Tuesday, November 15, 2011

307 Rekrut Gangster Melayu Diberkas

Sekumpulan individu dipercayai dianggotai penjenayah dikesan cuba merekrut ahli baru mereka termasuk membabitkan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, menerusi penganjuran satu majlis khas di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Gambar: ANTARA tujuh wanita yang hadir pada majlis angkat sumpah kumpulan penjenayah di sebuah Resort di Teluk Batik, malam kelmarin. 33 pelajar bakal duduki SPM, 7 wanita ditahan di sebuah resort

Mereka yang dipercayai datang dari seluruh negara terutama dari Pulau Pinang dikatakan mula mendaftar masuk ke resort itu bermula jam 3 petang kelmarin bagi menghadiri majlis ‘Hari Keluarga Genki Seven Malaysia’ yang dijadualkan diadakan di resort sama, bermula jam 8 malam.

Bagaimanapun, aktiviti dan perhimpunan haram itu berjaya dibanteras apabila sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Perak dibantu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menyerbu majlis terbabit kira-kira sejam kemudian.

Serbuan itu berjaya menahan 307 individu berusia 17 tahun hingga 30-an termasuk tujuh wanita dan 39 pelajar yang 33 daripadanya bakal menduduki SPM serta tiga kakitangan kerajaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata ketika serbuan dijalankan, semua mereka sedang mendengar ucapan dan dipercayai dalam proses mengangkat sumpah menjadi ahli kumpulan.

Katanya, polis mengesyaki mereka mengadakan majlis khas itu untuk merekrut ahli kumpulan baru dan menjadikan program hari keluarga berkenaan sebagai mengaburi pandangan masyarakat serta pihak berkuasa.

"Pada serbuan pertama, kami menahan 180 individu di dalam dewan berkenaan, manakala selebihnya ditahan di beberapa lokasi selepas siasatan susulan dibuat.
“Turut dirampas kemeja-T, pelekat kenderaan dan rantai kunci berlogo sebuah pertubuhan bukan kerajaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

"Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 327 Kanun Keseksaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan lanjut. Siasatan polis mengesyaki kumpulan terbabit dipercayai mengadakan majlis mengangkat sumpah untuk sebuah kumpulan kongsi gelap," katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian ke lobi resort berkenaan ketika serbuan dijalankan mendapati satu kain rentang tertera tulisan 'Hari Keluarga Genki Seven Malaysia' yang disertakan dengan logo kumpulan. -BH

18 comments:
Write comments
  1. Harap pihak polis akan terus berusaha untuk membongkar kegiatan haram seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Harap mereka yang terbabit dan berjaya diberkas akan diberikan kaunseling dan sebagainya untuk memimpin mereka ke arah yang betul.

    ReplyDelete
  3. Itulah terlalu banyak wayang gangster dibuat dan ditayangkan. Ini mungkin terikut2 wayang!

    ReplyDelete
  4. Pelajar pun ada yang terlibat. Apalah mahu jadi dengan remaja2 kita, pasti hancur negara jika beginilah sikap mereka.

    ReplyDelete
  5. Little Miss ChocolateNovember 15, 2011 at 12:58 PM

    Pelajar pun mahu jadi gangster, tiada masa depan betul macam tu. Jadi gangster bukan boleh mengembirakan ibu bapa.

    ReplyDelete
  6. Chicks pun ada. Bakal2 jadi kak Long.

    ReplyDelete
  7. polis overlook pencuri dlm UMNO yg melibatkan berbilion dana kerajaan/rakyat???

    ReplyDelete
  8. kenapa tak jadi gengster? jadi gengster tak membawa kepada kebahagiaan pun.

    ReplyDelete
  9. jgn biarkan gengster berlelausa d negara kita.

    ReplyDelete
  10. Siapa 'ayahanda' mereka??

    ReplyDelete
  11. haha.. kunun mau jadi gangster.. nah meringkuk la kamu dalam penjara.. yang mau ambil spm tu tidak payah kasi lepas.. sumbat saja salam penjara..

    ReplyDelete
  12. Apa mahu jadi sama Melayu ni?

    ReplyDelete
  13. berpakaian seperti itu untuk menjadi ahli gangster??

    ReplyDelete
  14. kalau lihat umur memang mereka yang terlibat adalah di kalangan golongan belia. apa nak jadi dengan generasi muda sekarang ni?

    ReplyDelete
  15. kegiatan seperti ini harus dibanteras dengan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  16. Tahniah kepada pihak polis. Kita harap pihak polis akan mencari lebih banyak maklumak lagi dari penahanan ini untuk menangkanp ketua gangster ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.