Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyatakan kehadiran pendatang asing secara sah atau tanpa izin di Sabah tidak menggugat keselamatan dan keadaan adalah terkawal seperti di negeri lain, adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih berkata, kehadiran tidak terkawal begitu ramai pendatang asing secara mendadak melebihi penduduk di negeri ini mengundang kebimbangan terhadap kerharmonian dan keselamatan rakyat tempatan negeri ini akan tergugat pada masa akan datang.
Ghulabddin menyifatkan kenyataan Nazri itu sekadar melepaskan 'batuk ditangga' dan meminta agar menteri itu meletakan jawatannya kerana ia membuat perbandingan tidak tepat terhadap permasalahan dan persoalan pendatang asing di Negeri Sabah yang dinyatakannya sama terkawal seperti di negeri lain di negara ini.
"Saya ingin menasihatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu apabila menyatakan mengenai pendatang asing di Sabah agar merujuk nasib dan masa hadapan rakyat tempatan di negeri ini yang akan terancam dengan kehadiran dan pengeluaran kerayataan kepada pendatang asing."
Ghulabddin kesal kerana Nazri berkata pemantauan berjalan dengan baik dan penguatkuasaan dikenakan kepada semua pendatang, baik sah atau tanpa izin.
"Hingga 19 September lepas, sejumlah 70,327 pendatang tanpa izin telah diusir dan dihantar pulang ke negara asal," katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing (Tuaran) di Dewan Rakyat, kelmarin.
"Kenyataan terbuka Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad baru-baru ini yang secara tiba-tiba muncul menyuarakan sokongan kuat terhadap pemberian kerakyatan kepada bilangan warga asing yang besar di negeri ini boleh dijadikan rujukan oleh Nazri," kata Ghulabdin yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna SANYA Berhad Sabah (KOSAN).
Beliau mempersoalkan jaminan Nazri yang kehadiran pendatang asing secara sah atau tanpa izin di Sabah tidak mengugat keselamatan dan keadaan adalah terkawal, sedangkan Tun Mahathir dalam kenyataan terbukanya itu yang disokong oleh penghasilan sebuah buku yang berjodol 'IC Projek: Agenda Tersembunyi Mahathir' mengandungi banyak kebenaran dan mengundang kebimbangan terhadap nasib masa depan rakyat negeri ini.
Berdasarkan kepada satu soalan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada tahun 1970 telah meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun, bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang tahun 2000.
Sehubungan dengan kenyataan tidak tepat dari Nazri ini, Haji Ghulabdin mengesa agar siasatan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bagi meneliti isu pendatang tanpa izin di Sabah dipercepatkan supaya perkara yang ditunggu sekian lama itu akan dapat menjalankan sisatan secepatnya secara menyeluruh serta melaporkan keputusan penuh siasatan tersebut dengan kadar yang segera.
"Kami selaku rakyat asal di Sabah mahukan agar sisatan RCI ini juga merujuk kepada peruntukan di bawah perjanjian 20 perkara yang menjadi dasar pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang menyebut walaupun isu-isu dokumen pengenalan tertakluk di bawah Kerajaan Persukutuan, namun pihak-pihak berkuasa tempatan negeri mesti juga dirujuk apabila meluluskan kerakyatan kepada orang asing.
"Rakyat negeri ini telah sekian lama menunggu untuk Kerajaan Persekutuan menyelesaikan kehadiran begitu ramai pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini, yang telah begitu selesa mendapat peluang dan menikmati pelbagai kemudaahan yang sepatutnya khusus untuk penduduk tempatan sahaja," kata Haji Ghulabdin dengan nada yang amat kesal.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
Wednesday, October 3, 2012
Kehadiran PATI Bimbangkan Rakyat Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kehadiran ramai PATI dSabah bukan setakat tiada menggugat ketentraman negara malah dah ramai anak2 PATI menjawat jawatan dlm kerajaan. VIP pun ramai dah.
ReplyDeleteapa punya menteri mcm nazri ni.ko patut duduk kat sabah kalau boleh duduk kat setinggan dimana mana daerah di sabah naru padan muka dengan curi karan curi air melakukan jenayah penyuludupan.jgn nak sedap keluarkan kenyataan sahaja seksli sekala ko datanglah kesabah tengok sendiri kenyataan nya kebanjiran pati ke sabah.
