Friday, October 5, 2012

BN juga terima pembiayaan Amerika

Sebuah badan pemikir berkata, BN tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian dan menerima sokongan Amerika Syarikat.

Wan Saiful Wan Jan (2)"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan dalam satu emel kepada Malaysiakini.

"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.

"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah  menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya," dakwanya.

Wan Saiful mengulas kenyataan ahli parlimen BN seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam bahawa pemberi dana asing cuba melemahkan kerajaan BN.

Agensi kerajaan dan kumpulan prokerajaan serta media arus perdana yang dikuasai BN, melancarkan kempen menyerang badan pemantau hak asasi manusia Suaram kerana didakwa menerima dana asing.

Secara khususnya, mereka telah cuba menggambarkan bahawa siasatan skandal kapal selam Scorpene di Perancis sebagai satu percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Portal berita Malaysiakini juga turut menjadi sasaran dan telah dituduh menjadi alat pemberi dana asing untuk menerbitkan berita yang "anti-kerajaan".

-MK

8 comments:
Write comments
  1. Memang isu sebenarnya di sini ialah isu SCORPENE. Inilah yg meresahkan Najib dan kerajaan UMNO(BN). Jika sapina dibuat oleh mahkamah Perancis ke atas menteri Malaysia. Ini sudah pasti memburukkan reputasi Najib yg selalu digambarkan bersih oleh media pro UMNO(BN). Jadi utk mengelakkan ia berlaku, SUARAM mesti ditekan dan dijatuhkan terlebih dahulu. Hanya mahkamah shj boleh menentukan sama ada Najib terlibat atau tidak. Setakat ini hanya mahkamah Perancis shj mampu melakukan sapina ke atas Najib. Mahkamah Malaysia tidak mampu berbuat demikian kerana menghadapi byk kengkangan disbbkan kapasiti Najib sbg PM.../././.

    ReplyDelete
  2. KAH3, benarlah kata che bet, SYAITAN YG DIKENALI yg cuba berlakon jd baik ttp syg hakikatnya nama pun dh SETAN(dilakanat olh Allah dl, kini&selamanya).

    ReplyDelete
  3. BN disokong oleh PERKASA dan pengampu2 BN bahawa semua yang dibuat BN/UMNO boleh tapi kalau penyokong PR semuanya tak boleh, haram (jadah) dan sebagainya. Itulah undang-undang rimba kiranya

    ReplyDelete
  4. Lain kali tak payah minta dana dari luar negara minta saja pada Rosmah.

    ReplyDelete
  5. Tentera kita dilatih siapa? Dana utk pembangunan tentara kita disumbang oleh siapa?

    ReplyDelete
  6. Apa,Bung Mokhtar dan Datuk Ab Rahman Dahlan tuduh pambangkang dpt dana asing utk gugat BN? Bodoh punya YB. Cardik lagi rakyat kebayakan d Kota Belud tu,bah. Bung Mohtar tu bukan pandai join apa2 perbahasan dDewan rakyat pun. Hadir utk cukopkan korum lepas tu ganggu pambangkang sambil ketawa tanpa fakta. Trpekik2 mcm kera le jika ada isu2 panas2 dr pambangkang yg bantai PM/BN/UMNO. Tu aje kerja/tugasnya dDewan Rakyat. Yg panting,dKinabatangan tu kaum asal/pribumi spt kaum Sungei spt pupus oleh kebanjiran beratus2 ribu pendatang.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  7. Wan Saiful Wan Jan adalah penyokong diam utk PAS dan orang PR. *kemuadian, buat2 statement laa dia bukan menyokong mane2 parti. dah akarnya kelantan! mmg merapu lerr!

    gambar Dr M berani bersalam dgn Soros pun diputar sebagai mengampu Yahudi!! ingat, Dr M telah memberi ulasan terperinci dlm Utusan Malaysia pun mengenai cabaran dia diminta bersalam dgn Soros! *sentiasa mencari idea `memetik` pemerintah BN pun same dgn PR! jadi, ini kemenangan moral buat PR. konklusinya mmg boleh terima rasuah politik! Termasukla dia!

    So, anwar mmg boleh terima rasuah2 politik dari Yahudi. itula matlamat anak jan nie.. memutar fakta aje! balik ke bangladesh la.

    dasar anak jin punya saipul!

    ReplyDelete
  8. Helo en anonymous Okt 8 : 2.01 PM

    Elok le bapak parti syaitan yg dkenali beri ulasan trperinci dlm akhbar suara syaitan. Elok bebenor le tu....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.