Wednesday, October 3, 2012

Pakatan akan anjur perhimpunan 3 November

Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 November untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) hari ini.

Beliau berkata keputusan ini dibuat kerana mereka mendapati “bahawa lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hampir tidak diendahkan oleh pemerintah (Barisan Nasional)”.

Bersih 2.0 menuntut daftar pemilih dibersihkan, reformasi sistem undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses kepada media yang adil, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.

Gerakan reformasi pilihan raya itu juga telah berkata bahawa ia akan mengadakan konsert pada 13 Oktober untuk mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa lapan tuntutan masih belum ditunaikan.

Acara itu akan diadakan bermula dari pukul 6 petang di Stadium Kelana Jaya, juga akan mencari dana bagi membantu Bersih 2.0 untuk membiayai kempen pra-pilihan raya seluruh negara untuk mengekalkan momentum dari perhimpunan 28 April lalu.

Bersih 2.0 juga pada bulan Ogos lalu melancarkan kempen mengumpul dana RM1 untuk membantu mengumpulkan RM250,000 bagi perbelanjaan perubatan dan undang-undang akibat daripada perhimpunan 28 April lalu.

Gabungan lebih 82 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan sejak tahun 2007 itu telah mengadakan perhimpunan ketiga untuk pilihanraya yang bebas dan adil di ibu kota pada 28 April lalu, yang menyaksikan penyertaan berpuluh-puluh ribu orang.

-TMI

20 comments:
Write comments
  1. Tuntuttt. Jgn tak tuntut. 500 000 pengundi hantu dah wujud dSelangor.

    ReplyDelete
  2. Brhimpun hanya setakat brhimpun je lah. Dtg polis 100 org,lari yg brhimpun 300 000 org tu. hangat2 taik ayam je brhimpun tu. Tiada jln penyudah dan sebab itu UMNo/BN tak gentar dgn kebangkitan itu. No finishing at all. No sudden-death formate.

    ReplyDelete
  3. Berhimpun dengan aman. Tapi adakah ini akan selesaikan masalah?

    ReplyDelete
  4. Wasting money and pointless.

    ReplyDelete
  5. Pembangkang tidak habis-habis dengan perhimpunannya.

    ReplyDelete
  6. Berhimpun la kamu puas2

    ReplyDelete
  7. Showing of support, against, dissatifaction by all means as a demoktratic country. We all here only by means of Comment. If it is pointless at least we also waisting our time. For me if 'gathering' is their choise, go on, as long as the participants and the police behave themselves. For the last 49 years we use to support, thats why Sabah well known as Fixed Deposit for BN. Don't forget to compare development of Semananjung Malaysia and Sabah. Hard to find Mega Industrias other than Petroleum and Gas.

    ReplyDelete
  8. Aduhai....sama-sama panas!!! PR panas sebab andaikata diamanahkan mentadbir Putra Jaya maka bekerja keraslah PR bagi membersihkan banyaknya sampah-sampah hasil peninggalan BN ....manakala BN panas sebab andaikata ditakdirkan kalah maka banyaklah sampah-sampah yang tersembunyi akan di bongkar keluar......mana mahu lari...

    ReplyDelete
  9. takleh nak jawab??? nak jawab kat mana? dlm RTM? TV3? UTUSAN????? jgn harap la ....

    ReplyDelete
  10. Ambiga berkata Bersih tiada kena mengena dengan perhimpunan ni kerana ia bermotifkan politik pembangkang.

    ReplyDelete
  11. Perhimpunan akan terus dilaksanakan selagi PRU belum dilaksanakan.(cepat2lah berlalu PRU ni)

    ReplyDelete
  12. Semua inginkan pilihanraya yang bersih.

    ReplyDelete
  13. SPR telah pun memaklumkan yang mana mereka akan memastikan PRU13 ini akan dijalankan dengan adil dan jujur. Jadi kita tidak perlu terlalu mendesak. Kerana ini akan memberikan masalah sebaliknya.

    ReplyDelete
  14. Inilah Pembangkang ini bila sudah kalah dengan cakap mulut mula mahu buat perhimpuan. Inilah kelemahan yang ada dalam Pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Didong..

    Rakyat panas dengan SPR lah bodoh...Kalau Bajet macam tu Pejuang PR tak hairanlah bodoh...Kami nak tengok pelan pemulihan Ekonomi Negara...

    ReplyDelete
  16. Didong.

    ha.ha..bukan ko n puak umno yg kepanasan cam cacing taik ker..?..orang tgk bajet 2013 tu dah tau betapa takut nya ko dgn kebangkitan rakyat kini..

    ReplyDelete
  17. SPR maklumkan akan adakan pilihanraya secara adil dan bersih ? Standard le tu,bah. Takkan dia kata...SPr akan buat election penuh tipu muslihat. Common sense,bro. SPR tu kata2nya sama spt seorg penagih dadah. Apa penagih akan kata..bang,kita dah tak hisap lagibang benda2 mcm tu. Dulu saya trtipu oleh si anu tu yg masukkan dadah dlm rokok daun beliau. Lembut lidahnya dlm brkata hingga kita parcaya bahwa dia trtipu dulu lantas dah ketagih dadah sekarang angkara org lain. Biasa le....dunia.

    ReplyDelete
  18. Buat jangan tak buat...sampai Abd.Aziz dan Wan Omar letak jawatan.

    ReplyDelete
  19. Perhimpunan saja yang mereka pandai.

    ReplyDelete
  20. SPR dah berjanji akan menunaikan tuntutan daripada PSC.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.