Penyata kedudukan hutang negara disyaki ‘dihilangkan’ dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.
Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang, memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.
“Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Katanya, unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keyupayaan kewangan negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kehilangan penyata hutang negara ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.
“Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal menyatakannya.
“Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku,” katanya.
Misteri Kehilangan Item Penting Dalam Buku Anggaran Perbelanjaaan Persekutuan 2013
Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.
Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.
Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.
“Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.
“Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu,” kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.
Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu.
Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.
Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh.
Satu lagi, nak ransang ekonomi kita berkembang dlm kadar 5% camne, klau dah 15 thn berturut2 perbelanjaan defisit (belanja melebihi pendapatan). Ini kira cakap nak sedap mulut jer! Klau betul2 kita nak capai ekonomi kita berkembang dlm kadar 5%, kerajaan dl kenalah berhemah dlm perbelanjaan. Barulah akan terjadi keseimbangan perbelanjaan/kdnk. Dari situ barulah ekonomi akan berkembang dlm kadar 5%. Ikut trek rekod kerajaan skrg, kita akan terus menjunam & terus mencipta hutang. Krn fhm2 sendirilah bagaimana cantiknya kerajaan & pimpinan kita skrg berbelanja. Camni ekonomi negara nak berkembang?! Kecualilah, kerajaan bertukar dlm PRU13, maka disitu baru ada harapan utk melihat ekonomi meningkat naik. Dgn kerajaan skrg, setakat angan2 kosong boleh la. sbb sikap pun dah x serupa cakap, sorry to say...
ReplyDeleteKalau dalam mana-mana mesyuarat agung persatuan atau pertubuhan kalau tiada penyata kewangan maka mesyuarat agung itu tidak boleh dilangsungkan!
ReplyDeleteYg ketara, dlm mana bajet yg diistihar oleh BN,tiada peruntukkan besar utk pertahanan negara. Pernh juga Tun M dulu kata,kita tidak ndak brperang dgn sesiapa. OK, tapi kalu kita pulak dserang,camne? Bukan kita hendak brperang malah rakyat yg waras dr mana2 negara pun memang ndak mau brperang. Tetapi,kita barcakap dlm isu PERTAHANAN NEGARA. Malu bila melihat tentera kita yg berlatih hanya ada land rover 25 thn lampau, senjata besar masih Carl Gustav keluaran Sweden. Bila senjata tu dbeli,ntah le mngkin 25 thn lampau jugak. Tenaga bantuan udara, helikopter g selalu jatuh tu ler.Yg baik hanya utk kegunaan VIP jer spt SUPER PUMA atau seumpamanya. ASTROSS atau tembakan artileri tu pun bukan Benua ke Benua. Kategori tembakan FROG aras rendah je. Org kampung tengok memang hebat sebab lebih besar dr Pump-gun. Tapi dlm dunia pertahanan, memang out dan tak masuk ranking pun.Kalau melihat pd Perbairsn Hari Angkatan Tentera atau Hari Kebangsaan, apa persenjataan negara yg ada? Bukan masalah tak mau menunjuk2, tapi ntah2 itu je yg ada. Kereta kebal medium jenis ADNAN, aku lihat dah semput atau dah kena ATHMA kot kereta kebal tuh. Kategori LBT ( Light Battle Tank ) je pun bukan MBT ( Main Battle Tank). Hanya sekarang rasanya baru ada sebuah dua jenis MBT. Malu pd negara jiran. Thailand...Armed Forces meeka dah lama maju kedepan. Mngkin Tank Regiment pun dah lama kot compare to our defense force. Bila brcakap isu pertahanan negara,ndak kira le Air Forces, Naval atau Army...tiada prasaan megah perkasa bila melihat persenjaaan yg kita ada dlm era dunia luar telah menggunakan TEKNOLOGI PERTAHANAN. Asasnya, peradaban Islam lah yg menerajui segala bidang samada PERUBATAN, MATEMATIK, SAINS ,KOMUNIKASI malah TEKNOLOGI tu sendiri. Ianya lahir pd zaman Ibnu Sina, Ibnu Taimiah, Ibnu Khaldun dan sebagainya. Hanya kita djajah oleh revolusi barat yg akhirnya mnyaksikan barat mencedok ilmu yg Tuhan anugerah utk Islam telah digunakan oleh barat utk menghancurkan islam pula. Kaedah menghancurkan negara islam dserap kdalam pentadbiran kerjaaan sesebuah negara yg djajah ( contoh LORD REID ) yg mnjajah TMelayu sedikit masa lalu yg menyaksikan dasar LORD REID itu menjadi Perlembagaan Negara/Undang2 negara.
ReplyDelete**yassir arafat
hutang ngara RM502b yg ndak parnah dbayar,bah. Setiap rakyat Malaysia samada yg baru lahir dah trpikul dgn beban hutang atas bahu sebanyak RM20 000 seorg.
ReplyDeleteMintak je TS Tajuddin Ramli, Datuk Shahrizat Jalil dan Tun M bayar hutang2 tu. Kemudian,minta Mokhtar AlBukhary, Dato Nazmi, Nizar razak tolong2 bayarkan. Mereka tu semua dpt sykt kerajaan utk bisnis atau hasil dr aset kerajaan tapi dianugerah pd mereka mengikut kehendak PM.
ReplyDelete