Thursday, November 17, 2011

Jodoh : 64 Tahun Dengan Gadis 26 Tahun

“Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu. -hm

9 comments:
Write comments
  1. Tahniah kepada pasangan pengantin baru ini.

    ReplyDelete
  2. cinta tak mengenal usia, semoga pasangan ini hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. kalau jodoh tak kemana..he...he tahan ka tidak

    ReplyDelete
  4. tahniah..selamat pengantin baru kepada pasangan ini...

    ReplyDelete
  5. “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya."

    Uiyo, statement tu yang paling mahal!!

    ReplyDelete
  6. statement kalau mahu saya mahu banyak anak untuk menwarisi harta saya,ini bermaksud si beliau ini kaya jadi inda rugi lah si dara kahwin dia ini banyak harta bah,siapa bah mahu kahwin yang miskin...fikir lah

    ReplyDelete
  7. 64 tahun dan 26 tahun? Jodoh katakan.. Jodoh tidakkan lari kemana..

    ReplyDelete
  8. kes begini boleh terima lagilah. kalau masih ada isteri dan beranak pinak serta bercucu-cicit tapi mau kahwin lagi dalam usia 64 tahun,hmmm..tidak taulah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.