DAKWAAN berlaku penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah yang melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah adalah tidak benar dan bermotifkan politik, kata menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata semua projek melibatkan kementerian itu yang dibuat secara tender terbuka dan dibida ribuan syarikat termasuk dari Semenanjung, perlu melalui pelbagai peringkat tapisan membabitkan Kementerian Kewangan, Jabatan Kerja Raya, wakil kerajaan di peringkat negeri termasuk kementeriannya sendiri.
Katanya, kementerian melalui jawatankuasa khas yang melibatkan wakil pihak berkenaan, menetapkan kriteria tertentu dan pembida terendah tidak semestinya ditawarkan tender projek.
"Contohnya, sesuatu projek mungkin menelan kos RM100 juta, jika ada syarikat membida RM20 juta, cuba anda bayangkan bolehkah mereka melaksanakan projek yang bernilai RM100 juta itu hanya kerana mereka pembida terendah. Adakah kami terpaksa akur dan memberikannya kepada syarikat itu?" katanya kepada pemberita.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik anggota Parlimen Kota Kinabalu DAP Dr Hiew King Cheu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah, yang diberikan menerusi kementerian itu.
Mohd Shafie berkata beliau yakin pihak yang membuat dakwaan itu sedar akan prosedur dan keperluan yang perlu dipenuhi kementeriannya berhubung projek tersebut, namun mereka ingin meraih perhatian politik.
Beliau berkata kelulusan akhir yang dipersetujui jawatankuasa itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan sebelum kata putus berhubung pemberian kontrak dimuktamadkan.
"Maksudnya di sini ada peringkatan dalam kelulusan, jadi tidak bermakna keputusan akhir dibuat oleh kementerian atau jawatankuasa itu sendiri kerana ia melibatkan lain-lain kementerian dan juga pihak kerajaan negeri," katanya.
Dalam laporan itu, Hiew mendakwa penyelewengan tersebut membabitkan 49 projek, yang merupakan sebahagian daripada 209 projek pembangunan luar bandar yang diberikan kementerian berkenaan untuk dilaksanakan bagi tempoh 2011 dan 2012. (BERNAMA)
Tuesday, November 15, 2011
Dakwaan Penyelewengan Bersifat Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yg banyak dpt projek, kontraktor shafei @ ada kaitan dgn beliau itu 1 kebetulan???
ReplyDeleteHarap kementerian pembagunan luar bandar akan memastikan syarikat yang mendapat tender ini akan menyiapkan projek-projek ini dengan sempurna.
ReplyDeletePemberian projek ini perlulah dilakukan dengan pertimbangan yang sewajarnya supaya syarikat yang layak sahaja yang boleh mendapat projek.
ReplyDeletePembanggunan adalah untuk rakyat dan bukannya untuk individu!
ReplyDeleteTander untuk projek harus dibuka kepada semua kontruktor.
ReplyDeleteSemua kontraktor harus diberi peluang.. jangan hanya satu pihak sahaja yg mendapat untung..
ReplyDeleteProjek2 yg ada di Sabah harus diberi kepada mereka yg betul2 layak dan bertanggungjawab... bukan sebab politik..
ReplyDeleteKemungkinan disebabkan politik mungkin ada. ya la macam2 ragam politik. tapi SPRM kan tengah menyiasat.
ReplyDeletedakwaan tersebut perlu ada bukti.
ReplyDeleteapapun, biarlah hal ini disiasat.
ReplyDeletememandangkan sudah ada aduan daripada pihak pembangkang, jadi SPRM sila siasat 'tanpa gentar atau pilih kasih'!
ReplyDeletejangan pula ada ahli SPRM pun makan rasuah...
ReplyDeleteharap siasatan rasuah ini dapat keputusan yang memuaskan kepada semua pihak
ReplyDeletememang bukanlah tugas yang mudah untuk memerangi rasuah tetapi harap SPRM benar-benar tulus dan menjalankan tugas mereka dengan jayanya
ReplyDeletesemoga SPRM berjaya dan harap amalan rasuah ini berkurangan tidak kira sebelum atau selepas PRU-13.
ReplyDeleteHarap boleh mendapat jawapan secepat mungkin.
ReplyDeleteperlu ada bukti kukuh, baru boleh buat dakwaan..kalo setakat cakap saja teda guna jg..
ReplyDeleteHarap pada masa akan datang, rasuah dapat di kurangkan atau langsung tiada..semua buat kerja dengan jujur dan ikhlas..
ReplyDeletemcm isu daa kluar mau dekat2 pilihan raya ne... xtau mna yg betul....
ReplyDeletetender terbuka....
ReplyDeletekenapa tender terbuka selalu org Malaya dapat .
semenjak um NO masuk disabah ,macam susah sabahan dapat tender .
skg perladang juga Malaya sudah control ...Sekolah juga ramai cigu Malaya .tapi yg pelik nya org sabah selalu salahkan org INDO/FILIPIN kalau sabahan tidak dapat kerja....
