Wednesday, October 10, 2012

Fitnah : Peniaga Melayu di Uptown diarah henti niaga?

Print screen di atas adalah dri sebuah blog pencacai UMNO yang menyebar fitnah kononnya 200 peniaga Melayu dianiaya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Lagi yang ditulisnya ialah..

Lebih kurang 200 peniaga MELAYU Uptown Bandar Perda,Bukit Mertajam Penang berhimpun membantah cadangan merobohkan gerai mereka oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).



Masing-masing telah menerima notis dari pihak majlis untuk merobohkan premis mereka.

Sebelum ini semasa BN memerintah, mereka berniaga dengan aman damai tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa.

Apalah nasib peniaga melayu ini. Hanya memasang khemah yang bukannya struktur kekal, habis hendak dirobohkan oleh penguatkuasa MPSP berbangsa melayu yang hanya menurut arahan dari pihak atasan.

Perniagaan orang melayu semakin mendapat perhatian ramai pengunjung di Uptown Bandar Perda terutamanya di malam minggu bakal terjejas dek sifat kejam dan irihati Guan Eng melihat melayu maju berniaga.

Jahanam Guan Eng dah serupa macam Zionist Yahudi!

Pecacai pakatan semua, masihkah anda butakan mata, buta kan hati melihat penganiayaan yang telah dilakukan oleh rejim DAP di bawah Guan Eng ini?

Begini lah nasib melayu yang bakal menimpa lebih teruk lagi sekiranga orang melayu menyerahkan pemerintahan kepada PR...

Pepatah berkata jangan biarkan nasi menjadi bubur, jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.
Apa yang sebenarnya berlaku? Printscreen di bawah adalah kenyataan dari Ahli Majlis MPSP yang juga Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali tentang insiden ini..


Bagaimanapun kenyataan oleh Amir di atas walaupun itu adalah benar ianya masih boleh dianggap memihak kerana beliau adalah Ahli Majlis..

Berikut pula adalah print screen dari FB salah seorang peniaga di Uptown tersebut tentang insiden demo ini..


Dan berikut juga dari FB salah seorang peniaga di Uptown Bandar Perda itu..


Adakah dalam FB peniaga-peniaga di Uptown Bandar Perda di atas mereka mengakui demo tersebut dilakukan oleh mereka?

Tidak ada jawapannya... kesemua mereka yang terlibat dalam demo itu tidak ada kena mengena dengan Uptown Bandar Perda kerana mereka bukanlah peniaga di situ.

Jadi kali ini Blogger pencacai UMNO yang menyiarkan fitnah tentang isu ini telah dikantoikan oleh para peniaga di Uptown tersebut sendiri..

Dan.. aku dimaklumkan bahawa ada pemimpin UMNO yang menjadi dalang kepada demo ini.. ianya bertujuan hanya untuk memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang

5 comments:
Write comments
  1. Inilah kerja putar belit akhabar -akhbar UMNO hasil ajaran HARAMJADAH!

    ReplyDelete
  2. wal fitnatu asyaddu minal khotr.."Jgn kita brsama Umngokk dalam menyebar fitnah celaka."

    ReplyDelete
  3. Pekerja akhbar UMNO ini orang Islam tapi buat kerja memfitnah orang. Aduhai UMNO parti ISLAM kerjanya saban hari mengajar -pekerja akhbarnya memfitnah kalau bukan mengajar pun bersuhabat kerana membiarkan pekerja akhbarnya memfitnah!

    ReplyDelete
  4. Wahai UMNO Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.

    ReplyDelete
  5. maruah UMNgOk bernilai RM50.00 shj???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.