ReplyDeleteSalah seorg menteri yg sebearnya ndak layak jadi menteri,inilah orgnya. Cakap besar dan sombong trmasuk anak2 beliau yg suka bunoh org( satu waktu d Taman hartamas KL) dan trbaru trajang penyelia keselamatn dsbuah kondo mewah. Maknanya anak2 beliau pun takabur jugak se[erti bapak. DParlimen, inilah org nya jugak yg PM dulu dan kini telah tetapkan tugas Nazri utk jawap dan hentam pambangkang. Perempuan dan brfoya2, jgn dkira lah.Yg aku tengok selain dKL, kat Penang pun ada kondo mewah( sebelah hotel Gurney Drive).
ReplyDeleteSelepas beliau barulah..DATUK SERI JAMALUDDIN JARJIS ( PERABA KEMALUAN WANITA), DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM (KAKI BETINA),DATUK ANUAR MUSA(PENCURI DUIT PPRT),DATUK YUSOF NOR(PENCURI DUIT BAITU MAL) ,DATUK SERI NAJIB ( MCM2 HAL) DAN TUN MAHATHIR ( PUNAHSIHAT PETRONAS DAN PROTON). Ini senarai pendek dr seramai YB Menteri yg ada.
Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih ialah Setiausaha UMNO Sulaman juga. Dulu di PBS, dia pegang jawatan Ketua Bahagian, lapas PBS kalah masuk UMNO. Waktu PBS dia bilang UMNO yg bertanggungjawab bagi IC sama PTI, sekarang apa jadi? Sudah 10 tahun dia dalam UMNO apa dia buat, kayalah dia. Itu kawan saya yg cerita. Saya cuma sampaikan.
ReplyDeletePesanan saya:
After 50 years of 'serious' raping of the state, I think it is time to get 'serious'. On the other hand, the people of Sabah deserves what they vote for. Silap datuk nenek kita, silap ibubapa kita, saya ingatkan kita jangan SILAP LAGI! Ini kalilah.
jgn percaya dgn pemimpin BN /umno niat untuk merubah keadaan Sabah tida akan berlaku apa lagi masalah PATI tambirang saja....biar rakyat yg akan merubah melalui PRU 13..MATAI NA KAU
ReplyDeletehakikatnya, ramai anak2 asalnya PATI dpt jawatan penting dlm kerajaan negeri dSabah ini. Tak pelik kalu mereka dah ke peringkat pusat pun barangkali.
ReplyDeletesialan betul si nazri ni' suka suka saja ckp PTI konon tidak mengancam keselamatan negara. mentri apa mc ni? otak simpan di kepala ka di lutut? PTI disabah sudah sangat maju. ada yg sudah kerja sektor awam, jadi taukeh, ada tanah yg luas, ada bas besar, ada yg jadi sekuriti, ada rumah besar, ada perkampungan yg luas polis pun tak berani masuk sbb PTI lebih berkuasa dari polis.
ReplyDeletekalau ada 1 lagi mentri mcm si nazri ni, alamat malaysia akan melingkup di tangan penceroboh. ceh' inilah sebabnya BN rekrut PTI jadi pengundi dan jadi ahli UMNO kerana rupanya mereka anggap PTI tidak mengancam keselamatan negara.
kenyataan si nazri seolah olah mau bagi isyarat supaya RCI PTI di sabah tidak buat kerja dgn betul dan telus. takut kedapatan kali mimang BN lah punya angkara.
untuk org sabah, apakah ini kerajaan yg kita harapkan utk menjaga masa hadapan kita? selepas berbelas tahun BN perintah sabah, kita cuma dapat gelaran fix deposit dan negeri paling miskin di malaysia. tapi si musa aman pula semakin kaya raya.
PRU kali ini kita rakyat sabah sama2 tukar kerajaan kerana kuasa ada di tangan kita. jgn ulangi lagi kesilapan. ada org tu marah2 sbb isu PTI lah, isu tanah lah, dsb tetapi dia lupa bahawa tangannya lah yg menyebabkan masalah itu berlaku.
kita perlu mencuba kerajaan baru dan beri peluang mentadbir. sekiranya mereka tidak buat kerja sepertimsna kita harapkan ataupun sabah kekal jadi negeri termiskin dan jadi sarang PTI, kita kena tukar balik, itu saja harapan yg ada.
wahai nazri aziz,pastikan kau tak mabuk masuk dewan parlimen.kau apa tau,kau bukan tinggal di sabah.
ReplyDeleteNazri nak sangkal realiti yang berlaku di Sabah?
