Friday, October 5, 2012

GILA : Kos Tangki Air Plastik 1Malasyia RM2500 Seunit?

Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

“Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,” Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.

“Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?” soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang.

“Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air,” ujar Dr.Hiew.

Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur.

“Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar.” jelasnya lagi.

“Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin.” – Roketkini

10 comments:
Write comments
  1. Satu lagi ketirisan dan kroni kaut untung berlaku.....Orang Sabah dinggap bodoh oleh BN UMNO....

    ReplyDelete
  2. 1 LAGI PROJEK BN melembukan rakyat, org sabah suka bangat bab tangki air ni..

    ReplyDelete
  3. sabah kaya dengan sumber alam, petroleum, berpotensi dalam sektor pelancoongan tapi mundur, kemiskinan berleluasa, IC palsu/kerakyatan kepada pendatang2 tanpa izin, hutang negeri yang serius, dll?????...... dibawah 50%? tak dibawah 0% or negatif dikira bertuah/bernasib baik? terima kasih ke atas tong2 kosong baru yang akan diberikan kepada rakyat untuk menakung air hujan kerana banyak kawasan yang tiada bekalan air??? bodoh sekiranya rakyat masih memilih rejim begini???? kaka!

    ReplyDelete
  4. Sudah dijangka bah,,, pemimpin negeri nampak senang-senang belaka, tapi rakyat Sabah mengalami pelbagai masalah, . , tidak ada pemimpin yang serius hendak menangani nya, Cuma ulang balik KL - Sabah untuk "meeting" tanpa ada penyelasaian. Sedarlah pemimpin BN Sabah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih BN kerana beri tangki tempat nyamuk Aedes membiak dan tak lama lagi ramai lah orang Sabah kena denggi! Tapi hairan walau tiada air paip di luar bandar Sabah tiada pula ANJING-ANJING BN/UMNO menyalak macam di Selangor!

    ReplyDelete

  6. Kerajaan UMNO 1Malaysia tuh yakin bahawa bakal penerima tangki tuh bengap dan bebal belaka dan tak akan fikir hingga macam tuh. Penerima itu akan terkinja-kinja memuji-muja akan baiknya kerajaan 1Malaysia itu. Mereka diperalatkan untuk sumber RM UMNO/BN menjelang PRU-13.

    Hanya penerima yang bijaksana sahaja yang bertindak bijak dan betul. Kamu beri aku ambil. Aku tak subahat dengan trend dan budaya 'rasuah pilihanraya' dengan menggadaikan undi aku yang amat berharga itu.

    ReplyDelete
  7. Itu tangki air,isu baru pun. Ada sapa2 ingat isu tuntutan/pembelian tak masuk akal dPusat Giatmara T'Ganu satu masa dulu. Satu skru driver yg harga RM4.50 dah jadi RM45.00. Satu 'player' harga RM7.00 dah jadi RM78.00. Kecoh suda 1Malaysia. Ada sapa2 kena ngap oleh SPRM? Ada sapa2 kena dakwa dMahkamah ? Paling kuat pun tindakan AMARAN kpd ktgn trlbat.

    ReplyDelete
  8. SIALM INI BN,INI KALI LAH KAU BN BERKUBUR DI SABAH.

    ReplyDelete
  9. Jln raya kat KK ke yg katanya jarak 0.9km dgn kos hampir RM15 juta. Lojik diakal ke? Kalau dkelantan dulu,pernah MB buat jambatan secara brsama dgn penduduk walau brada djln utama,kos nya puluhan ribu je brbanding nilai yg akan / tlh dtuntut oleh BN mngkin ratusan ribu ringgit bg projek2 yg tlh diadakan. Itu bezanya..pemimpin rakyat dgn pemimpin jahat.

    ReplyDelete
  10. ini kali lah...kita kuburkan UMNO dari bumi Sabah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.