Wednesday, October 3, 2012

BONGKAR : BN Lancar ‘Skim Jual Negara’?

Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal.

“Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau.

“Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini,” kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.

Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000.

Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.

“Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah.

“Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? “Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?,” soalnya.

Beliau menambah, “lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah.

“Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri,” terangnya.

Ujar beliau lagi, “bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.

“BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh.

“Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?,” soal beliau.

31 comments:
Write comments
  1. sepatut nya pengarah jabatan pendaftaran sabah haruslah di pegang oleh rakyat sabah sendiri baru baru lah tahu yang mana pati dan mana bukan

    ReplyDelete
  2. Cakap Bahasa Malaysia pun tunggang tebalik pelat Indonesia dan Phillipine senang2 dapat MYKAD. Nampaknya 5/10 lagi kita orang tempatan akan dikira bilangannya berapa yang masih sisa....

    ReplyDelete
  3. JPN ...Jab Penjualan Negara.!!! Horeyyy..

    ReplyDelete
  4. Coming soon...Selangor tiada lagi jawa atau boyan. Yg ada Nyammar atau Nepal atau mngkin Bangla.

    ReplyDelete
  5. Sama dgn Sabah. Lately kaum Kdzandusun,Bajau, Murut, Sungei,Dusun, Rungus dan beberpa etnik lagi. Lepas tu ada pula Butun,Tidung,Brunei,Bisaya dll. Yg paling lucu...Pakistan pun ada,bah. Jgn dheran jika wajah spt Irian Jaya pun ada ic,bah.Itu suma karja gila UMNO.

    ReplyDelete
  6. Ala takkan satu kes saja sudah tuduh kerajaan jual IC...ini bukan salah kerajaan, ini salah individu2 yang tamak haloba & inginkan duit cepat, sanggup jual IC orang lain...

    ReplyDelete
  7. kesian orang sabah..rakyat luar semakin ramai..adakah kerana mahu menang undi, jual harga diri..

    ReplyDelete
  8. Bagi saya yang salah adalah rakyat sabah sendiri tatap juga undi UMNO.Dah cukuplah wahai org sabah.Samapai bila kamu mahu jadi negeri termiskin di bawah BN.Kamuurang dapat tangkipun tatap undi BN.Bagi saya ini satu penghinaan bagi sabah terutama kamu adalah FIXED DEPOSIT.

    ReplyDelete
  9. Rakyat yang suka ali baba kan lesen.

    ReplyDelete
  10. Makanya RCI dilaksanakan untuk siasat masalah ini.

    ReplyDelete
  11. Pihak yang berkuasa harus menangani masalah Mykad dengan segera

    ReplyDelete
  12. Warga asing yang mendapat Mykad secara songsang harus ditangkap

    ReplyDelete
  13. Kes ic palsu ni kalu bukan trbabit dgn kerja BN,dah lama kena angkut masuk penjara puak2 puaka haram yg jual ic Malaysia. Bila tiada tindakan, jelaslah punca angkara adalah UMNO tu sendiri. Bukan masalah satu dua,tapi ndak sepatut brlaku pmberian ic segera kpd warga asing. Inikan pulak angka beratus ribu. Akan jadi warga negara tuh>>>

    ReplyDelete
  14. Pembangkang pun bukan ada 'beli' PATI juga ka..

    ReplyDelete
  15. Membeli PATI untuk tujuan pengundian memang tidak wajar.

    ReplyDelete
  16. Mari kita tunggu dan lihat keberkesanan pelaksanaan RCI.

    ReplyDelete
  17. Ada ka RCI tu? BN bohong jer tu. Mana nak siasat kalu PATI tu dah jadi VVIP, VIP atau DUN atau peg KERAjaan negeri,bah.RCI ni pun desakan pembangkang dan bukannya BN Pusat. Rakyat Sabah yg sokong PR maknanya mau hapuskan PATI manakala rakyat Sabah yg sokong UMNO,mereka mau kan PATI brleluasa dSabah/Malaysia. Itu saja sifir mudah spt teori Phytogoras.