DAP suka mencari publisiti murahan melalui media...
ReplyDeletejika dakwaan DAP itu benar, mengapa DAP tidak membuat sebarang laporan rasmi kepada SPRM? ternyata DAP cuba mencalarkan imej KKLW,menteri dan kerajaan secara amnya..sedangkan dakwaan DAP itu tidak berasas..
ReplyDeletementeri KKLW telah memberikan penjelasannya...diharap penjelasan ini akan dapat membuka mata DAP.
ReplyDeletedakwaan penyelewengan projek pembangunan sabah seperti yang didakwa oleh DAP adalah bersifat politik..DAP dengan jelas memutar-belitkan fakta untuk kepentingan politik mereka..
ReplyDeleteadakah DAP bebas dari rasuah?
ReplyDeleteHarap masalah ini akan disiasat dengan teliti dan bukan hanya dipolitikkan sahaja.
ReplyDeleteJangan jadikan ini sebagai alat politik.
ReplyDeleteMungkin "sistem tender" harus diperbaiki agar tiada pihak yang mengambil kesempatan.
ReplyDeleteMasing-masing ada hujah sendiri, yang menyenangkan, SPRM buat siasatan segera. Tiada pihak berhak mengguna peruntukan untuk manfaat persendirian.
ReplyDeleteRasa-rasa Hiew bukan buat cerita, pasti ada kes yang berlaku yang menyebabkan beliau berkata demikian, buatkan siasatan untuk membuktikan bahwa tiada penyelewengan yang berlaku.
ReplyDelete"Beliau berkata kelulusan akhir yang dipersetujui jawatankuasa itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan sebelum kata putus berhubung pemberian kontrak dimuktamadkan."
ReplyDeleteProcedure was set but how many project in the list that really comply and follow the rules? How to ensure nobody misuse of their authority power against the tender?
Pastikan kontrak diberi kepada syarikat yang betul-betul berkebolehan dan later belakang dan rekod yang baik untuk mengelakkan kegagalan dan penyelewengan.
ReplyDeletejika DAP ingin membuat sebarang dakwaan perlulah ada bukti..
ReplyDeleteKalau tiada angin, takkan pokok bergoyang?
ReplyDeleteNampaknya masalah sekarang timbul terhadap Menteri KKLW dalam projek yang dibuat untuk Sabah.
ReplyDeletePenyelewenagan peruntukan berlaku dalam projek KKLW di Sabah. Benarkah perkara ini berlaku? Jadi ini bukan salah kerajaan Negeri kerana projek KKLW tidak diurus oleh kerajaan Negeri malahan terus diurus oleh Menteri KKLW itu sendiri.
ReplyDeleteBiarkah SPRM membuat siasatan atas dakwaan ini. Aduan telah diterima maka SPRM akan melakukan siasatan dengan segera.
ReplyDeleteHow long we can stay in denial? People just want transparency and justice.
ReplyDeletePeople say, we must have strong connection in business.. "connection"
ReplyDeleteGuilty until proven.
ReplyDeleteKalau tidak bersalah, biar SPRM buat siasatan.
ReplyDeletekalau DAP berjaya membentuk kerajaan negeri Sabah, setiap projek akan dianugerahkan kepada pembida paling rendah supaya lebihan peruntukkan yang sepatutnya digunakan untuk projek itu dapat masuk poket pemimpin2 DAP..
ReplyDeletememang pelik juga jika ada pembida menawarkan harga rm20 juta sedangkan pembida2 lain menawarkan rm100 juta..
ReplyDeleteTidak hairan ada golongan mengambil kesempatan sebab duit besar!
ReplyDeleteTender harus diberi kepada yang betul-betul berkelayakan.
ReplyDeleteNo need to argue, just let SPRM do their work to investigate.
ReplyDelete"Contohnya, sesuatu projek mungkin menelan kos RM100 juta, jika ada syarikat membida RM20 juta, cuba anda bayangkan bolehkah mereka melaksanakan projek yang bernilai RM100 juta itu hanya kerana mereka pembida terendah."
ReplyDeleteToo much money involve, certainly a great attraction.
Betul katanya, banyak harimau besar yang masih aktif lagi. Golongan ini berkemungkinan menelan jumlah yang amat besar.
ReplyDeleteDatuk Shafie sudah menjelaskannya tapi rasa macam belum lagi puas hati.
ReplyDeleteyang pasti memang ada projek gajah putih dan terbengkalai berlaku di Sabah ni. harus siasat dari mana puncanya.
ReplyDeleteEverything is about politics.
ReplyDeleteJadi apa tunggu lagi?Kendalikan ia.
ReplyDeleteSeriously?
ReplyDeleteCome on people, we should seek justice.
ReplyDeleteBiar la tu.
ReplyDelete