ReplyDeleteSelain tanah adat, PATI merupakan masalah yang terbesar di Sabah.
ReplyDeleteOrang tempatan pun jangan bagi muka sangat dengan PATI.
ReplyDeleteMereka yang terlibat dan bersekongkol dengan projek ic kepada PATI adalah pegkhianat no.1
ReplyDeleteRCI tidak akan diminta berkali-kali jika bukan kerana peningkatan populasi PATI di Sabah ni
ReplyDeleteSINDAAAAAATON KU IKA NAJIRIII. MAAAAAAAATILA KAO NAJRIS
ReplyDeletePATI lah yg tidak takut dengan undang2 pasal kalau mereka buat jenayahpun senang2 hilangkan diri.. memang kerajan semananjung tidak hiraukan sangat dengan penduduk sabah sebenarnya..pedulila kamu dorang bilang..
ReplyDeleteuntuk pengetahuan datuk nazri,menteri di JPM, kehadiran dan kebanjiran PATI di sabah memang amat membimbangkan rakyat sabah...jika tidak masakan najib meluluskan dan menubuhkan RCI untuk menyiasat perkara ini...oleh itu, datuk nazri, diharap membuat kenyataan berdasarkan kepada fakta dan realiti kerana rakyat sabah lebih tahu daripada datuk...
ReplyDeletePATI di Sabah masih menjadi masalah di Sabah, ramai rakyat Sabah menunggu perkembangan RCI.
ReplyDeleteIsu PATI di Sabah harus diselesaikan.
ReplyDeletepatut la dia piara anak samseng...
ReplyDeleteInilah menteri paling bodoh dari dulu sampai sekarang asyik cakap masalah PATI di Sabah tidak menbdatangkan masalah! Suruh dia bawa PATI dari Sabah tinggal bersama dia.
ReplyDeleteRCI ditubuhkan untuk menyiasat isu pati di sabah.
ReplyDeletediharapkan RCI ini akan dapat berfungsi seperti yang sepatutnya..
ReplyDeletekenyataan nazri ini menyebabkan rasa marah rakyat tulen sabah kepada beliau dan kerajaan..ini kerana rakyat sabah lebih tahu daripada datuk nazri...maka datuk nazri harus segera memperbetulkan kesilapan beliau.
ReplyDeletePATI adalah ibu kepada segala masalah yang dihadapi oleh rakyat sabah dan sememangnya isu ini amat membimbangkan rakyat sabah...
ReplyDeletetindakan drastik dan tegas harus diambil untuk menyelesaikan isu pati di sabah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri sabah.
ReplyDeletementeri umno semua nya bodoh ba,demi kuasa mereka sanggup beri ic pada pati,buktinya kenyataan tun mahathdir cukup menyakiti rkyat sabah,ada kah orang boleh berbahasa malaysia dengan baik layak terima kerakyatan..tumbang kan bn...ini kalilah
ReplyDeleteNazri memberi kenyataan dengan tidak melihat dan merasa pada realiti di Sabah.
ReplyDeleteRakyat Sabah inginkan permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri dan Mahathir.
ReplyDelete
ReplyDeleteUntuk adil,
Isu PATI kena 'baca' sejak Pairin dapat perinta sabah ini daripada Berjaya dahulu.
Bangsa apa yang duluan dibawa masuk dan oleh siapa.?
Kita jangan taksub melulu.
Sebenarnya BN/UMNO simpan dia lagi sebab kerja dia utk bedal pembangkang. Tengok apa tugas beliau walau sebagai Menteri? Takde. Hanya jaga parlimen je. Paling tinggi pun dulu Timb Menteri dJPM. Pi mai pi mai tang tu je. Dia memang liabiliti bg UMNO tapi ndak ada org lain yg bole bantai pambangkang selain dia. Background Law tu sebab tu BN pegang.
ReplyDeleteSince nazri think that the pati does not pose a threat, then he should allow them to sleep in his house.
ReplyDeleteKebanyakan para pemimpin UMNO Sabah yang tidak setuju dengan dasar2 BN sekarang ialah para pemimpin PBS, Bersekutu, PKR dan pembangkang lain yg sudah masuk UMNO waktu PBS tumbang ada tahun 1994 dan 1999. Ini kerana waktu itu UMNO/BN kuat. Sekarang ada tanda2 UMNO/BN lemah maka para pemimpin ini mulai sudah mengutuk2 UMNO/BN. Mati kutulah kau UMNO sekarang ditikam bakas2 ini.
