Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah Abdul Aziz Ar-Rabeeah berkata, virus korona yang dikesan di negara itu adalah terkawal dan tidak membahayakan jemaah haji yang berada di Tanah Suci.
Setakat ini, dua orang maut termasuk seorang warga Arab Saudi kerana virus itu tetapi pihak berkuasa negara itu mengesahkan tiada seorang pun daripada jemaah yang tiba di negara itu dijangkiti sebarang virus atau penyakit.
Jangkitan virus korona menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang menjejaskan sistem pernafasan dan boleh membawa maut.
Abdullah yang dipetik oleh Emirates News Agency pada Isnin berkata, jangkitan virus korona yang mencatatkan dua kes baru-baru ini masih terkawal dan tidak perlu dibimbangkan. -Kosmo
Wednesday, October 3, 2012
Virus korona tidak jejas jemaah haji di Mekah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah semoga semua jemaah haji sentiasa di lindungi dan d berikan keberkatan oleh ALLAH SWT selama mereka mengerjakan ibadah HAJI dan UMRAH ..AMIN
ReplyDelete