Sunday, October 7, 2012

Indeks Bursa Naik, Tapi Saham Felda Terus Merudum

Sungguhpun Indeks utama Bursa Saham telah mencecah paras tertinggi 1,668.32 pada hari semalam, namun harga saham Felda Global Ventures (FGV) terus tidak mampu untuk naik, malah menurun kepada 4.750 dari harga pembukaan 4.770

Para pelabur dan penggemar saham nampaknya tidak berminat terhadap saham FGV.

Yang berminat memantau tetapi dengan rasa berketar-ketar mengikuti turun naik harga saham FGV berkemungkinannya ialah KWSP dimana KWSP telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus pertengahan bulan lepas.

FBM KLCI telah ditutup 23.57 mata lebih tinggi pada 1,660.23 pada Jumaat berbanding 1,636.66 sebelumnya berikutan pengukuhan serantau.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit.

“Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.

“Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda),” kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara.

7 comments:
Write comments
  1. Kesian makcik2 pakcik2 felda. Asyik dtipu oleh Najib shj. Tun Razak dulu ilhamkan felda utk membantu melayu kini Najib ilhamkan saham utk menipu melayu. Di mana pejuang bangsa dlm UMNO ? Apa..takde!!

    ReplyDelete
  2. para pencarum dlm EPF adalah mangsa penipuan govt!!!

    ReplyDelete
  3. Macam juga Saham Sabah lain-lain saham sudah pulih saham sabah tak pulih-pulih. Maklumlah saham yang diurus oleh UMNO/BN!

    ReplyDelete
  4. Berapa lagi duit KWSP yang digunakan untuk menyelamatkan Saham Felda ini.

    ReplyDelete
  5. Dah kurus KWSP tu sebulan dua nih. 4-5 bulan gemuk la balik makhluk tu. Kena hisap dek UMNO lagi. Kikikih,kesian ye. Bukan kesian kat KWSP tu tapi kesian kat melaun UMNO yg kerja dan carumkan wang dlm EPF,UMNo curi itu duit trmasuk duit org PAS sekali la yg dnafikan hak2 sebg rakyat Malaysia oleh Beend.

    ReplyDelete
  6. Wahai peneroka kamu akan terkena seperti Telekom dulu dan hari ini telekom punya nilai dekat bursah tak naik malah sedih,nah penoroka bakal merasa akibat percayakan UMNO.

    ReplyDelete
  7. Kita sumpah pula orang yang sumpah orang HARAMJADAH kerana membenarkan wang kita dalam KWSP untuk selamatkan saham Felda macam Saham Sabah selamatkan saham NBT dulu yang sampai sekarang nilai saham Sabah tidak ada langsung. Mahal lagi harga pisang goreng yang diurus oleh mak cik-mak cik di gerai. Agaknya kalau mak cik-mak cik itu urus Saham Sabah lagi untung dari diurus oleh UMNO/BN.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.