Seorang bekas Timbalan Menteri yang baru melompat keluar dari Barisan Nasional (BN) hari ini dibidas dua penyokong kerajaan yang menyifatkan beliau sudah 'berjangkit penyakit pembangkang' apabila turut menggunakan taktik menghentam kerajaan selain membuat dakwaan tidak benar mengenai pembangunan di kawasan beliau.
Nada berbeza yang digunakan Datuk Seri Lajim Ukin (Bebas-Beaufort) yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dibidas Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) dan Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) yang terkilan dengan dakwaan yang dibuat.
"Beaufort kata kerajaan BN zalim, kata di Beaufort tidak ada pembangunan. Ini tidak benar. Sipitang sebelah dia (Beaufort) saja, sebenarnya pembangunan sangat hebat di bawah BN, tetapi bila keluar parti terbalik jadinya, itu perangai pembangkang la...ini penyakit pembangkang, selalu guna gimik, tetapi sebenarnya mereka panik," kata Sapawi.
Beliau yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat Isnin sebaliknya berkata, Beaufort dilimpahi pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan hospital baru, dua jambatan bernilai lebih RM80 juta, sekolah dan pelbagai pembangunan infrastruktur lain.
Katanya perkembangan kawasan Koridor Sabah yang membabitkan Papar, Kimanis dan Sipitang secara tidak langsung turut memperkasa pembangunan di Beaufort.
Terdahulu, Lajim ketika membahaskan rang undang-undang sama mendakwa masih terdapat kawasan di Sabah yang tidak mendapat pembangunan, khususnya infrastruktur yang mencukupi, walaupun negeri itu dikatakan 'simpanan tetap' BN dalam pilihan raya. (Bernama)
Tuesday, October 9, 2012
Lajim Dibidas Dakwa Sabah Dipinggir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUKAR AJAHLAH DAH LAMA SANGAT MEMERINTAH KASI CAN ORG LAIN TIDAK LAMA 5 TAHUN KALAU TIDAK BAIK TUKARLAGI PA MCM SAYA SUKUNG KO DATUK LAJIM
ReplyDeletePemimpin sebenar adalah pemimpin yang ingin hidup dan mati bersama rakyat. Pemimpin yang sanggup ketawa dan menangis bersama rakyat. Pemimpin tulen adalah menganggap dirinya rakyat.
ReplyDeletesabah khasnya beaufort dilimpahi dgn projek pembangunan kononnya koridor sabah. biasanya indah dikertas dan kata2 saja...mcm dulu2 jua di Tenom buat jalan raya beaufot- Tenom sudah pecah tanah oleh PM Tua tapi abuk tarak ada...ada pemimpin BN mau cakap dulu kenapa tidak jadi... tarak ada jua takut...!
ReplyDeleteBN/Umno hanya untuk poket macamana dengan kudat yang separuh mati sokong BN sampai sekarang,Kudat mati entah apa punya palui orang kudat sokong BN,kalu sokong PR kan baik barulah berabis itu BN kasih maju Kudat untuk pujuk balik hati rayat.Tukarlah ini BN ke PR.
ReplyDeleteWahai YB2 BN Sabah, pembangunan di sabah memang belaku tetapi tidak berbaloi/setimpal selepas 49 tahun dalam kerajaan BN (bandingkan sahaja)dengan negeri2 di semenanjung. Kita (sabah) ini negara Merdeka tau (31 Ogos 1963). Sepatutnya kemudahan asas seluruh Sabah sudah lengkap (jalan raya, air, elektrik dll) 75% sekurang2nya, TAPI apa sudah jadi. Sabah sangat kaya sumber ekonomi (hasil minyak dan cukai), ke mana itu wang ringgit. Kalau kesemua hasilminyak dan cukai diperoleh dan untuk Sabah sahaja...waoooo...sangat maju. Bukan seperti sekarang lebuhraya konon...adakah lebuhraya seperti jalan kerbau dan gajah??. Fikirkan.
ReplyDeleteLajim ni angan2 besar betul. Cakap banyak pun takkan jadi KM Sabah. Hahaha!
ReplyDeletePendirian Lajim ni berubah-ubah ikut 'pasukan' mana yang beliau sertai.
