Wednesday, November 16, 2011

Dicekup Berpeluk Mesra Dalam Kereta

Kulim - Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di kawasan bangunan tinggal di Bukit Putera menarik perhatian polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan berada dalam keadaan yang mencurigakan, kira-kira jam 3 petang semalam.

Hasil intipan yang dilakukan, polis mendapati pasangan remaja sedang berpelukan di dalam kereta berkenaan.

Polis kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk tindakan selanjutnya.

Dari pemeriksaan dibuat, PADK mendapati pasangan perempuan masih bersekolah serta memakai pakaian kokurikulum manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun bekerja di sebuah kilang automotif di Karangan.

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat dijalankan pasangan perempuan menangis dan tidak mahu bekerjasama.

“Bagaimanapun setelah dinasihatkan, kedua-dua mereka akur dengan kesalahan yang dilakukan.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan,” katanya.

Menurutnya, masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi.

“Perkara ini sangat serius. Jika tidak dibendung dari awal, maka rosaklah anak-anak muda kita.

“Bagaimana sekali pun kes yang melibatkan anak-anak ini, ibu bapalah pihak yang pertama perlu bertanggungjawab.

“Anak-anak adalah anugerah ALLAH, maka pikullah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Sementara itu, pasangan terlibat diarah hadir ke ke pejabat PADK untuk diambil kenyataan. Sekiranya gagal berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enekman Jenayah Syariah 1988 kerana berkelakuan kurang sopan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -SH

8 comments:
Write comments
  1. Ini bukan masalah ibu bapa sahaja, anak2 juga perlu menyayangi diri mereka sendiri.

    ReplyDelete
  2. kenapa menangis.. berani buat berani la tanggung..

    ReplyDelete
  3. tindakan pasangan berkenaan hanya memalukan keluarga dan diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. anak2 muda sekarang terlalu sosial dan berani.

    ReplyDelete
  5. Ibubapa harus mengawal anak mereka ini. Kita bukan mahu mengongkong mereka tapi kita risau perkara yang buruk berlaku dengan mereka. Harap remaja perlu faham dengan semua ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.