Keadilan mendedahkan wujud konspirasi antara Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng, Ghani dan Najib sengaja merampas tanah penduduk seluas 22,500 ekar menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, bertujuan membolot sebahagian tanah tersebut untuk diagih kepada kroni mereka.
“Berdasarkan pemerolehan tanah secara besar-besaran ini, kerajaan negeri membeli tanah tersebut dengan harga murah, kemudian diagih kepada syarikat kroni.
“Selepas status tanah ditukar daripada pertanian kepada pembangunan, harga tanah tersebut akan melambung sehingga 100 peratus.
“Ini adalah taktik yang diguna Ghani dan Najib sekaligus menguntungkan mereka dan kroni Umno BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengah hari tadi.
Rapid pada asalnya berminat melabur di Selangor Pengerusi KAEDILAN Johor itu berkata, projek Rapid telah beroperasi di Taiwan selama 52 tahun dan ia dikendali oleh syarikat China Petroleum Corporation (CPC) dan Kuo Kuong Corporation.
Katanya, Presiden Baru Taiwan, Ma Ying-Jeou tidak meneruskan lesen tersebut selepas menerima tentangan daripada rakyatnya.
Jelas Jui Meng lagi, CPC dan Kuo Kuong bersama satu syarikat tempatan Everwish Sdn Bhd kemudiannya memohon untuk meneruskan projek itu di Pulau Indah, Selangor.
“Bagaimanapun, kerajaan Selangor menolak projek ini walaupun dikatakan akan meningkatkan jumlah pelaburan asing (FDI) dengan menerima RM10 bilion setahun serta 20,000 peluang pekerjaan,” katanya.
Najib, Ghani sambar apa yang ditolak Taiwan dan Selangor
Jui Meng berkata, selepas Selangor menolak permohonan tersebut, CPC dan Kuo Kuong memohon kepada Petronas untuk meneruskan projek Rapid di Malaysia.
Najib yang juga Pengerusi Petronas, tanpa berfikir panjang menerima projek itu dan mengisytihar ia akan dibangunkan di Pengerang dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.
“Untuk menunjukkan rasa bersyukur atas projek yang akan dilaksanakan itu nanti, Najib mengumumkan pengecualian cukai selama 10 tahun terhadap projek ini,” katanya.
Menurut Jui Meng, ketika cadangan projek itu di Pulau Indah, CPC dan Kuo Kuong memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar.
“Ia tidak memerlukan kerajaan negeri mengambil tanah penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, ia mengikut persetujuan pembeli dan penjual berdasarkan pasaran semasa,” katanya.
Beliau berkata, berbeza di Johor, kerajaan negeri sewenang-wenang merampas tanah seluas 22,500 ekar dengan niat membolot sebahagian tanah dengan harga yang murah.
“Ghani memperdaya penduduk Pengerang, kerana yakin tiada bantahan daripada mereka, seperti yang berlaku di Kuantan apabila penduduk membantah projek Lynas.
“Mungkin mereka merasakan Johor adalah kubu kuat Umno, dan rakyat akan menerima apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN,” ujarnya. -KD
Monday, October 8, 2012
Rapid Pengerang: Konspirasi Rampas Tanah Penduduk Besar-besaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Muhyiddin dulu katanya gadai tanah johor pd SPura dan diikuti pula oleh Ghani Othman.Kini rampas tanah rakyat Pengerang utk dhadiah pd kroni. Haa,sokong BN tu kome oghang Johor. Org Johor tu kalau Nik Aziz dr PAS lawan beruk dr BN..menang beruk lagi kat Johor tu. Itu dulu2an le.Ndak tau sekarang nih. haa,kan dah kena rampas tanah lu orang.kah kah kah.
ReplyDeleteDalam kes ini juga, YB Salahudin hendaklah bercakap benar, dia mempertahan tanah siapa? Jika dia mempertahan sebahagian besar tanah rakyat Singapura itu, itu tidak patutlah.
ReplyDeletefaham dulu fakta. jangan mengata & mencerca org mcm kami ni beruk dulu! apa kata jika nik aziz & haji Hadi kami katakan beruk & tupai? marah,kan? jadi, jangan lah mudah mencerca org lain!!