ReplyDeleteMacam mana Sabah maju. Peruntukan untuk Sabah disamakan dengan negeri-negeri di Semananjung sedangkan Sabah besar mungkin Sandakan sahaja kena satukan Kedah, Kelantan dan Perlis baru sama besar dengan Sandakan. Sabah dan Sarawak lebih besar dari tanah semananjung. Jadi macam mana Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan dalam projek pembangunan. Itupun menteri-menteri BN tak tahu fikirkah atau memang bodoh sebagaimana kata Mahathir orang bijak pandai tak masuk UMNO dah!
ReplyDeletePembangunan di beaufort? Orang di sepanjang sungai Padas antara Tenom dan beaufort merintih kerana keretapi yang sudah layak masuk Muzium kerap kali rosak. Mereka bergantung sepenuhnya kepada keretapi tapi keretapi pula sering rosak, Inilah akibatnya kalau PEMERINTAH PENIPU dulu Perdana Menteri lakukan pecah tanah lebuhraya Beaufort Tenom rupanya hanya MEMPERBODOHKAN rakyat. Aduhai BN PENIPU TERSOHOR NEGARA!
ReplyDeleteSaya ada keluarga di Tenom, Keningau,Nabawan dan Sepitang,penyukung kuat UMNO sejak 19 tahun lalu. Selalu saya pulang,itu saja yg mereka cerita, nanti kerajaan buat ini buat itu sampai sekarang apa habuk pun teda. Adalah tong biru, adalah warung2,pondok2 bus tetapi jalan2 raya mana? sekolah2 mana? klinik2 dan hospital2 mana? kilang2 dan taman2 perumahan mana? BN memang penipu nombor wahid di dunia!!! Dan 19 UMNO memerintah dan dah 49 tahun BN memerintah, mana ada janji ditepati. Saya akan cuba Pakatan. Ini kalilah!!!
ReplyDeleteminda rakyat sabah masih ditampuk lama ndak berani melakukan perubahan..berapa lama Bn memerintah disabah...apa yang rakyat dapat..tangki biru itu saja yang dibangga-bangga..hairan bin ajaib..
ReplyDeletelajim ni sudah besar perut, gemuk sudah masih tidak sedar diri lagi...diri sudah tidak relevan..patut berundur dan bersara...
ReplyDeleterakyat di beaufort sebenarnya bukan undi lajim tapi mengundi dan menyokong kerajaan BN..lajim yang sebagai calon BN pada pru lalu diundi dan dipilih oleh rakyat..kalau bukan lajim yang dicalonkan sebagai calon BN, rakyat tetap akan menyokong kerajaan..lajim ni perasaan betullah...
ReplyDeletenanti kalau lajim ikut tanding, percaya lah kamu, BN akan menang..lajim akan kalah teruk dan hilang deposit...
ReplyDeletelajim dalam kerajaan dulu sebagai timb menteri, bukan main lagi memuji..sekarang mengutuk...sedangkan lajim tahu dan sedar kerajaan sentiasa berusaha membangunkan sabah..sudah terang lajim hanya mementingkan karier politiknya...beliau sedar jika tidak dicalonkan semula pada pru13, karier politiknya akan terkubur lalu terpaksa bersara...lajim tidak mahu perkara ini berlaku maka mengambil keputusan untuk keluar BN dan berkawan dengan PKR..malang bagi lajim PKR pun ragu2 untuk menerima lajim sebagai ahli kerana tahu lajim ni antara katak di sabah..maka lajim menubuhkan APS dan menunggu lampu hijau dari ROS untuk perdaftaran parti baru...kini lajim dalam keadaan yang sangat terdesak maka mencipta seribu satu macam kekeliruan untuk memesongkan sokongan rakyat daripada BN kepada beliau..
ReplyDeletelajim bolehlah dikatakan sebagai parasit politik yang kini sedang mencar rumah baru untuk menghisap dan melahap segala apa yang boleh untuk mengemukkan perut politik beliau...
ReplyDeletepemimpin dalam Pakatan itu dulu pun ramai bekas kerajaan...macam si anwar...dulu TPM...apa dia buat untuk sabah? dia janji 100 hari sabah maju...mana dia?
