Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.
Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.
Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.
Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas). -MK
Wednesday, October 3, 2012
Bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tidak adil lah buat mereka yang dipenjara tapi sebenarnya mereka tidak bersalah. wang ringgit tidak akan dapat menggantikan masa yang mereka lalui selama dalam tahanan.
ReplyDeleteHanya Tuhan yang maha adil.
ReplyDeletebukti penipuan govt yg berjaya didokumentasikan [sama dgn kes tun salleh abas]...
ReplyDeleteBagus la diberi ganti rugi daripada habuk saja
ReplyDeleteHairan juga kan, yang salah masih bebas. Yang tidak bersalah pula dipenjarakan.
ReplyDeleteNasib ada ganti rugi walaupun tidak boleh mengganti apa yang mereka alami selama ini
ReplyDeletetAK TAU BILA LAH BN NAK BAYAR GANTIRUGI AM DAN TELADAN TUH. KES YG SAMA DPERAK OLEH HAKIM DATUL LAU BEE LAN TU JUGAK YG KATA DS NIZAR MASIH MB PERAK YG SAH. HANYA SEHARI JE BRTAHAN ARAHAN HAKIM TU. ESOK MAHKAMAH PERSEKUTUAN PINTAS BALIK ARAHAN DAN KELUAR BARIS LE NIZAR DR KAMAR MB PERAK. TAKUT PRKARA YG SAMA TRJADI ATAS KES TAHANAN ISA NI. MAHKAMAH MEMANG KATA LAYAK DPT GANTIRUGI, TAPI YG NAK BAYAR TU BN. SAPA BRKUASA DMALAYSIA NIH, MAHKAMAH ATAU BN?
ReplyDelete**888
Yg penting tahanan tu dpaksa brpisah dgn keluarga trsayang. Malah, ada pasangan yg trpaksa brcerai berai angkara ugutan BN melalui geng SIPUT BABI mereka. Kalau zaman Tun Razak dulu, ramai jugak guru2 agama yg sokong pembangkang dtangkap ISA dan kena 'turning over'. Setakat turning over mngkin ok, tapi sekarang smpai tahap ugutan ke atas keluarga drumah. Saari Sungip antara yg teruk ddera dlm ISA. Maknanya ISA tu khas utk tahanan politik dan bukan tahanan keselamatan negara. Kalau dSandakan tu, ada seorg ustaz dr kalangna org miskin, suami dtahan ISA dn sekarang dhantar ke Manila. Anak2 drumah yg brumur 16 thn kebawah seramai 6 org, siapa yg trsentuh kalbu dan perasaan disaat anak kecil sepatut dbelai oleh sang ayah dan ibu tetapi kebahagiaan itu drentap oleh UMNO/BN. Memang celaka dan haram sesiapa yg masih menyokong BN.
ReplyDeleteKredit pd pejuang kebenaran, tahniah. Ini semua petanda bahawa kemenangan pihak yg benar sudah dekat, sbb itu petunjuk semakin positif. Kemenangan total akan berlaku dlm PRU13, insyaallah. Diibaratkan sblom tsunami yg sbnar melanda, akan ada dl tanda2 kecil sperti gempa bumi secara kecil2an & cuaca yg x menentu...
ReplyDeletesaya setuju 100 peratus dengan keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan...satu pukulan maut kepada ISA, Menteri Dalam Negeri, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, mantan Perdana Menteri dan PM sekarang...jangan berkuasa melebihi kuasa rakyat kan ini PADAHNYA! Detik permulaan kejatuhan rejim Kerajaan Umno/Bn
ReplyDeleteBerikan keadilan kepada mereka yang benar-benar tidak bersalah.
ReplyDeletebyk jg ganti rugi mereka dpt.
ReplyDelete