Wednesday, October 3, 2012

Sindiran "Ada Ubi, Ada Batas"

SEORANG MP Sabah memberi bayangan bahawa sokongan kepada kerajaan pemerintah bergantung kepada cara kerajaan mengambil maklum dan bertindak ke atas masalah pembangunan di negeri Malaysia Timur itu.

"Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas," kata Siringan Gubat (BN-Ranau) dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menambah, pantunnya itu ada kena mengena dengan pilihan raya umum akan datang.

Siringan berkata, beliau meminta kerajaan membina 26 batang seperti yang dimintanya, selain menaiktaraf 13 jalan sedia ada di kawasan Ranau.

Kesemua 39 jalan itu penting untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar berkenaan, termasuk kawasannya, kata Siringan.

Dua MP Sabah dari parti BN bertindak keluar parti baru-baru ini, antaranya atas bantahan ke atas tahap pembangunan di negeri tersebut. (MKINI)

Oleh : HAZLAN ZAKARIA

41 comments:
Write comments
  1. Nah, NGAM lah itu, apa ko tunggu lagi Siringan, kasi tinggal UMNO BN itu, kapal sudah mau tenggelam. INI KALI LAH........

    ReplyDelete
  2. Datuk Ghaffur Salleh dan Datuk Siringan Gubat antara beberapa YB yg akan meninggalkan BN/UMNO. Benarkah? Nama2 lain ialah TS Kasitah Gaddam, Datuk Amir Kahar, Datin Aminah Ambrose (Ketua Wanita UMNO Kudat)dan Datuk Yusof Yaakob. Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi mereka ini. Ini kalilah!

    ReplyDelete
  3. Selagi tiada berita rasmi tentang mereka yang bakal keluar parti, maka ia hanyalah khabar angin.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin Sabah jangan takut untuk bersuara!

    ReplyDelete
  5. Semoga desakan demi desakan oleh pemimpin Sabah mampu mempercepatkan projek2 yang telah dijanjikan sebelum ini.

    ReplyDelete
  6. Semenanjung sudah maju. Giliran Sabah dan Sarawak merasa pembangunan secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  7. Permintaan tegas Dtk Siringan ini bukanlah satu sindiran.

    ReplyDelete
  8. Bah Siringan apa tunggu lagi.... ini kalilah....

    ReplyDelete
  9. ngam lah tu datuk...mesti mahu tegas...

    ReplyDelete
  10. MP2 sabah lain juga patut bertindak dengan lebih tegas untuk menarik perhatian daripada kerajaan pusat untuk menyalurkan peruntukkan bagi membangunkan sabah agar seiring dengan pembangunan di semenanjung..

    ReplyDelete
  11. politik malaysia sekarang dalam keadaan panas...pru13 makin hampir...inilah masanya untuk kerajaan menepati semua janji2 yang diberikan dengan segera...

    ReplyDelete
  12. MP2 sabah yang keluar dari BN adalah sebab mereka tidak dicalonkan semula pada pru13..PM mahu calon yang boleh menang...dan yang keluar itu adalah kalau dicalonkan semula pasti tidak akan menang...mereka adalah liabiliti BN bagi menghadapi pru13..

    ReplyDelete
  13. maka YB2 MP ini seperti lajim bertindak keluar dari BN dan mendekatkan diri kepada pembangkang dengan harapan akan dicalonkan atas tiket pembangkang...mereka2 ini hanya pentingkan karier politik mereka..kerana mereka tahu jika tidak dicalonkan pada pru13 nanti, karier politik mereka akan terkubur secara sendirinya...tiada lagi peluang pada masa akan datang kerana pemimpin muda pasti akan mengantikkan mereka...

    ReplyDelete
  14. maka rakyat haruslah bijak menilai keikhlasan YB2 ini yang mana mungkin akan dikitar semula oleh pembangkang sebagai calon pada pru13 nanti...

    ReplyDelete
  15. Nak minta gula2 lah tu! Kalau tak bagi dia boleh buat apa? Berani ke?

    ReplyDelete
  16. Kerajaan harus lebih peka dan prihatin kemudahan infrastruktur bagi penduduk di bahagian pendalaman Sabah

    ReplyDelete
  17. Sokongan rakyat pasti tidak akan berbelah bagi sekiranya kerajaan sentiasa menunaikan janji.

    ReplyDelete
  18. Mahathir kata tunggu hasil bumi dari Sabah habis dikeluarkan baru Sabah maju. Jadi orang-orang UMNO Sabah kena sabarlah ya!

    ReplyDelete
  19. Sabarlah duhai UMNO Sabah dalam masa 50 tahun lagi habislah hasil bumi Sabah masa itu barulah Sabah maju. Jadi sabar-sabar dulu ahli-ahli UMNO Sabah.