ReplyDeletePRU12 Sabah simpanan tetap BN tp PRU13 org Sabah mau tunjuk jalan keluar utk UMNO/BN dr Sabah
ReplyDeleteItu Datuk Sapawi mana janji rm2000 utk PKKBukau dan rm4juta utk pembersihan sungai Bukau yg telah di umumkan????
ReplyDeletememang masih terdapat kawasan di Sabah yang tidak mendapat pembangunan, khususnya infrastruktur yang mencukupi, tetapi jika dilihat secara keseluruhannya, Sabah mengalami pembangunan yang pesat jika dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya
ReplyDeleteLajim sepatutnya berjuang untuk mendapat sokongan dari penduduk Beaufort dengan membentangkan strateginya untuk membangun kawasan itu dan bukannya membidas kerajaan BN
ReplyDeletebeginilah sikap pembangkang, hanya tahu membidas kerajaan BN
ReplyDeletenyata sekali beliau sudah 'berjangkit penyakit pembangkang'
ReplyDeletememang Lajim telah menggunakan taktik menghentam kerajaan selain membuat dakwaan tidak benar mengenai pembangunan di kawasan beliau
ReplyDeleteBeaufort hanyalah sebuah pekan yg sedikit sebanyak telah menerima arus pembangunan di bawah Datuk Lajim tapi apa yg di maksudkan Datuk Lajim adalah Negeri Sabah keseluruhannya. Beliau juga mendengar suara rakyat Beaufort yg inginkan perubahan
ReplyDeletePembangunan apa yang dibanggakan dengan BN? Jalanraya dari Kota Kinabalu ke Beaufort yang merupakan jalanraya utama ke Sarawak sampai sekarang masih begitu. Itu sebenarnya lebuhraya utara selatan bagi sabah dan Sarawak. Cuba bandingkan lebuhraya Utara Selatan di Semananjung dengan lebuhraya utara selatan di sabah. Di sini BN seolah-olah mengamalkan 2 Malaysia dalam pembinaan lebuhraya. kalau lebuhraya di semananjung lain bentuknya kalau di Sabah dan Sarawak cukuplah lebuhraya jalan kampung! Ini yang dibanggakan dengan BN ubah sikit pemikiran kita jangan jadi katak bawah tempurung!
ReplyDeletedulu masa bersama BN, Lajim kata Sabah tak dipinggir, kini dah keluar BN, kata sabah dipinggir pula.
ReplyDeleteSabah tak dipinggirkan pun, byk pembangunan dilakukan di Sabah.
ReplyDeletenajib pun begitu sering melawat Sabah dan setiap lawatannya pasti akan membawa berita gembira.
ReplyDeleteLajim sepanjang jadi menteri hanya makan gaji buta, satu kerja pun tak buat sebab tu kerajaan buat pun dia tak tahu.
ReplyDeleteYup, sebenarnya Lajim tu panik sebab tidak lama lagi PRU13. Tinggal tunggu Parlimen bubar saja.
ReplyDeleteLebih dari RM500 juta telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi melestarikan program pembangunan di kawasan Parlimen Beaufort.
ReplyDeleteDari jumlah keseluruhan peruntukan tersebut beberapa projek mega telahpun siap sepenuhnya sementara yang lain dalam perlaksanaan dan bakinya proses mengeluarkan sebutharga dan mereka bentuk sedang dilakukan.
ReplyDeleteSetakat ini projek membina jambatan Si Tompok di Kuala Penyu yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM60 juta dari kerajaan Persekutuan merupakan projek mega di kawasan ini dan akan dilaksanakan sebelum tempoh RMK-9 berakhir dan kini dalam proses mereka bentuk jambatan tersebut.
ReplyDeleteMenyusul dalam perlaksanaan projek pembangunan di kawasan ini ialah pembinaan Jambatan Beaufort II yang menelan belanja sekitar RN28 juta di mana proses memanggil sebutharga telahpun selesai dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Insfrastruktur.
ReplyDeleteKehidupan penduduk di sekitar Kuala Penyu khususnya di daerah kecil Menumbok sejak sekian lama,dijangka akan berakhir apabila Projek menaiktaraf bekalan air ke melalui peruntukan Khas kerajaan Negeri berjumlah RM29 juta bagi membina tangki khas di Kampung Kayul siap sepenuhnya penghujung tahun ini
ReplyDeletenajib pun begitu sering melawat Sabah dan setiap lawatannya pasti akan membawa berita gembira. ( Gembira apa? Gembira kerana Najib memberi hutang kepada kerajaan Sabah sebagai Fixed Deposit untuk membaiki bekalan air di Keningau? Ini yang pencacai UMNO banggakan!)
