Selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) lain juga mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) termasuk membeli seunit kondominium One Menerung Bangsar dekat Kuala Lumpur berharga RM9.8 juta.
Semalam Bung Mokhtar meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kerana telah menyusahkan Umno.
Ketika dihubungi, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan jika Shahrizat mahu berniaga lembu beliau tidak perlu menjadi menteri.
“Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri,” katanya.
TPM pertahan Shahrizat
Pandangan sama diberikan Setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee yang juga ketua Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan ringkas beliau, “Shahrizat perlu letak jawatan.”
Bagaimanapun laporan terbaru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan menteri.
Pandangan sama diberikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkata isu itu patut diajukan kepada suami Shahrizat.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tampil mempertahankan Shahrizat. -FMT
Wednesday, November 16, 2011
Pemimpin UMNO Tempelak Shahrizat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap menteri-menteri dalam kerajaan jangan suka batu api antara satu sama yang lain.
ReplyDeleteLetak jawatan tidak boleh menyelesaikan masalah, pastikan mereka yang terlibat dalam penyelewengan akan berusaha memperbaiki kesilapan ataupun kelemahan mereka.
ReplyDeleteJika bersalah letak jawatan adalah jalan yang terbaik untuk semua.
ReplyDeleteNamun hal ini harus di siasat terlebih dahulu untuk membuktikan siapa sebenarnya yang bersalah.
ReplyDeleteSiapa lagi yang bersalah kalau bukan Sarijat sekeluarga! Misalkan seorang pengetua melantik syraikat isterinya membekal barang-barang ke sekolah cepat pula SPRM mendakwa pengetua itu amalkan rasuah tapi kalau dengan Sarijat SPRM diam mungkin kerana Sarijat itu malaikat dari kalangan UMNO maka dia tak salah kan neji.
ReplyDeletePemimpin-pemimpin UMNO bahagian pun suruh Sarijat letak jawatan. Bah macam mana Neji yang mati-mati pertahankan Sarijat. Apa ko rasa Oren?
ReplyDeleteletak aje jawatan ... jaga lembu lagi bagus dr jadi menteri .. abis cite ..
ReplyDeleteSharizat kini mendapat tekanan.
ReplyDeleteSudahlah kurang ahli parlimen wanita..kena lagi tekanan macam ni. huhu
ReplyDeleteWalaupun ikut prosedur, kelayakan sekalipun..rakyat tetap tidak akan berpuas hati bila projek diberi kepada keluarga menteri saja.
ReplyDeleteentah berapa ketul pemimpin saja yang tidak suka ambil kesempatan disebalik pengaruh mereka dalam jabatan kerajaan atau kabinet..
ReplyDeleteapa pun, harap penyelesaian terbaik berhubung isu ini akan dicari..
ReplyDeletesebaiknya biarlah Shahrizat sendiri buat penjelasan tentang perkara ni. berani kerana benar ma..
ReplyDeletebila ada perkara yang tidak kena mesti ada yang mahu orang tu letak jawatan. macam juga Ambiga dulu..apapun, biarlah buat keputusan yang terbaik.
ReplyDeleteJadi neji sarijat perlu letak jawatan atau tidak? Neji sokong bung atau sarijat!
ReplyDeletekeraKJ, malay 1st, cemerlang gemilang n tembirang, neji semuanya termakan nasi kangkang c shaJILAT aka mamak cowgirl...yummy
ReplyDeleteKita masih tidak pasti akan kebenaran dalam masalah NFC ini. Maka pihak berkuasa perlulah membuat penyiasatan mengenai peruntukan NFC tersebut.
ReplyDeleteSharizat tidak perlu takut kalau kita dipihak yang benar. Pedulikan pembangkang menjadikan ini isu untuk kepentingan politik mereka. Yang penting Sharizat dapat membuktikan bahawa beliau lebih mementingkan hal dan bantuan untuk rakyat.
ReplyDeleteNFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato’ Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.
ReplyDeleteHehehehe Neji kau jilat lah ludah kau ,itulah terlampau taksub kat UMNO samapai yang salah pun semua indah macam tuhan saja,kami tak kira PR ke BN ke kalau salah siasat dan letak jawatan.
ReplyDeleteTeh tarik nampak bebenor cover kes yang dah terbukti kesalahan pengurusannya,mungkin otak anda masih dalam teh sejuk beku belum kena tarik lagi,lagi satu kalau semua orang 1 Malaysia macam anda maka miskin/bankrap Malaysia .
ReplyDelete