    ReplyDelete
  20. Kasihan rakyat Sabah semakin hari semakin ketinggalan di bawah BeeEnd mengapa masih tunggu. Allah tak akan mengubah nasib suatu bangsa kec ............................ tq

    ReplyDelete
  21. Faham2lah sindiran tu. jangan pula sindiran ni memberi bayangan beliau akan keluar parti pula.

    ReplyDelete
  22. Janji kena ditepati. Dengan itu sokongan rakyat akan berterusan.

    ReplyDelete
  23. Para pemimpin UMNO dan pencacai2nya menyuruh kita sabar, sabar, bersyukurlah, bersyukurlah...After 50 years of 'serious' raping of the state, I think it is time to get 'serious'. On the other hand, the people of Sabah deserves what they vote for.

    ReplyDelete
  24. Kejatuhan UMNO/BN Sabah adalah perbuatan mereka sendiri. Jangan salahkan orang lain.

    ReplyDelete
  25. Kerajaan perlu sedar yang mana rakyat sekarang ini pandai menilai sendiri mana yang baik untuk mereka.

    ReplyDelete
  26. Jadi kelemahan dalam perlaksanaan pembangunan akan menjejaskan sokongan rakyat itu sendiri. Jadi berfikirlah untuk kebaikkan bersama.

    ReplyDelete
  27. Janji perlulah ditepati. Itulah yang penting sekali. Kerana jika janji dilupakan pasti penduduk akan naik marah dengan janji yang tidak terlaksana. jadikan PRU12 itu sebagai pengajaran kepada Kerajaan Bn.

    ReplyDelete
  28. Saya tengok peta negeri Sabah bahagian Sandakan saja seperti kedah+Kelantan+Perak baru sama luas dengan kawasan sandakan. Jadi peruntukan bagi Sandakan adakah sama dengan tiga buah negeri ini? Kalau tak sama maka Sabah terus mundur tidak setanding dengan negeri-negeri di Semananjung!

    ReplyDelete
  29. sebenarnya dlm dunia ni...masyarakat atau penduduk sesuatu tempat tidak boleh menyimpan seseorang pemimpin terlalu lama sbbnya bila dah terlalu lama mereka akan menjadi sombong dan angkuh sbb bagi mereka...merekalah yg terbaik dari kalangan mereka.

    ReplyDelete
  30. Rasanya Sabah semakin menbangun, tapi ada saja yang tidak puas hati.

    ReplyDelete
  31. BN sentiasa akan menunaikan janji yang di beri, rakyat perlu yakin dengan kepimpinan BN.

    ReplyDelete
  32. BN/UMNO akan tetap kuat.

    ReplyDelete
  33. Pemimpin-pemimpin yang keluar dari BN, tiadak ada pendirian.

    ReplyDelete
  34. Kelly bila BN tunaikan janji lebuh raya Beaufort Tenom melalui sungai Padas yang Mahathir lakukan pecah tanah lebih sepuluh tahun lalu atau BN TIPU rakyat saja itu. Kalau macam itu kita bagi gelaran kepada BN sebagai PENIPU TERSOHOR NEGARA!

    ReplyDelete
  35. Rakyat Sabah semakin membangun? sebab itukah BN bagi peruntukan 40 ribu tangki untuk sambut air hujan kepada penduduk luar bandar Sabah. Kasihan rakyat Sabah terus diperbodohkan dan rakyat yang bodoh terus angguk kepala tanda setuju dengan BN.

    ReplyDelete
  36. Rosnah Shirlin pun janji buat hospital di Kinarut tapi sampai sekarang janji tetap janji. Macam mana itu Kely ini yang kau bilang menunaikan janji atau kau bermimpi saja itu.

    ReplyDelete
  37. Sokongan berterusan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan pembangunan dan kemajuan yang dirancang dan dipergiatkan selama ini terus berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  38. Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing berkata, sokongan peringkat akar umbi khususnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang adalah untuk menentukan masa depan rakyat dan negara ini.

    ReplyDelete
  39. “Justeru, pemilihan yang tepat dan baik dalam membuat keputusan wajar difikirkan dengan mengambil kira semua perkara dan bukan dikawal oleh emosi dan sikap marah kerana langkah tersebut akan memberi kesan negatif.

    ReplyDelete
  40. “Pelbagai kemajuan telah dikecapi rakyat negara ini hasil daripada sokongan kepada kepimpinan BN, maka dengan itu kenapalah kita kita hendak memperjudikan nasib kepada satu kepimpinan (lain) yang tidak pasti.

    ReplyDelete
  41. Perkara tersebut tidak sewajarnya dicuba kerana ia bakal memberi kesan mendalam,”katanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.