PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjumpaannya dengan pemimpin parti komponen BN yang lain pada malam Selasa tidak membincangkan isu peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum ke-13.
Menurut Najib, mesyuarat tersebut hanyalah mesyuarat biasa yang menyentuh isu semasa. "Tiada perbincangan mengenai peruntukan kerusi di dalam mesyuarat," katanya.
Najib memberi kenyataan tersebut selepas melawat sebuah perkampungan Orang Asli di Tanjung Sepat. Beliau menambah bahawa mesyuarat tersebut adalah salah satu agenda dalam jadualnya yang sibuk selepas baru sampai dari Persidangan Apec di Hawaii dan bakal berlepas ke Bali untuk Persidangan ASEAN pada Rabu. -Mstar
Thursday, November 17, 2011
PM: Tidak Bincang PRU Dalam Perjumpaan BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila2 sj bah hj logiut, keputusan tatap sama, PM baru selepas GE13...
ReplyDeleteNampaknya parlimen tidak akan dibubarkan buat masa ini, kita tunggulah dan lihat macam mana nanti.
ReplyDeleteBaik tunggulah pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri nanti.
ReplyDeleteApa yang penting masa ini adalah untuk bersedia untuk menghadapi PRU yang akan datang.
ReplyDeleteTidak ada apa yang boleh dikatakan pada masa ini selagi PRU belum berlangsung dan berakhir.
ReplyDeletePM tak begitu kelam kabut nak adakan PRU.
ReplyDeletePRU akan diadakan setelah mereka benar2 bersedia.
ReplyDeletebaik tunggu dan lihat sajalah..tidak perlulah banyak spekulasi berkaitan dengn bila PRU..
ReplyDeleteBincang macam mana nak tolong rakyat, baiki pentadbirang lagi bagus.
ReplyDeleteNanti2lah bincang PRU. Ada masa juga untuk bincang itu nanti.
ReplyDeletepergh.. tidak sangka di Malaysia ni pun ada juga sotong kurita Paul yang boleh meramal masa depan..
ReplyDeleteBaguslah kalau Datuk Najib lebih menumpukan kepada isu semasa yang ada di Negara kita ini.
ReplyDeleteDatuk Najib perlulah lebih menumpukan kepada kepentingan rakyat yang sekarang dibebani oleh kos hidup yang tinggi.
ReplyDeletememang benar surinah abas.masih banyak perkara yang perlu diberi tumpuan utama terutama berhubung isu2 menyentuh kebajikan dan kepentingan rakyat. PRU tidak perlu terlalu terburu2 memandangkan mandatnya hingga 2013 juga.
ReplyDeletetidak perlulah peningkan kepala meramal bila PRU diadakan. yang penting sekarang siap sedia sepanjang masa.
ReplyDeleteLagi pun, masakan PRU13 bakal berlangsung semasa masih ada jemaah haji yang belum pulang ke tanahair? Negara juga bakal menghadapi musim banjir tidak lama lagi. Lebih penting daripada itu, Bajet 2012 yang menjanjikan begitu banyak peruntukan ‘one-off’ berbentuk wang tunai belum dapat dilaksanakan lagi. Paling awal dapat diagihkan pada Disember ini dan memakan masa sehingga melewati tahun baru.
ReplyDeletetunggu saja Mac dan April. kalau tidak pun masih ada masa lagi hingga 2013.siap sedia!
ReplyDelete