Wednesday, October 10, 2012

Kes NFC: Shahrizat Kelu Gagal Jawab Soalan Peguambela

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya.

“Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?,” soal Ranjit.

“Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?,” soal Ranjit lagi.

Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah.

Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian.

Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya.

“Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?” soal Ranjit.

Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab “Tidak”.

Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.

10 comments:
Write comments
  1. “Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?,” soal Ranjit.
    Mereka tidur lain bilik itu jadi tidak ada interaksi suami isteri hehe

    ReplyDelete
  2. Wanita lembu pun jgn ,bang. Bila dia mengamuk, dia sinsing lengan baju utk bampak lengannya. Dekat2 nak kena lempang mikrofon depannya tu. Brtepuk ahlinya Wanita UMNgokk kat belakang dia. Hebat tu..tapi bila dtanya oleh peguam akan soalan mudah pandai pula buat2 tak faham soalan. Dia kata dia ndak tau apa suaminya rancang dgn duit RM250 juta kat NFC tu. Dlm rumahtangga,ada ke cakap dak tau. Kalau suami simpan perempuan,gerenti isteri ndak tau, ini uang hadiah dr UMNO. Kan isteri tu Menteri UMNO.

    ReplyDelete
  3. shahlizard 2, 3 kali pergi mekah pun tiada guna juga, tembirang ON sj...

    ReplyDelete
  4. Sinseng baju sampai nampak ketiak busuk! Inilah Ketua Wanita UMNO samseng!

    ReplyDelete
  5. Bagi aku jelas iaitu Syarikat Berkaitan Kerajaan dan duit modal dr kerajaan manakala dapat pulak pd Menteri dan ahli Lembaga Pengarah pula anak beranak. Bahasa orang kampung, " Nampak atas darat lagi". Maknanya PENIPU,PEMBOHONG dll semua ada dlm tuh. Apalagi Laporan Ketua Audit Negara ( LKAN )kata wujud unsur2 mncurigakan. SELEWENG le tu. Jadi ??

    ReplyDelete
  6. Nak tanya ckit. Dah masuk ke belum SPRM ? Duit rakyat dan bukan sikit RM250 juta tu. Banyak anak2 org miskin dpt timba ilmu dgn duit tu.

    **888

    ReplyDelete
  7. pada akhirnya buang kes tu nanti...tiada bukti mereka ada interAKSI walaupun ada anak hasil AKSI ranjang

    ReplyDelete
  8. Dikatakan kajian awal ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar. Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan. Sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar. Selain dari aktiviti mengimport lembu, syarikat ini juga dilantik oleh kerajaan untuk:

    Membangunkan penternak kecil melalui konsep “penternakan satelit” untuk menggandakan pengeluaran lembu
    Membangunkan makanan lembu berkualiti
    Membangunkan baja dari operasi penternakan lembu
    Isu ini perlu diberi perhatian serius kerana ia salah satu contoh utama bagaimana penyelewengan wang rakyat akibat ketirisan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang yang menekan rakyat. Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan yang terpaksa ditanggung rakyat.

    ReplyDelete
  9. Sykt GLC dberi pd Menteri ? Awal2 lagi dah menipu. Lepas tu guna duit peruntukkan RM250 juta utk beli kondo,kereta mewah dll harta serta sipa gajikan anak2 dlm NFC. Bukan setakat awal2 penipu..tengah pun tipu dan akhirnya pun PEROMPAK duit rakyat. Macam ni kita nak kekalkan UMNO/BN masih memerintah negara ?

    **yassir arafat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.