Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat memasukkan janji pilihan raya untuk menurunkan harga petrol dan menghapuskan tol dalam belanjawan alternatif mereka.
Chua (kiri) menyindir, "belanjawan terbaik dan belanjawan yang dirangka untuk rakyat itu" tetap gagal memasukkan janji-janji mereka sebelum ini.
"Bagaimanapun, pengumuman penting itu tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 mereka. Kalau begitu, bagaimana harga petrol akan turun? Bagaimana pengiraannya?
"Bukan itu sahaja, mereka juga berjanji untuk menghapuskan tol jika Pakatan berkuasa. Tetapi perkara ini juga tidak disebut dalam belanjawan mereka," kata Chua dalam kenyataannya semalam.
Belanjawan alternatif Pakatan yang dikeluarkan awal bulan lalu bagaimanapun memasukkan rancangan menamatkan konsesi lebih raya terpilih membabitkan kos sebanyak RM6 bilion.
Sunday, October 7, 2012
Kenapa turun harga petrol tak masuk bajet Pakatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PAKATAN DAH CAKAP HARI INI MENAWAN PUTRAJAYA ESOK MINYAK TURUN. BN TAK FAHAM KE?
ReplyDeletePR bila memerintah hari ini esk minyak turun....mesti berlaku dan hapuskan tol...ni bee end langsung tak pernah kuar dari mulut pm,tpm,menteri2 kabinet takda sorang pun berani nak cakap...bee end ckp pun takut ni kan pulak laknsankan....opp lupa lak bee end bernai ckp yg subsidi gula di tarik sbb takut kencing manis dan kenaikan tarif elektrik tak dpt dielakan kerna kenaikan harga gas dan arang batu...hahahahahah..itu berani........hahahahahahahah.....HIDUP PAKATAN RAKYAT....
ReplyDeleteNak bodek PM agar trcalon lagi pd next elction sbg YB tapi tak sedar keluar pulak ayat bodoh dr sang menteri.
ReplyDeleteJangan terlalu buka mulut nanti masuk lalat.Sudah dikatakan bila PR pegang tempuk kerjaan Malaysia, harga petrol akan diturunkan ada fahamkah bro.
ReplyDeletehei YB Chua Tee Yong, kenapa Najib ndak cakap harga gula akan naik selepas bajet dan diikuti oleh tarif elektrik masa pmbentangan itu hri? Tau2 dah naik pun hrga. Tau ke tak YB iaitu bajet baru2 ni dsebat duit Petronas tu. Patut le hrga mintak sentiasa naik..BN nak kumpul duit utk bajet negara. Satu jabatan kerajaan yg trlibat dgn hasil kpd Perbendaharaan Negara akan masukkan duit hasil brjuta2 ringgit setiap hari. Mana duit tu semua ? Yg aku tau perbelanjaan akan mengambilkira pndapatan semasa. Kalau PERBELANJAAN mengurus memanjanggg dlm keadaannn defisit...there was something wrong (dgn izin.) Kalau duit ada RM10 ringgit belanja la cara RM10. Masalahnya ialah RM10 tu ada 3 jerung menunggu utk ngap...tinggal berapa je lagi. Pendekkata utk cover balik duit yg kena ngap tu, harga apa2 tarif atau baragan kena lah dnaikkan.
ReplyDeleteKesimpulannya bajet negara tu dcipta sengaja utk salurkan RM ke poket kroni ( guna format ngap tadi le)atas nama PERBELANJAAN MENGURUS Masalahnya betul ke Perbelnjaan Mengurus tu.. kalu skru driver harga RM4.50 tapi dtuntut RM45.00? Spt yg dah brlaku dPusat Giatmara nun.