Tuesday, October 9, 2012

Lesen Tujuh IPTS Ditarik Balik

Kementerian Pengajian Tinggi menarik balik lesen atau kelulusan tujuh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mengambil pelajar luar negara kerana melakukan pelbagai kesalahan berkaitan pengurusan pelajar antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata kesalahan termasuk melanggar undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

"Kita mempunyai 169 IPTS yang dibenarkan mengambil pelajar antarabangsa, dan tujuh daripadanya ditarik balik lesen kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas bertemu pelajar dari Republik Rakyat China di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas, dekat sini pada Isnin.

Sementara itu, Hou berkata Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS disaran mengambil lebih ramai pelajar antarabangsa bagi membantu merealisasi wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa.

Beliau berkata institusi pengajian tinggi di negara ini menawarkan kursus yang setaraf dan setanding dengan institusi pengajian tinggi lain selain mempunyai kemudahaan pengajian yang mencukupi serta tenaga pengajar profesional.

Hampir 600 pelajar antarabangsa termasuk dari Turki, Tanzania, Myanmar, Jepun dan Kenya kini menuntut di UMS. (Bernama)

3 comments:
Write comments
  1. Masuk pelajar jenis mat negro...hhmmp apa lagi, masalah sosial memang ketara lah. Masalah tu kalu tak mengganggu penduduk setempat bole tahan jugak le. Ini udahle mengganggu mabuknya alang kepalang. Samseng2 polis kita pun, ketar jugak langkah pertama nak hadapi. Apa lagi aduan kpd majlis daerah,alamat kena buang le aduan tu.

    ReplyDelete
  2. Salah satu kolej yg dsyor tutop ialah SUNWAY COLLEGE tu. Pengurusan gagal menentukan etika penuntut dhormati. 'Lecturer' hisap rokok sebunyi2 tetapi student hisap kawasan 'open' dan asrama jantan betina tu tak tau mana satu sebab jam 10.00 mlm pun, jantan tu masih berligar2 dlm bilik asrama betina. Masuk bilik kuliah brpimpin tangan mcm laki bini. Pernah satu insiden dmana si pelajar betina tu sebelum masuk gate kolej, boleh brkucup dulu dgn jantan depan gate dan depan 'public'. Bila dtanya kpd pihak keselamatan, mereka jawap KAMI TAK BERANI TEGUR SEBAB MEREKA TU BRBAYAR DGN KOLEJ DAN TAKDE GREENLIGHT DR PIHK PEGURUSAN.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. Galakkan dr krajaan BN utk banyakkan lagi kolej2 swasta d Malaysia..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.