ReplyDeleteKehidupan penduduk di sekitar Kuala Penyu khususnya di daerah kecil Menumbok sejak sekian lama,dijangka akan berakhir ( Statement klise seperti statement di Tenom dulu di mana masalah penduduk yang tinggal di sepanjang sungai Padas dari Tenom ke beaufort akan berakhir berikutan majlis pecah tanah lebuhraya Tenom Beaufort yang dilakukan pecah tanah oleh Perdana menteri YAB Dr Mahathir Mohammad baru-baru ini. Sampai sekarang jangankan lebuh raya, keretapi yang sepatutnya sudah lama berada di Muzium yang masih digunakan antara Tenom dan Beaufort seringkali rosak! Aduhai BN menipu saja kerjanya!)
ReplyDeleteNajib akan dtg lagi ke Kudat katanya. Acapkali dtg nampak, BN nak mamposs ke dSabah nih. Ya lah,BN mcm kepenatan dSabah jadi kena lah selalu melawat.
ReplyDeletekalau setekat si Rahman dahlan dan si sapawi yang mengomen saya rasa lebih baik mereka lihat cermin dulu,tempat mertua saya di lumadan sampai sekarang minum air hujan saja,dikawasan ini pembangkang tidak pernah kalah,tak lah sehingga sekarang minum air hujan saja.....kesihan lah kamu orang BFT yang sokong BN bebal-bebal belaka
ReplyDeleteMelihat majoriti komen-komen saudara untuk menukar kerajaan teruskanlah, kita negara demokrasi sebagai rakyat biasa apa salah kita pilih Pakatan Rakyat, APS, PPS, Starkah. Pakatan Rakyat sudah janji 20% royalti minyak untuk Sabah & Sarawak, Universiti Percuma (PTPTN Free), Harga Petrol dan Harga Kereta diturunkan, Tol Jalanraya di Semenanjung dihapuskan. Jika Lori Angkut barang tiada Tol, harga barang keperluan rakyat boleh turun tempias juga kita di sabah bagi barang yang diimport dari sana. Balik kepada Royalti minyak 20% Sabah akan dapat berbilion-bilion setiap tahun campur lagi peruntukan Kerajaan Persekutuan mengikut undang-undang kepada semua negeri-negeri dalam Malaysia, baru Sabah mampu membangun dengan duit Negeri sendiri dan duit dari pusat berbanding royalti sekarang hanya 5%. Kalau kita dengar cakap pemimpin yang hanya sayangkan kedudukan dia, itu tak boleh pakai, kita rakyat biasa hanya mahukan kesejahteraan untuk semua dan mahu perubahan besar yang drastik. Jika saudara lihat di TV laporan aliran lalulintas di semenanjung bandingkan dengan jalanraya di sabah, sangat berbeda, wal hal kita cuma kemudian 6 tahun sahaja merdeka.
ReplyDeleteIni kali lah kita tukar ini Bn,yang sokong bn rasalah kau orang bila PATI jadi KM sedangkan anak mereka dah mula kerja dijabatan kerajaan ooya mungkin yang buat komen sokong kerajaan nie adalah anak pati yang dah dapat IC biru.
ReplyDeleteTidak hairanlah sekarang kalau Lajim cuba memberikan pelbagai kenyataan. Ini kerana Lajim sekarang ini tidak ada sokongan daripada penduduk.
ReplyDeleteMahu mengundi BN/UMNO bah undilah kamu PATI!
ReplyDeleteLajim masuk UMNOpun kerana dijanjikan peruntukan besar membangunkan Sabah. Dah 19 tahun beliau sendiri tak tahan sudah mana ada janji ditepati. Lebih bagus jadi katak daripada jadi anjing.
ReplyDeleteDatuk Shafie sendiri mengaku pembangunan di Sabah memanglah perlahan/slow tetapi para pencacai dan penjilat UMNO yg asalnya orang PILAK mengatakan sudah banyak pembangunan. Memanglah kalu dibandingkan dengan Mindanao dan Pare2, Sabah jauh lebih membangun tetapi dibandingkan dengan Semenanjung, hahaha macam jeruk dibanding sama epal. Jilatlah jangan tak jilat.
