Sunday, October 7, 2012

PM : Perlu mandat besar dalam PRU ke-13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Bercakap dalam satu temu bual dengan 'CNBC Conversation' yang dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) hari ini, Najib berkata tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagi kerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kepada negara.

"Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir.

"Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," katanya.

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung betapa pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan juga kepentingan bagi mendapat mandat semula terutama bagi mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Najib berkata transformasi adalah komitmen tegas yang dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90-an dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan sebahagian daripadanya, dan kini giliran beliau untuk menunaikannya.

Menjawab satu soalan, Najib, yang juga menteri kewangan, bersetuju bahawa
mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari dan inklusif tanpa menjejaskan terlalu banyak landskap politik adalah satu daripada cabaran untuk menjadi sebuah negara maju.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kunci untuk menjadikan masyarakat lebih saksama adalah dengan mendapatkan pertumbuhan bagi mengagihkan semula hasil pendapatan itu kembali kepada rakyat.

Tanpa pertumbuhan, ia menjadi satu keadaan hilang-hilang. Jadi jika kita mendapat lima hingga enam peratus dalam tempoh masa itu, maka kita akan dapat pada masa yang sama, memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama dalam negara ini.

Dalam temu bual setengah jam itu, Najib berkata usaha (untuk menjana pertumbuhan) itu dapat dilaksanakan dan jumlah itu kelihatan lebih positif terutama dengan penyertaan Bumiputera.

"...tapi ia bukan hanya mengenai jumlah ekuiti. Kita juga perlu memastikan bahawa ada pengagihan pendapatan yang adil antara pelbagai tahap pendapatan dalam negara ini," katanya.

- Bernama

9 comments:
Write comments
  1. sudah terlambat tok jib.. "Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," katanya.

    Minta maaf Najib. Kami sebagai Rakyat sudah bosan dengan perangai orang2 yang MUNAFIK.

    2 minggu lepas minyak naik harga kenapa tak umumkan?

    Macam nie ker sifat orang Islam? Merahsiakan demi MENGEKALKAN JAWATAN.

    2020 ker, 2030, 3030 ker, kami dah tak kisah.

    Objektif kami ialah membangunkan Malaysia ini bersama2. Bukan menjadi YES BOSS!!! kepada BN. Dah lebih 50 tahun BN hanya MENGGUNAKAN KAMI.

    Kesannya, kami sendiri terpaksa BERTARUNG untuk HIDUP.

    Sedangkan PEMIMPIN2 BN begitu BANGGA apabila dapat MEMBODOHKAN Rakyat!!!!

    KAMI AKAN PASTIKAN REGIM BN TUMBANG PADA PRU KE13!!!

    **peluang tertutup..

    ReplyDelete
  2. Rayuan Najib ini umpama beliau PM terakhir untuk BN.....Sudah2 la tu kebanyakan negara mengamal sistem pilihanraya telah bertukar kerajaan...termasuk Jepun pun telah bertukar....Di Malaysia cukup lama 55thn BN perintah...Enough is enough...lagi elok 2 atau 3 penggal tukar...tak sempat nak mengsonglap harta Negara....

    ReplyDelete
  3. Janganlah asyik menggunakan subsidi tunai/suntikan duit untuk mendapatkan sokongan rakyat atau menjamin kemenangan yang akan menambahkan hutang negara. Belajarlah daripada PM Singapura bagaimana hendak mendapatkan sokongan daripada rakyat berbilang kaum tanpa menjanjikan suntikan duit dan tanpa berbau perkauman serta memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum..

    ReplyDelete
  4. Najib perlukan mandat besar pd PRU nanti. Kepala banang kamu lah.

    ReplyDelete
  5. mandat besar utk beli pamphers c roastporkmah???

    ReplyDelete
  6. Jangan risau pak jib, rakyat malaysia akan bagi mandat besar kat pak jib sebagai ketua pembangkang dalam parlimen selepas PRU 13 nanti, harap pak jib bersedia untuk bertanya beberapa soalan2 penting seperti pembelian kapal selam, kes pembunuhan altantuya, kenapa bil letrik naik, kenapa tol masih belum dihapuskan lagi dan berbagai bagai lagi dan yg paling penting macamna nak bagi duit dan projek kepada kroni, soalan2 tersebut akan dijawab oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu selepas PRU 13

    ReplyDelete
  7. BERILAH 100 TAHUN LAGI PON KPD UMNO... Kalu setiap masa proses membodohkan Melayu melalui media berbahasa Melayu (Utusan, TV3) maka TAK AKAN MAJUNYA MALAYSIA..

    ReplyDelete
  8. kenapa Najib perlu mendat besar sbb klu kemenangan BN PRU13 tidak dpt mengatasi PRU12 dia akan menerima nasib sprti Pak Lah. Team Muhidin dah standby to show him the way out.

    ReplyDelete
  9. Mandat besar untuk laksanakan cukai GST dan kenaikan tarif elektrik pada bulan Jun 2013 bukan begitu tok Jib! si Kelly sama ci petrus tau tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.