Tuesday, November 15, 2011

Projek pembangunan Sabah: SPRM sedia siasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan di Sabah.

NONEKetua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata menjadi tugas SPRM untuk menyiasat sebarang kesalahan rasuah tidak kira siapa 'tanpa gentar atau pilih kasih.'

"Menjadi dasar kami untuk menyiasat rasuah sekiranya ada aduan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SPRM dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Wisma SESB, dekat Kota Kinabalu hari ini.

SPRM Sabah diwakili oleh Pengarahnya Jalili Jaafar manakala pengarah urusan SESB Datuk Baharin Din menandatangani bagi pihak SESB.

Abu Kassim diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik Ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Dr Hiew King Cheu yang menggesa SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah yang diberikan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Hiew dilaporkan mendakwa penyelewengan itu membabitkan 49 projek, yang merupakan sebahagian daripada 209 projek pembangunan luar bandar yang diberikan oleh kementerian berkenaan untuk dilaksanakan bagi tempoh 2011 dan 2012.

Jumlah kontrak paling rendah dikatakan sekitar RM7.7 juta dan jumlah tertinggi adalah RM41.7 juta.

Ditanya sama ada DAP Sabah membuat laporan rasmi kepada SPRM Sabah, Abu Kassim berkata setakat ini SPRM negeri hanya mendapat laporan menerusi media.

Beliau berkata bukanlah tugas yang mudah untuk memerangi rasuah, kerana "tahun lepas sahaja, daripada 944 kes dilaporkan di seluruh negara, 424 kes terbabit dalam menawar atau memberi rasuah.

"Bagi tahun ini sehingga kini, kami telahpun merekodkan 357 kes menawar atau memberi rasuah," katanya.

Mengenai pemeteraian MoU dengan SESB, beliau berkata MoU itu, yang bertujuan meningkatkan kerjasama penyiasatan antara kedua-dua pihak, adalah tepat pada masanya dan wajar.

Dalam hubungan ini, beliau menggesa pertubuhan lain, terutamanya GLC untuk mencontohi inisiatif SESB dalam menyingkirkan amalan rasuah.

Terdahulu, dalam ucapannya alu-aluannya, Baharin berkata kerjasama SPRM dalam membantu SESB mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi seperti kes penyelewengan minyak diesel di Lahad Datu baru-baru ini telah 'membuka mata' masyarakat mengenai impak positif usaha sama itu.

Beliau berkata sejak tahun lalu, lima kes serbuan dan tangkapan dipercayai cubaan penyelewengan minyak diesel dibuat bersama-sama dengan polis bantuan SESB, SPRM dan polis di beberapa lokasi berasingan di Sandakan, Lahad Datu serta Tawau.

- Bernama

68 comments:
Write comments
  1. Siasatlah sebaik-baiknya masalah penyelewengan projek di Sabah supaya masalah seperti ini boleh dikurangkan.

    ReplyDelete
  2. Pastikan masalah yang ada boleh dikenal pasti supaya tindakan yang betul boleh diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut serta mengelakkan perkara yang sama daripada berlaku lagi.

    ReplyDelete
  3. siasat saja tanpa dakwaan apa guna.safie sudah sumbat wang kat mulut gani patail.

    ReplyDelete
  4. betul, harap SPRM akan menyiasat hal ini dengan adil dan sksama...

    ReplyDelete
  5. harap amalan rasuah dapat di halang...

    ReplyDelete
  6. Kesidiaan itu yang akan memberi kredit kepda SPRM untuk terus berjuang membenteras jenayah rasuah.

    ReplyDelete
  7. Kalaupun satu pihak berusaha membenteras jenayah rasuah, tapi jika tidak ada kesedaran dari diri sendiri, rasuah tetap akan berlaku.

    ReplyDelete
  8. Baik kita tunggulah hasil penyiasatan daripada SPRM.

    ReplyDelete
  9. Harap segala penyelewengan dan rasuah akan disiasat dengan teliti.

    ReplyDelete
  10. kita tunggu dan lihat apa hasil siasatan SPRM nnti..

    ReplyDelete
  11. Biar SPRM yg buat siasatan, jka bersalah tetap akan di hukum...

    ReplyDelete
  12. tunggu dan lihat apa yg akan berlaku nnti...

    ReplyDelete
  13. Harap penyelewengan yang berlaku tidak berpanjangan. Tangkap mereka yang bersalah.

    ReplyDelete
  14. MACC should make a probe over everything.

    ReplyDelete
  15. Mesti and harus siasat!

    ReplyDelete
  16. SPRM akan siasat n ambil tindakan? x cukup bukti/NFA jg tu. SPRM hanya efisien klu kes TBH [disyaki melibatkan RM2,400] ttp x pula klu kes perwaja steel n skandal PKFZ [melibatkan RM mencapai angka bilion]...