ReplyDeleteTidak dinafikan lagi mengenai kehadiran PATI ini. Kehadiran PATI ini telah menbimbangkang keadaan rakyat Sabah.
ReplyDeleteKalau kita lihat sendiri pun yang mana kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab menyelesaikan masalah PATI ini.
ReplyDeletePelbagai usaha sedang dilakukan demi memastikan perkara ini berkurangan. Sekarang ini RCI dalam proses menyiasat akan perkara ini. Harap RCI akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.
ReplyDeleteBohong je RCI tu. Kalau nak buat,suda dwujudkan ,bah. Ini ? Mana organisasinya tu. Cakkap aje ,bah. BN mau tipu rakyat la itu dgn ikut rentak rakyat yg barcakap PATI,mereka pun RCI lah. Ndak ada apa,bah.
ReplyDeleteTiada seorang pun ahli atau MP atau menteri UMNO kutuk kenyataan Nazri ini bereti UMNO setuju dengan kenyataan Nazri si kepala botak!
ReplyDeleteLha, mengapa mau kutuk Nazri, siapa yg sulung dan kasi manang sama UMNO , sudah rakyat Sabah dah tau bukan rahsia lagi!
ReplyDeleteSEDARLAH RAYAT SABAH, UMNO/BN PATUT KITA KUBURKAN BIARLAH PARTI SABAH SENSIRI PERINTAH INI SABAH BUKAN UMNO.KITA DIBODOHKAN SEHAJA OLEH UMNO SO PASTIKAN UNTUK GENARASI AKAN DATANG SELAMAT KITA KUBURKAN BN/UMNO DI PRU 13 NIE.
ReplyDeletePelarian perang pelipin di Kinarut wajib di pindahkan ketempat lain..dorang jual sabu saja sana tu..sedikit sebanyak ia merosakkan warga tempatan di Kinarut.
ReplyDeleteKehadiran PATI di Sabah juga juga menyebabkan banyak masalah-masalah yang tidak bermoral berlaku, namun kerajaan berusaha untuk membanteras kegiatan itu.
ReplyDeletePati juga antara penyebab Sabah menjadi antara Negeri yang miskin.
ReplyDeleteJual Sabu? Tapi Nazri Aziz kata tidak mendatangkan masalah di sabah. Kalau baca puisi macam Samad Said baru mendatangkan masalah kepada negara sebab itu kena siasat polis!
ReplyDeletePendatang tanpa asing hanya menyusahkan rakyat Sabah sahaja..
ReplyDeleteDi Sabah, pendatang suka hati sahaja buat apa yang mereka mau, susah untuk kawal mereka ini.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan terus berusaha untuk menghalau Pati dari Sabah.
ReplyDeletedi Sabah kalau PATI buat penyambungan haram elektrik SESB hanya putuskan sambungan haram itu tapi kalau rakyat tempatan terus dibawa ke Mahkamah. Inilah untungnya orang PATI berbanding rakyat tempatan.
ReplyDeleteTapi PATI ndak bole selesai ,bah. Ramai lagi rakyat Sabah ndak suka PR apalagi PAS masuk Sabah. PATI masuk ndak apa,bah asal jgn PAS. Mcmmana mau salasai,bah. Minta PATI dhapuskan tapi minta tolong sama UMNO /BN yg impot PATI dulu2an.
ReplyDeletePerjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang akan ditandatangani Isnin ini dilihat mampu mengurangkan kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari selatan negara itu di Sabah.
ReplyDeletePerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, proses damai tersebut akan menjadikan wilayah itu kembali pulih dan berada dalam keadaan baik, sekali gus menyebabkan penduduknya tidak berfikir untuk ke negeri ini bagi meneruskan kelangsungan hidup.
ReplyDeleteBeliau berkata, ketidakstabilan, kemunduran dan konflik 40 tahun di wilayah tersebut menyebabkan penduduk di situ mengambil keputusan berhijrah ke negeri ini yang berada dalam keadaan aman.
ReplyDelete''Usaha dan peranan Malaysia sebagai perunding bukan sahaja berjaya menamatkan konflik selama 40 tahun antara kerajaan Filipina dan MILF, tetapi memberi manfaat besar kepada negara ini,'' katanya
ReplyDeleteNajib berkata, usaha kerajaan menangani masalah PATI di negeri ini dilakukan secara serius apabila tertubuhnya Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
ReplyDelete