Sunday, November 13, 2011

Pemuda Umno buat kecoh?

PKR
Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan sikap provokasi yang dibuat sekumpulan pemuda dalam usaha dan cubaan untuk menggagalkan Ceramah Isu Semasa Bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Perjiranan Sembilan Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin. Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Johor, Syed Othman Syed Abdullah mendakwa, sekumpulan pemuda dipercayai Pemuda Umno yang membuat kekecohan melambangkan sikap pemimpin di Pasir Gudang yang mengamalkan politik kebudak-budakan.

Menurutnya, PR mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka untuk membuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenar sebagai jalan penyelesaian agar insiden kekecohan tidak lagi berulang.

“Kami kesal kerana kekecohan dan tindakan provokasi ini sudah kali keempat dilakukan oleh sekumpulan anak muda yang sama.

“Kita akan membuat satu memorandum untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menghentikan politik kotor seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Syed Othman turut menyifatkan, kehadiran lebih 3,000 orang ke ceramahberkenaan membuktikan gelombang perubahan politik di Pasir Gudang akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, PR yakin Johor akan membuat kejutan besar pada PRU akan datang memandangkan dalam setiap program kebajikan yang diadakan masyarakat tidak lagi segan untuk bersama PR.

“Kita yakin rakyat akan memilih PR daripada jumlah sokongan yang semakin bertambah dan gelombang perubahan akan berlaku selagi tiada taktik kotor yang digunakan dalam PRU.

“Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berjaya mengawal keadaan dari terus berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PKR Negeri, Syukur Ayub berkata, tindakan kumpulan pemuda itu membakar bendera PKR adalah tindakan provokasi luar batasan yang boleh mencetuskan rusuhan antara ahli parti.

Menurutnya, tindakan mencalarkan dan mengetuk kereta Mohamad Sabu sehingga kemik serta merosakkan kenderaan orang ramai yang hadir tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.

“Kami kesal kerana mereka sanggup memanipulasikan remaja sekolah untuk menimbulkan kekecohan setiap kali PR membuat ceramah di Pasir Gudang.

“Kami minta hentikan apa yang berlaku kerana kami mendapat permit yang sah dan kami tidak pernah membuat kacau terhadap ceramah yang diadakan mereka (Umno),” katanya.

-Sinarharian

20 comments:
Write comments
  1. PR buat ceramah pun buat kacau? takut aaa? belum apa2 sudah basah seluar? takkan 'malay 1st' takut berlaku wind of change di negeri kubu kuat UMNO dgn majoriti pengundi bugis?

    ReplyDelete
  2. Memang UMNO ini takut dengan bayang-bayang sendiri. Semua yang parti lain buat salah. UMN) sajalah parti malaikat! UMNO tayang video lucah di Carcosa Sri Negara pun betul! Polis tak boleh kacau penayangan video lucah itu. Sedikit masa lagi lepas PRU 13 UMNO buat panggung video lucah pula lepas kaya dengan wang GST yang diperas dari rakyat! Itu yang neji suka sangat tu.

    ReplyDelete
  3. Bukan UMNO namanya kalau tidak buat kacau, kerana itu sudah menjadi perangai mereka.

    ReplyDelete
  4. Inilah perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab, baik mereka keluar saja dari Umno. mencemarkan imej sahaja.

    ReplyDelete
  5. Jika mereka bersalah hukum mereka kerana perkara sama akan berulang jika mereka tidak diberi pengajaran atas tindakan mereka.

    ReplyDelete
  6. Harap pemuda Umno boleh menjaga perangai mereka, jangan terlalu mengikuti emosi.

    ReplyDelete
  7. Imej parti perlulah dijaga, jangan melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej parti.

    ReplyDelete
  8. apa tindakan ke atas anak muda yang buat kecoh dan provokasi tu??

    ReplyDelete
  9. setitik nila merosakkan susu sebelanga. inilah akibatnya kalau ada ahli yang bertindak di luar batas dan peraturan. akhirnya seluruh parti yang dapat imej buruk.

    ReplyDelete
  10. Seharusnya kita perlu mengamalkan politik yang sihat bagi melambangkan rakyat yang betul-betul bertamadun. Buat malu..saja kalau perangai macam kumpulan ini..!

    ReplyDelete
  11. Siapa2 pun boleh jadi pengacau itu. Politik banyak main taktik kotor.

    ReplyDelete
  12. mungkin juga ini perbuatan budak-budak nakal dan bukannya perbuatan pemuda umno seperti yang dikatakan..

    ReplyDelete
  13. Perbuatan membuat kacau ini sangat tidak bertamadun dan menampakkan lagi kerendahan mentaliti seseorang.

    ReplyDelete
  14. apa pun, sebaiknya pekara ini disiasat untuk mengetahui kebenarannya dan tidak perlulah tuduh-menuduh.

    ReplyDelete
  15. apa buktinya yang buat kecoh itu adalah pemuda umno? jangan main tuduh2.. bagaimana jika kumpulan itu adalah sebahagian dari rakyat yang tidak suka dengan kepimpinan atau pentadbiran PAS??

    ReplyDelete
  16. kalau ceramah BN yang diganggu, pasti dia cakap itu tandanya rakyat menolak kerajaan BN.. tapi bila ceramah pembangkang diganggu, cepat saja dia buat tuduhan kononnya didalangi oleh umno.. kenapa tidak anggap saja bahawa PAS ditolah oleh rakyat..

    ReplyDelete
  17. Sedikit masa lagi UMNO akan terduduk bila beberapa orang adun dan ahli parlimen UMNO Sabah akan keluar parti UMNO! Masa itu baru neji berteriak keraingan hehehe

    ReplyDelete
  18. mungkin neji takut dengan gelombang perubahan sekarang? ataupun neji juga terlibat sama..

    ReplyDelete
  19. Kita lihat siapa yang akan terduduk nanti untuk PRU 13 ini. Selagi pembangunan ada untuk Sabah selagi itulah sesuatu yang terbaik untuk kerajaan.

    ReplyDelete
  20. belum tentu lagi pemuda UMNO yng buat kacau, mungkin ia dilakukan oleh pihak lain.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.