Kerajaan mempunyai hak untuk menggunakan mana-mana tanah di dalam Malaysia untuk tujuan jalanraya, sekolah, masjid dan seumpamanya. Dalam peraturan tanah negara, kerajaan boleh mengganti tanah lain atau rumah lain atau bayaran yang sewajarnya demi kepentingan rakyat Pangerang keseluruhannya.
Jika hanya hendak mempertahan kepentingan Rakyat Singapura, itu sudah tidak kena? YB Salahudin perlu berterus-terang tanah yang mana yang dia hendak pertahankan?
*anak pengerang
DI PENGERANG, Johor, YB Salahudin Ayob berkata tidak menentang Projek RAPID, katanya hanya MENENTANG PENGAMBILAN TANAH UNTUK POJEK TERSEBUT. Isunya kini, TANAH SIAPA? Tanah rakyat Singapura yang menggunapakai nama rakyat Malaysia, kan??
ReplyDeletependuduk kampung di sini sangat gembira dengan pembangunan Rapid kerana bagi orang kampung jika bukan sekarang, Pangerang tidak akan membangun dan jika anda balik semula ke Pengerang 20 tahun akan datang maka tiada perubahan yang besar!!
aku benar-benar tak puas hati dengan situasi PR dalam isu ini! PAS jangan nyanyuk mengikut telunjuk PKR pula. duit pemimpin mereka banyak di Singapura!
Penduduk Pengerang gembira dgn projek ini? Kpala hotak kamulah. Jgn baca akhbar Utusex. Dahlah tanah2 Johor tu trgadai pd SPura sejak Yiddin anak Yassin jd MB lagi hingga sekarang. Tup tup tanah penduduk Pengerang pula nak dsapu oleh UMNO atas nama pembangunan walhal nak hadiah pd kroni. Heei, lain kali jgn baca utusex. Jgn tipu kami rakyat Johor nih.
ReplyDeleteSaya anak jati pengerang(sungai kapal),
ReplyDeletedi sini saya bukan nak berpolitik atau nak membela mana2 parti,saya sekadar menceritakan HAL YANG SEBENAR....
dengan jujurnya saya cakap bahawa saya tanah kami tidak dirampas...malahan tanah kami di gantikan dengan nilai yang amat2 berpatutan mengikut pasaran semasa...kami bukan sahaja dapat tanah,malahan dapat rumah yang bersubsidi,dan anak2 pengerang khususnya MELAYU kerajaan telah menghantar untuk belajar ke peringkat antarabangsa dan ada sebilangan kecil pelajar cemerlang yang akan berlepas ke CANADA tak lama lagi...buktinya sepupu saya perempuan dan adik ipar saya sekarang tengah menjalani ujian akhir sebelum dihantar belajar keluar negara, semua ini anjuran dari kerajaan negeri johor khas buat anak2 kelahiran pengerang....
ini bukan dongeng,saya cerita bukan atas sesedap mulut saya, alamat I/C saya Kampung sungai kapal pengerang....mana ada orang kampung tak puas hati......???kalau adapun mungkin mungkin sebab geran tanah diorang belum pecah nama ataupun mungkin sebab cukai tanah diorang dah berpuluh tahun tak penah bayar kat pejabat tanah kota tinggi.....
nenek saya,ibu saya,mak cik pak cik saya semua dapat pampasan tanah yang logik dan munasabah,siap dapat rumah selesa subsidi pun ok kalau nak bandingkan 2 kali ganda lebih murah dari rumah beli.
Saya anak jati pengerang(sungai kapal),
ReplyDeletebukan kerana duit beratus atas berjuta kerajaan tabur atau beri saya duit supaya cerita jujur macam nie....
saya amat terperanjat setelah saya baca cerita@ dan komen2 sebelum ini,kebanyakannya TIDAK BENAR.....kebenaran sebenar adalah adanya project rapid petronas ini ramai penduduk pengerang yang sokong dan suka serta mengalu-alukan project ini...
saya bukan sekolah setakat SPM/DIPLOMA walaupun saya anak orang kampung, saya bekas graduate yang diiktiraf dari unuversity of leeds united kingdom,dan sekarang saya bekerja sebagai inspection engineer untuk oil&gas dan sub sea engineering.
walaupun saya ni kurang pemahaman dalam politik,tetapi saya tak kurang pemahaman dalam menilai dan bersyukur atas kemajuan serta masadepan yang bakal anak2 pengerang terima nanti...
Sekian,terima kasih.
ANAK JATI KAMPUNG SUNGAI KAPAL,PENGERANG.