Graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) yang menamatkan pengajian tahun ini, berpeluang dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelantikan itu tertakluk kepada mereka yang memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, telah memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temuduga kendalian SPP.
Mengikut rekod kementerian, seramai 10,715 penuntut program pendidikan telah dan akan menamatkan pengajian tahun ini.
Daripada jumlah itu, seramai 2,960 graduan yang menamatkan pengajian sebelum 1 Julai dijadualkan untuk ditemuduga SPP, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mereka yang terlibat ialah seramai 2,478 orang daripada program J-Qaf; program TESL (368); Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Institut Pendidikan Guru Malaysia, Institut Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) dan Program Pelajar Cemerlang (90); Program Bahasa Perancis (14) dan 10 calon mengulang temuduga berdasarkan keperluan opsyen.
"Sementara SPP menyelesaikan urusan temuduga, kementerian akan membuatpenempatan secara interim bagi kumpulan itu mulai 16 Okt ini," katanyasambil menambah bahawa pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusantemuduga SPP.
Muhyiddin berkata bagi kumpulan yang akan menamatkan pengajian selepas Jun tahun ini iaitu seramai 7,755 orang, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk pelantikan ke jawatan PPPS gred DG41 kepada SPP supaya penjadualan temuduga dapat disegerakan.
Katanya penempatan kumpulan itu yang lulus temuduga SPP akan dibuat pada tahun depan.
Muhyiddin berkata keputusan penempatan itu setelah mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka panjang seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
"Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik kelak, berkhidmatlah dengan jujur dan dedikasi," katanya. BERNAMA
Friday, October 5, 2012
Graduan Pendidikan Dilantik Pegawai Perkhidmatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
It is on of the good effort. All the educator, strive for your country.
ReplyDeleteBaguslah dalam usaha mengurangkan masalah pengangguran.
ReplyDeleteMereka ni antara yang masa depan terjamin sudah sebab boleh jadi penjawat awam terus.
ReplyDeleteTapi kalau graduan pendidikan biasanya bukan semua juga boleh jadi guru. perlu juga bersaing dengan graduan lain.
ReplyDeleteKerajaan sekarang komited mengurangkan kadar pengangguran
ReplyDeletediharap usaha dan program tu dapat membantu para graduan yang masih lagi menganggur.
ReplyDeleteItulah yang kita harapkan sebenarnya. Semoga masalah pengangguran ini akan dapat ditangani
ReplyDeleteThaniah kepada mereka yang berjaya dilantik menjadi pendidik.
ReplyDeleteHarap mereka akan berkhidmat dengan jujur dan berusaha kelak.
ReplyDeleteHargailah peluang ini dan lakukan yang terbaik
ReplyDeleteJika sanggup berusaha dan kerja keras, pasti akan berjaya.
ReplyDeleteHarap masalah pengangguran graduan dapat diselesaikan selepas ini.
ReplyDeleteUnemployed graduates have a unique opportunity to attend a six-week training programme sponsored by the government and get a chance to get a job.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) offers a skills’ upgrading training programme designed to transform graduates into highly employable executives for the service industry.
ReplyDeleteThe training is intense experiential and interactive which is intended to fast develop the hallmarks of an attractive hire and prepare the unemployed graduates to take on the challenges of today’s highly competitive job market.
“The training involves communicating effectively, speaking English confidently, make presentations like a professional, handle job opportunities, master professional workplace skills and acquire right emotional intelligence for career acceleration,” he said.
ReplyDelete
ReplyDeleteMohan said after the successful completion of the programme, the graduates will be awarded certificates and would be referred to a host of companies ranging from telecommunications, media, tourism, finance or retail, giving them an opportunity for employment.
The Scicom Education Group has already trained over 4,000 people and has a successful job placement rate of 97 per cent.
ReplyDelete
ReplyDeleteTo qualify for the programme the would-be trainees have to be Malaysian citizens, have a degree from a recognised university and currently unemployed.
ReplyDeleteThe training will be held all over the country and at some training venues, accommodation may be provided and the trainees will also receive a daily allowance.