Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.
“Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.
Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.
“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan,” petik kenyataan itu lagi. -mk
Thursday, November 17, 2011
Tiada Kualiti, Susu 1M'sia Ditarik Balik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap kerajaan akan memberi penjelasan mengenai kualiti tepung susu ini selepas ini.
ReplyDeleteKita tunggulah unjian makmal dan pembekal nanti, harap tahap raksa dan plumbum ini tidak melimpasi paras yang ditetapkan.
ReplyDeleteKenapa boleh di luluskan kepasaran jika ada masalah dengan bahan2 itu? Sepatutnya tidak berlaku perkara sedemikian.
ReplyDeleteSemua susu tersebut harus ditarik balik dari pasaran, harap tidak ada yang membeli susu tersebut.
ReplyDeletesusu tersebut ditarik balik kerana terdapat keraguan dalam kandungan, apapun kita tunggu hasil ujian makmal.
ReplyDeletesemua produk yang dipasarkan kena dipastikan benar2 selamat untuk digunakan.
ReplyDeletelebih baik tunggu sajalah perkembangan selanjutnya..
ReplyDeleteTiada pemeriksaan kualiti sebelum dipasarkan kah?
ReplyDeleteMenjejaskan promosi KR1M kalau macam ni.
ReplyDeletebagaimana dengan kedai2 lain di seluruh negara? adakah mereka telah menepati piawaian seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281)??
ReplyDeleteAdakah ini mainan pembangkang atau benar-benar kajian dibuat?
ReplyDeleteKR1M kita harapkan walaupun harga murah dari biasa tapi kualiti juga perlulah dijaga.
ReplyDeletemurah n substandard! sekali lg terbuka zip seluar UMNO n xpose boxer yg kuyak2...BIG tq utk UMNO sbb membekalkan bhn makanan beracun n x berkualiti kpd rakyat, UMNO la juara 'pembela' rakyat...hoooray...
ReplyDelete1 lg projek tombirang UncivilizedMonkeyNO!!!
produk KR1M meragukan??harga rendah tapi tidak berkualiti.
ReplyDeletetapi takkanlah kerajaan membantu rakyat dengan menjual produk yang tidak berkualiti dan menjejaskan kesihatan rakyat.
ReplyDeleteItulah kerja UMNO membekalkan makanan yang tidak berkualiti kepada rakyat.
ReplyDeletePembekal 1 Malaysia kena ambil berat hal kesihatan rayat bukan keuntungan semata2,kalau betul menyalahi sila keluarkan barangan tersebut dari kedai dan gantikan bukan susah sangat.
ReplyDeletekilang/syarikat mana yang kerajaan sudah beri kontrak untuk pengeluaran produk 1Malaysia ni?
ReplyDelete