangguan elektrik seharus diselesaikan terlebih dahulu atau adanya "backup" sistem untuk menggantinya.
"Bagi saya, mana-mana pun tiada masalah tetapi yang mudah untuk digunakan ialah dakwat kekal," kata Dompok.
ReplyDeleteTo me personally... I prefer the same "dakwat kekal" also.. The basic the better..
We can apply many kind of system.. the concern is not about what kind of system we are applying but the method, the people, the SPR prosedure etc.. Anyway, we hope a fair and clean election..
ReplyDelete"kenapa kerajaan sebelum ini tidak berminat untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya di negara ini, Dompok berkata kerajaan berpendapat penggunaan dakwat kekal lebih praktikal di negara-negara yang menghadapi kesukaran untuk mengadakan pilihan raya secara teratur. "
ReplyDeleteHarap SPR mengkaji kebaikan dan keburukan tentang sistem biometrik yang akan digunakan di PRU akan datang. Jika dibandingkan antara kedua kaedah, memang seharusnya menggunakan sistem yang paling berkesan dan lebih teratur.
"dakwat kekal masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu selain dapat mencegah pengundian berganda terutama di Sabah yang sudah sekian lama bergelut dengan masalah pendatang tanpa izin. "
ReplyDeleteMasalah Phantom voters seharus deselesaikan terlebih dahulu. Pengundi baru yang tidak tahu later belakang di Sabah memang merisaukan.. Demi keadilan PRU akan datang, masalah seharus diselesaikan terlebih dahulu dan sistem yang digunakan nanti seharus berfungsi dengan baik dan berkesan.
Kenapa ada yang mencadangkan sistem baru? Saya pasti sistem lama ada kelemahan dan sistem baru ini dapat menutup kelemahan sistem lama. Dan yang pastinya sistem baru ini juga ada kelemahan, yang mana setiap sistem tidak ada yang sempurna...
ReplyDeleteTidak ada salahnya jika kita ingin mencuba sesuatu yang baru, jangan berhenti untuk mencuba sesuatu yang baru. Setiap kelemahan harus diperbaiki dari masa ke semasa.
ReplyDeleteEC still studying biometric system
ReplyDeleteOn the feedback about the proposal to use the biometric system, Wira said, “That is why we are emphasising on the word ‘study’. We might conduct a mock election just to study the new system. If the result does not satisfy us, we will do the study again until we are satisfied to ensure that all loopholes are covered,”
“The EC does not play politics. I believe that the implementation of the biometric system is the best solution to clean up the electoral roll. All data is linked to the National Registration Department, including our thumbprints. It is a good system because God created a biometric for each person. There is no one in the world having the same biometric as another person… so once your biometric is registered, the system will be able to detect and reject the imposter or fake person,” he said
“We are still studying the system, its technicality, applications and effectiveness; so please let us do our work first. There are a lot of things that people do not understand, so let us find out what the system is all about and we will explain to the relevant parties soon,” he said.
ReplyDeleteSo...give them a chance to proof it.......
Dakwat kekal sememangya cara yang terbaik untuk memastikan tiada manipulasi dengan sistem pengundian.
ReplyDeleteJika sistem biometrik ini didapati sesuai, tidak salah kita mencuba cara ini.
ReplyDeleteRasanya jika dibandingkan dakwat kekal dan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal adalah lebih baik. namun, apa yang penting PRU dapat dijalankan dengan bersih dan adil.
ReplyDeletesetuju dengan Anon. bukan sistem yang bermasalah tapi pihak2 yang mengendalikan pilihan raya tersebut yang bermasalah.
ReplyDeleteWalau apa cara pun tetapi masih ada yang boleh memanipulasikan sistem pengundian, sama saja bohongnya.
ReplyDeleteGo for the best solution. What matter is the election goes well with no manipulation and deception.
ReplyDelete"We are still studying the system, its technicality, applications and effectiveness; so please let us do our work first. There are a lot of things that people do not understand, so let us find out what the system is all about and we will explain to the relevant parties soon,"
ReplyDeleteIndeed right.. before execute any new system, study the pro and con..
To me personally.. I prefer "dakwat kekal".. Its work better and safer.. No matter how, we hope and clean election
ReplyDeleteKaji kaedah baru tersebut sebelum buat apa-apa keputusan.. Jika sistem biometrik tidak dapat berfungsi dengan berkesan, kelemahan seharus dikaji dan diperbaikinya.
ReplyDeleteThose who monitor the system should being monitored too..
ReplyDeleteTidak salah jika system biometric dapat menyelesaikan masalaah dan kelemahan sistem dakwat kekal.. Kami menanti keputusan survey dari pihak SPR..
ReplyDeletekalau ikut suara majoriti rakyat Malaysia, semuanya mahukan penggunaan dakwat kekal, jadi buatlah keputusan berdasarkan permintaan ramai..
ReplyDeletejika penggunaan dakwat kekal masih menimbulkan rasa tidak puas hati, pilihanraya seterusnya guna la sistem biometrik.. atau kedua2nya sekali..
ReplyDeletesaya jg sokong bah..
ReplyDeleteWe should support this and give it a try.
ReplyDeleteya setuju dengan beliau, penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya umum adalah lebih mudah berbanding sistem biometrik. malahan ianya lebih murah.
ReplyDeleteharap masalah pendatang tanpa izin ini dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan di Sabah.
ReplyDeletememang ada logiknya di sini, sistem biometrik agak sukar untuk digunakan dalam keadaan tertentu terutama apabila berlaku gangguan bekalan elektrik semasa hari pengundian.
ReplyDeleteyes, the use of indelible ink on the ballot papers would be easier to implement compared to the biometric system in ensuring a transparent and fair election.
ReplyDeletehara SPR dapat mempertimbangkan semula cadangan penggunaan dakwat tetap ini di masa PRU akan datang.
ReplyDeleteMana2 lah.. Yang pentiang ia praktikal dan dapat membantu menanggani masalah yg timbul.
ReplyDeleteApapun keputusannya, harap kerajaan guna pakai kaedah yang terbaik.
ReplyDeletepaling baik adalah gunakan kedua-dua dakwat kekal dan sistem biometrik.
ReplyDeletejika kaedah ini dirasakan terbaik dan diyakini sesuai, mungkin ianya akan digunakan nanti.
ReplyDeleteSPR perlulah membuat keputusan yang terbaik untuk memastikan semua pihak berpuas hati dengan keputusan SPR nanti. Dakwat kekal atau Biometrik.
ReplyDelete