Kembalikan hasil minyak dan Cukai segala cukai kepada kami (Sabah dan Sarawak). Kami perlu itu semua. Kami mau maju setanding dengan negeri2 di Semananjung. Tepati itu janji UMNO sifar miskin dalam 100 hari, sewaktu merampas kerajaan Sabah daripada PBS duuulu (19 tahun berlalu). Semua bantuan wang tunai yang Najib bentangkan dlm buget atau yang sudah diagihkan adalah wang/hasil dari bumi sabah dan sarawak (2 negara merdeka) penyumbang 50% sumber pendapatan Persekutuan. Tukar kerajaan . Serahkan Hak2 Sabah. Itu kami punya. Jangan Curi. Kalau masih berterusan, jangan heran Malaysia akan hancur. Selamatkan Sabah dan Sarawak untuk menyelamatkan Persekutuan Malaysia.
ReplyDeleteWahai!, Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) dan Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud),. Kita tanya..
ReplyDelete1.Betulkah kamu ini orang asal Sabah?.
2.Jawab dalam hati kecil/kudus, kamu mau ka ini Sabah maju semaju2nya.
3.Tujuh agenda Borneo (dlm hati kecil/kudus), kamu tidak berbanggaka jika ia benar2 dapat direalisasikan.
4.Kamu tidak berbanggaka, hasil minyak dan cukai-mencukai dari sabah diurustadbir oleh kerajaan/rakyat Sabah sendiri.
5. Last. Apa dlm hati kecil kamu setelah menjadi kaya dan berpangkat tetapi rakyat (sabah) masih miskin wal hal paling kaya dengan sumber kekayaan.
Tukar kerajaan pun belum tahu lagi Sabah akan lebih maju seperti sekarang.
ReplyDeletePembangkang akan cakap apa sahaja, cuba suruh mereka yang buat, langsung tidak tahu apa-apa..buang masa sahaja.
ReplyDeleteLajim pemimpin yang tiada pendirian..Patut beliau berehat sahaja.
ReplyDeleteStop dreaming Lajim, apa pun yang beliau kata..rakyat tetap tidak akan percaya.
ReplyDeletePandai cakap sahaja Lajim ini, sebelum ini bukan main lagi, puji BN..sekarang pendirian lain lagi.. begini kah mau jadi pemimpin.?
ReplyDeleteBilakah projek mendalamkan Sungai Bukau dan Sungai Api-Api dengan kos RM4 juta yang Ahli Parlimen Sipitang YB. Datuk Sapawi Hj.Ahmad umumkan di Kg. Bukau, Beaufort pada 19 Mei, 2012?
ReplyDeleteDalam ucapan YB. Sapawi di Dewan Rakyat pada 8 Okt lepas, YB. menuduh janji-janji parti-parti pembangkang sebagai " Janji Do Tarang Bulan" dengan memetik beberapa korus lagu tersebut.
Dalam ucapan YB di Dewan Rakyat pada 21 Mac, 2012, YB menghentam parti-parti pembangkang dengan berpantun:-
Apa diharap padi seberang;
Belum masak berwarna perang;
Apa diharap pada pembangkang;
Banyak cakap banyak temberang.
Mangsa-mangsa banjir Sg. Bukau dan Sg. Api-Api "membeli dengan tunai" pantun YB tadi dengan pantun berikut:-
Naik kerita kita ke Baitam;
Penumpang bersesak ramai berdiri;
Periuk mengutuk belanga hitam;
Periuk meludah muka sendiri.
Kepada "jualan" YB. Sapawi:-
Ayam kampung makan jagung;
Ayam bandar makan kacang;
Kita mesti keluar kepompong;
Jangan dengar fitnah pembangkang.
mangsa-mangsa banjir " membayar tunai" dengan pantun berikut:-
Budak Tionghua bertanding pingpong;
Bapanya sibuk menternak khinzir;
Kami dah lama keluar kepompong;
Sebelum kami ditenggalami banjir.
Pantun penutup ucapan YB di Dewan Rakyat:-
Baju kuning seluar kuning;
Naik basikal berpusing-pusing;
Hati pemimpin tidaklah runsing;
Kalau rakyat senang di keliling.