    ReplyDelete
  17. MACC is one of the most influential agencies in the country.

    ReplyDelete
  18. Ba ini kalilah kita mau tengok bagaimana SPRM menyiasat ikan besar...kalau SPRM menyiasat ikan kecil bukan main sampai jatuh bangunan....ini kali kita tengok ikan besar jatuh di mana? hehehe....

    ReplyDelete
  19. Siasatan itu tidak sampai ke mana ba...bukan sekali dua ikan besar dilaporkan rasuah tetapi kebanyakan terlepas kecuali ikan besar itu tersenarai untuk dijatuhkan...

    ReplyDelete
  20. ya, SPRM sila siasat 'tanpa gentar atau pilih kasih'!

    ReplyDelete
  21. jangan pula ada ahli SPRM pun makan rasuah...

    ReplyDelete
  22. harap siasatan rasuah ini dapat keputusan yang memuaskan kepada semua pihak

    ReplyDelete
  23. memang bukanlah tugas yang mudah untuk memerangi rasuah tetapi harap SPRM benar-benar tulus dan menjalankan tugas mereka dengan jayanya

    ReplyDelete
  24. semoga SPRM berjaya dan harap amalan rasuah ini berkurangan tidak kira sebelum atau selepas PRU-13.

    ReplyDelete
  25. Ba, all the best. Saya mahu tahu juga apa kejadian hal ini nanti.

    ReplyDelete
  26. Pastikan siasatan dibuat secara telus dan bukannya cakap saja kunun mahu siasat...

    ReplyDelete
  27. Kebenaran harus ditemukan. Rakyat berhak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

    ReplyDelete
  28. Tugas ini pasti rumit tapi jika ada kesungguhan dan siasatan pula dijalankan 'tanpa gentar atau pilih kasih', saya yakin semuanya pasti akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  29. Semoga hal ini membuahkan hasil yang postif.

    ReplyDelete
  30. sure or not sprm going to investigate??it better not be just talk.

    ReplyDelete
  31. Rasuah bukan kerja senang untuk dilaksanakan tambahan kuasa kuat di belakang. Semoga SPRM tetap menjalankan tugas untuk membasmi rasuah.

    ReplyDelete
  32. Jika betul-betul bersungguh-sungguh untuk menangkap golongan yang terlibat dalam kes rasuah, pasti akan menghasilkan keputusan yang menggalakkan.

    ReplyDelete
  33. "Ditanya sama ada DAP Sabah membuat laporan rasmi kepada SPRM Sabah, Abu Kassim berkata setakat ini SPRM negeri hanya mendapat laporan menerusi media."

    DAP seharus membuat laporan tulis kepada pihak SPRM, media bukan satu cara yang baik sebenarnya.

    ReplyDelete
  34. Perosak negara dan parti harus diambil tindakan sebab golongan ini mengugat perkembangan negara yang sedia ada.

    ReplyDelete
  35. Golongan ini tidak harus disimpati, sebab mereka juga tidak simpati dengan keadaan rakyat yang mendelita di sana. Jika ada bukti, tindakan segera perlu diambil.

    ReplyDelete
  36. Siasat, jangan tak siasat. Harap SPRM akan menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  37. Tiada yang terkecuali daripada undang2, dan ambil tindakan jika didapati bersalah.

    ReplyDelete
  38. Will it be another NFA? Again and again? It will be pointless.

    ReplyDelete
  39. Ketelusan dalam siasatan amat penting. Rakyat bukannya boneka yang bulat2 akan menerima apa yang dilaporkan. Rakyat juga tahu menilai sejauh mana kebenaran isu ini.

    ReplyDelete
  40. Cari parasit sebenar yang menjadi punca kepada masalah ini.

    ReplyDelete
  41. menjadi tugas SPRM untuk membanteras rasuah tanpa mengira pangkat dan kuasa.

    ReplyDelete
  42. kes2 rasuah kena disiasat dgn teliti dan telus. jgn biarkan rasuah berleluasa.

    ReplyDelete
  43. Rakyat mahukan kebenaran.

    ReplyDelete
  44. Yes, probe the allegations.

    ReplyDelete
  45. Siasatan semestinya penting.

    ReplyDelete
  46. patutlah pembangunan di Sabah lambat. rupanya berlaku ketirisan dan rasuah. kalau begini 'peruntukan tidak cukup' bukan lagi jadi alasan kenapa banyak kawasan2 luar bandar yang masih ketinggalan.

    ReplyDelete
  47. apa penjelasan menteri KKLW kita??

    ReplyDelete
  48. rupanya DAP hanya membuat laporan menerusi media, bukannya terus kepada SPRM.. kalau macam ini confirm ramai yang terlepas sebab ada masa untuk melupuskan semua bukti..