    ReplyDelete
  18. hoi! Anonymous said... brunei tu bukan warga asing bah.kami memang penduduk asal sabah.bangsa brunei banyak di kawasan papar sampai Sepitang.Perkataan kau ni mengiris hati bangsa kami.Saya pun benci Pati yg datang mengacau d Sabah...Hidup mati kami bangsa Brunei hanya untuk Sabah...kami sayang negeri kami...

    ReplyDelete
  19. kalau umno boleh bagi pati ic,kita kasi sediakan lubang kubur kepada pati,itulah cara paling baik.kenapa di sarawak pantang nampak pendatang asing dikawasan mereka ,pantas dipotong saja,kita pula limpas limpas dikaki lima pun tak sedar.kalau tiada rci kita tubuhkan pejuang penghapus pati,macam orang dulu-dulu "susumangod"

    ReplyDelete
  20. memang benar di mana projek kad pengenalan bagi pendatang asing memang berlaku dan meliputi bahagian umno konon nya kad pengenalan ini akan dapat sebelum pelihan raya yang mana setiap pemohon akan membayar wang pendahuluan dan baki nya akan di bayar setelah memiliki kad pengenalan tersebut dgn syarat mengundi BN kalau tak percaya risik risik lah di kawasan pejabat pendaftaran di kawasan anda dan lihat lah gelagat wanita yang bertudung manis tapi pengkhinat kepada negara ini wanita ini lah menjadi dalang kepada peg pendaftaran negara untuk projek kad pengenalan

    ReplyDelete
  21. Setiap pengkhianat negara wajar mendapat hukuman setimpal,contohnya kalau dia merekrut warga Myanmar utk mendpt Mykad dan seterusnya menjadi pengundi,dia layak dihukum buang negara ke Myanmar juga.Baru dia tau....

    ReplyDelete

  22. October 2, 2012 11:08 AM :

    kau bilang 1? sabah dianggarkan 1.3 juta org adalah warganegara palsu!!!

    ReplyDelete
  23. Bagaimana pula dengan menerima dana daripada pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan. Itu boleh dikatakan menjual Negara kepada pihak luar.

    ReplyDelete
  24. Terima dana dr luar utk jatuhkan kerajaan. Heii,kalu ndak tau apa2 jgn cuba nak brforum dsini. Lebih baik diam agar kamu dpandang CERDIK. Kalau setakat mmbaca akhbar utusex atau dgr RTM, ndak payah barcakkap,bah.

    ReplyDelete
  25. siasat dakwaan ini, jgn biar pati berleluasa.

    ReplyDelete
  26. RCI harus ditubuhkan segera bagi siasat kegiatan projek ic.

    ReplyDelete
  27. suku brunei bukan pendatang ahh, jangan silap tulis.

    ReplyDelete
  28. It is deemed necesary to set in place additional precautionary measures to prevent immigrants from taking advantage of the ongoing National Registration Department’s (NRD) mobile registration drives to acquire Malaysian citizenship.Parti Bersatu Sabah (PBS) Vice President, Datuk Radin Malleh who voiced out this matter, said although certain mechanisms were already in place, the NRD still needs to be extra careful to ensure that illegal immigrants are not mistakenly registered as locals and given Malaysian birth certificates and identity cards (ICs).

    ReplyDelete
  29. He added that the relevant authorities to be extra careful in registering the birth certificates and identity documents, so that they do not fall into the wrong hands especially illegal immigrants, as this could jeapordise the country’s sovereignty and future. Radin who is also Assistant Minister in the Chief Minister’s Department said the mobile registration was one of the government’s way to help the people, but to a certain extent, there might be a hint of truth to the association’s claims.He added that there were rules in place under the Federal Constitution for foreigners to get their citizenship and NRD must ensure that everyone abides by this.

    ReplyDelete
  30. SIAL BETUL KITA TUKAR INI BN/UMNO DI SABAH. INI KALI LAH

    ReplyDelete
  31. macam mana mahu tukar kerajaan kalau UMNO kasih tambah beribu2 lagi itu org asing!!! bangang punya kerajaan,ptut la BN menang besar pilihan raya lalu!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.