Jawapan mangsa-mangsa banjir Sg. Bukau dan Sg.Api-Api:-
Jemput semua bersarapan bubur;
Bubur kampung terlalu cair;
YB tersenyum hati terhibur?
Melihat pengundi YB dikelilingi banjir?
Bolehkah YB. Sapawi memanfatkan sepenuhnya tempoh berucap di Dewan Rakyat untuk membincangkan permasalahan dan keperluan rakyat dan bukan untuk "masuk bakul angkat sendiri" dan mengutuk pembangkang?
Dulu ipar saya kuat PBS. Masuk UMNO waktu PBS jatuh pada tahun 1994. Pada tahun 2000 saya kunjungi dia di Sepitang. Saya tanya mana janji2 BN/UMNO, ndak ada pun. Dia bilang tak lama lagi Sepitang akan maju macam KL. Serawak dekat, Brunei pun dekat. Labuan dan KK pun dekat. Hoooi maju nanti. Dah 2012, apa habuk pun teda. Rugi saya punyi air kencing dan tahi saya buang di sana.
ReplyDeleteLajimm barulah dipinggir. Oleh komuniti Bisaya Beaufort.
ReplyDeleteKaum Bisaya sudah kata mereka takkan ikut Lajim lepas beliau mengikuti Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteRamai rakyat juga memarahi Lajim kerana menjadi pembelot UMNO.
ReplyDeleteLajim dikatakan keluar parti kerana takut BN kalah, tapi saya rasa beliau pasti akan menyesal.
ReplyDeleteSebenarnya ahli dan pemimpin dalam Pakatan Rakyat juga menolak Lajim kerana tidak gembira Anwar memberi kuasa besar kepadanya walaupun baru saja masuk parti.
ReplyDelete
ReplyDeleteMusa said he was a businessman prior to becoming a politician and Chief Minister of the State, and he has learnt from many local Chinese businessmen that support was vital to create a stable government, and in turn, a stable economy.
With the support of local Chinese business community, the State would be able to attract more investments, said Musa when gracing the 10th installation ceremony of the Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) here on Sunday.
ReplyDeleteThe State Government also contributed RM100,000 to the function.
ReplyDelete“There are opportunists from the opposition who will continue to smear the image of the State in giving wrong information and fanning hatred towards the government.
ReplyDelete“They have become desperate as they have no real issues to bring to the table, expect for personal agendas of coming into power,” he said.
ReplyDeleteHe also emphasised that the State Government would continue to support the needs of Chinese schools, including through funding.
ReplyDeleteIn the past, Musa said allocation to schools and religion groups was only RM1 million to RM2 million.
ReplyDeleteSince Musa became the Chief Minister, he said the allocation to Chinese schools and religious groups increased every year to the present RM37 million.
ReplyDelete“Political stability is an important factor for attracting investments and allowing businesses to flourish.
ReplyDeleteThe government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was not only capable in carrying out its duties but also paid serious attention towards the interest of the people and the nation, which has allowed Sabah to be on track towards becoming a sustainably developed State.
ReplyDelete
ReplyDelete“The State’s economic development in recent years has remained resilient and as most of you know we now have a strong reserve.
“This is testimony of our commitment to promote human capital growth together with economic and infrastructure development for the benefit of the people,” Musa said, and cited the efforts taken by the government to strengthen the economic climate and livelihood, including the Economic Transformation Programme (ETP) and Sabah Development Corridor (SDC).
ReplyDelete
ReplyDeleteThe government is also aware of the need to provide and create a conducive climate for businesses to flourish, and one that attracts investors and countless other economic spin-offs.
He said the good relationship that Sabah enjoyed with the Federal Government has seen billions allocated to the State for infrastructure projects that would support the economy.
ReplyDelete“However, I must stress here that we can no longer depend on our primary resources to generate an income in a globalised economy.
ReplyDelete
ReplyDelete“We must increase value, adding to our resources including our human resource,” he said.
ReplyDeleteAlso present were Deputy Chief Minister Datuk Dr Yee Moh Chai, acting president of FCAS, Datuk TC Goh, organising chairperson cum FCAS vice president Datuk Susan Wong Siew Guen, and FCAS members.