    ReplyDelete
  49. kalau mahu rasuah segera dibanteras pihak yang terlibat kenalah komited dan beri kerjasama yang penuh. samada pekerja di bawah mahupun yang berpangkat tinggi sekalipun wajar dikenakan tindakan jika benar2 didapati bersalah.

    ReplyDelete
  50. biarlah SPRM melakukan siasatan berhubung isu-isu yang timbul..tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  51. Semoga SPRM bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes rasuah yang tiada kawalan.

    ReplyDelete
  52. Laporan tulis diperlukan.

    ReplyDelete
  53. Commitment needed to resolve all these hidden issues. Hope SPRM can really perform well against "kes rasuah". Lets Anti Rasuah now.

    ReplyDelete
  54. Menangkap kes rasuah adalah peperangan berlanjutan dan ini bukannya perkara yang senang untuk mencapai kesan yang positif.

    ReplyDelete
  55. "Beliau berkata sejak tahun lalu, lima kes serbuan dan tangkapan dipercayai cubaan penyelewengan minyak diesel dibuat bersama-sama dengan polis bantuan SESB, SPRM dan polis di beberapa lokasi berasingan di Sandakan, Lahad Datu serta Tawau."

    Usaha masih diperlukan sebab yang ditangkap semua cuma ikan kecil sahaja. Banyak ikan besar masih aktif di luar sana.

    ReplyDelete
  56. Mari kita tunggu apakah keputusan daripada siasatan SPRM untuk projek pembangunan Sabah ini.

    ReplyDelete
  57. Baguslah kalau SPRM bersedia untuk menyiasat dakwaan tetang rasuah dalam projek pembangunan di Sabah yang diberikan oleh KKLW.

    ReplyDelete
  58. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata menjadi tugas SPRM untuk menyiasat sebarang kesalahan rasuah tidak kira siapa 'tanpa gentar atau pilih kasih.'

    Inilah yang kita harapkan dari SPRM untuk terus melakukan siasatan tidak kira siapa pun kalau salah tetap bersalah.

    ReplyDelete
  59. Kita boleh lihat sendiri. SPRM Sabah langsung tidak mendapat apa-apa aduan dari pihak lain mengenai dakwaan dalam projek pembangunan untuk Sabah. Nanti ada pula pihak yang memikirkan SPRM tidak pandai buat kerja tapi yang sebenarnya SPRM langsung tidak ada menerima sebarang laporan dari orang awam.

    ReplyDelete
  60. laporan rasmi belum dibuat...ternyata DAP mencari publisiti murahan melalui media..

    ReplyDelete
  61. digesa agar DAP segera membuat laporan rasmi sekiranya apa yang didakwa dalam media adalah benar...apa mahu takut? liew cakap bukti sudah ada dalam tangan...takkan DAP mahu gunakan isu ini sebagai alat politik? mentang-mentanglah PRU makin hampir..

    ReplyDelete
  62. inilah muka sebenar DAP...cakap tak serupa bikin...apa jua isu yang boleh dijadikan senjata politik untuk menghadapi PRU, DAP akan simpan...lepas tu cakap, konon SPRM tidak pandai buat kerja...sedangkan laporan rasmi langsung tidak dibuat...kalau DAP benar2 ikhlas, wal2 lagi DAP sudah buat laporan rasmi kepada SPRM sebelum membuat sebarang kenyataan di media mengenai isu ini...

    ReplyDelete
  63. mungkin apa yang didakwa oleh DAP adalah bohong semata-mata..laporan media tidak boleh digunapakai untuk menjalankan siasatan..jadi pasti ada udang di sebalik batu..mungkinkah DAP cuba mencalarkan imej KKLW dan menteri yang berkaitan?

    ReplyDelete
  64. macamana mahu siasat kalau tiada laporan rasmi dibuat kepada SPRM? tidak pasal2 SPRM pula dipersalahkan...

    ReplyDelete
  65. diharap SPRM dapat menyiasat dan menyelesaikan kes2 rasuah di sabah terutama yang melibatkan isu tanah..

    ReplyDelete
  66. Satu contoh depan mata dan hari2 dilalui dan xperlu buat laporan kpd SPRM ialah jalanraya. Kualiti bahan digunakan sngat minima utk kurangkn kos. Slepas siap 3 bulan itu lubang, mendap dan permukaan beralun pasti muncul (spanjang jalan Sandakan/Telupid/Ranau). slama 20 thn itu lubang main tutup2/tampal2 saja menandakan bahan binaan xberkualiti/xikut piawaian. Kontraktor, Jurutera JKR dan Jab. Akauntan Negara mesti ada main silap mata. Takkan SPRM jugak ikut main tutup2 mata..?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.