Ketua Polis Negara Kecewa Anggotanya Minta Rasuah Dari Deejay Suria FM Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.
Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai radio itu.
“Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah,” katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada Khamis.
mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu di sekitar jalan Sunway dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.
Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.
Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut.
Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu.
“Saya juga akan ke Bukit Aman hari Jumaat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan di media.
“Insya-Allah, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya - Mstar
Sunday, October 7, 2012
Kes Polis Minta Rasuah Drp Deejay Suria.FM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebenar kat negara kita rasuah adalah perniagan yang diiitiraf bagi orang berkedudukan tapi tidak bagi orang miskin..kerana mengabil duit yang diberi atas nama suapan tidak dikira perniagaan..tetapi jika diberi tanah yang mempunyai balak diatas tanah tersebut diangap perniagaan..ini lah malaysia orang berkedudukan mentaksir pada undang berbeza disebabkan kedudukan seseorang dalam urusan. ini membuat SPRM membuat tangkapan hanya pada mereka yang tidak berpangkat ..
ReplyDeleteRasuah menjadikan manusia sangat kaya...tp dlm masa yg sama menyebabkan kemiskinan dan kesusahan pada org lain..dan aku amat bersetuju dgn cadangan dan pandangan Sdr. Paul Low...sudah sampai masanya Akta SPRM dipinda.. ingat undang undang dunia boleh diubah..tapi dgn kerajaan UMNOBN yg berkuasa sekarang amat sukar utk mereka utk mengubah akta yg akan memerangkap mereka sendiri.. harapan rakyat terletak ditangan PR..
ReplyDeleteBUKAN NAK MENGATA TAPI SEKADAR BRKATA-KATA:
ReplyDeleteIsu rasuah membabitkan PDRM ni dr sejak azali lagi...takkan KPN tak tau kot. Dah ada dlm kepala rakyat 1Malaysia...'Ingat Polis Ingat Rasuah' dan trend baru ..'Ingat Polis Ingat BN'. Itu hakikat dan tak perlu dnafikan. Pernah satu check point/road block dah dtutop dprsimpangan ke Sandakan-Lahad Datu nun, brpuloh ribu seorg anggota dpt kumpul wang utk satu malam dcheck point trbabit. Khabarnya ada dtangkap oleh pegwai mereka sendiri. Peg tu manusia bukan malaikat..ntah2 sama je. Kenapa anggota trbabit tak dbuang kerja dan sepatutnya pihak PDRM buat satu trend baru...mana2 anggota dan peg.nya yg dtangkap rasuah dan sabit kessalahan, harus ddedahkan pd umum agar mnjadi suatu pengajaran kpd mereka dan anggota baru. Ini suda la tiada tindakan ,kalu ada pun hanya paling minima dan masih brgelumang dgn najis rasuah walau diunit lain. Itu hakikat dlm bidang kepolisian. Dah brlaku ddepan saya pun sdeikit masa lampau dmana bbrapa warga Indon dtahan pd waktu mlm dmana mereka ndak bawa passport..on the spot seorg sarjan tu minta wang kautem. Beres.
kes ikan bilis disiasat, jerung lugai2...kredibiliti PDRM dlm longkang!!!
ReplyDeleteBagusnya polis kalau KPN mereka spt Datuk Fauzi Shaari yg dah masuk PAS tuh. Masa dia jadi OCPD Campbell ( Dang Wangi ) dulu..pelaku jenayah dan maksiat memang dia 'pulun sakan'. Sampai beliau ada menerima panggilan dr seorg brpengaruh agar 'redakan' sikit operasi. Ada juga bberapa org lagi yg layak cuma dpintas/dcantas awal2 oleh org suruhan BN utk nsik ke atas.
ReplyDelete