Wednesday, November 16, 2011

Ahli PKR Keluar Parti, 2 atau 180 orang?

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR) keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya Suhaimi Saari.

Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.

“Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

“Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah namun bila tiba di sana segala berubah selepas ianya dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam cabang pjs,beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia juga tidak mempunyai apa-apa lagi urusan dengan PKR,”katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan turut menegaskan naibnya itu kini sudah dibayar oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor.

“Dia dapat RM 4000. sebulan dari BN dan peruntukkan RM 200,000 untuk buat program belia di Selangor kita sudah tahu perkara ini sejak dua minggu yang lalu namun kita tidak gentar kerana sebelum ini dia bukanlah seorang ahli yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh,”katanya.

Jelasnya lagi, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebaliknya ianya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya.

Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas naib cabang PKR Pjs Suhaimi Saari bahawa 180 orang ahlinya keluar parti dan menyertai Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pjs Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu program yang diadakan di Bentong semalam. -SH

180 ahli PKR masuk Umno

BENTONG – Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubuhan dan mengetahui banyak rahsia parti.

“Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

“Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya. -SH

15 comments:
Write comments
  1. Masalahnya media arus ataupun media alternatif yang menyebarkan khabar angin yang tidak berasas, macam mana rakyat boleh mendapat maklumat yang betul?

    ReplyDelete
  2. Jika benar mereka keluar parti, pasti ada masalah dalam pentadbiran parti tersebut.

    ReplyDelete
  3. Harap rakyat sendiri pandai membuat penilaian mereka yang terbaik dalam hal seperti ini.

    ReplyDelete
  4. Tidak kiralah berapa jumlah yang tinggalkan parti tapi apa yang pasti, ada yang meninggalkan parti dan pastinya ada yang tidak kena dengan parti tersebut.

    ReplyDelete
  5. keluar parti ni dah menjadi lumrah dalam politik.

    ReplyDelete
  6. Kadang2 orang yang suka tuakr parti bila hajatnya tidak kesampaian di dalam parti itu. Hajat2 seperti mahu kedudukan, duit etc..

    ReplyDelete
  7. Jumlah ahli tidak menentukan kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

    ReplyDelete
  8. "..dia bukanlah seorang ahli yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh.."

    boleh agak sudah apa komen pemimpin2 PKR bila ada ahlinya keluar parti..

    ReplyDelete
  9. termasuk 2 orang yang keluar parti ni, sudah beratus2 ahli2 PKR lompat keluar.. akur saja la..

    ReplyDelete
  10. masing-masing pun ada hujah mereka sendiri dalam pekara ini.

    ReplyDelete
  11. apa pun, yang pasti ada ahli yang keluar daripada parti tersebut..

    ReplyDelete
  12. tidak kira dalam PR mahupun BN memang selalu sangat kedengaran berita2 keluar dan masuk parti ni. memang tidak meghairankan pun.

    ReplyDelete
  13. setiap parti perbaikilah kelemahan yang ada. jangan biarkan sokongan rakyat semakin pudar.

    ReplyDelete
  14. Memang pasti akan berlaku penafian. Apa pun kita lihat nanti perkembangan setiap parti.

    ReplyDelete
  15. Biarlah dia keluar, itu pilihan mereka untuk keluar dari parti PKR itu sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.