Monday, October 8, 2012

Dr M dakwa Undi pembangkang bermakna undi Soros


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.

Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.

Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.

Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".

"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.

Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa.

"Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya.

"Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka.

"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya. -MK

15 comments:
Write comments
  1. lebih baik undi soros drpd menjahanamkan negara ini dgn pemerintahan diktator UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  2. Undi BN bermakna undi PATI!

    ReplyDelete
  3. Undi BN bererti undi SYAITAN ( Mahathir juga yang cakap )

    ReplyDelete
  4. mahathir semakin gelisah daaa

    ReplyDelete
  5. saya risau tentang PATI yang sangat banyak d Sabah ni...dan yang paling membimbangkan diorang ni boleh mengundi pula tu.... macam ni abislah Sabah oleh diaorang ni

    ReplyDelete
  6. Yg dok brsaalam baguih kat ataih tu PM ke Datuk Seri Anwar ? Dah jelas dlm gambor tu kan. Kan kan ?

    ReplyDelete
  7. Kuatnya pangaruh Dr M kapada orang2 PR. Orang2 PR mesti berusaha mencari salah Dr M walaupun dia mmg bangsat dari UMNO. Sifat Dr M mmg macam tuh. Berani dan kuat berfikir! Jika dicabar bersalam dgn Karpal pun Dr M akan salam..inikan pula dengan Anwar Ibrahim. Dr M mmg berani, jujur, pragmatik dan sygkan watan!

    Malaysia di bawahnya - bukan pangikut. Tapi membawa suara dan harapan baru pada negara2 tertindas. Di bawahnya, Malaysia berjaya mengelak negara dari terus berhutang dgn IMF. Hutang negara hampir sifar tetapi, semasa Dr M ditentang oleh Anwar dan negara huru hara.., Dr M membuat hutang luar dgn Jepun (ribanya 0.2%) setahun. Kini hutang negara mmg meningkat sedikit di bawah Najib (bajet 2012) tapi hanya sekitar US 200 billion. Tidak ada apa yg dibimbangkan coz Najib pemimpin yang tiada masalah menyelesaikan hutang. Analogi hutang kita - tidak seperti Ireland (paling tinggi di dunia - lebih US 3 tillion), UK (negara kedua terkuat hutangnya dgn pihak luar), Singapore(kuat berhutang berbanding jumlah pendduknya yg sedikit), US (lebih 1 trillion), mahupun Indonesia (lebih US1 trillion)..berbanding negara2 penghutang terkuat, Malaysia tidak tersenarai langsung pun! Bukan ke 20, 30, 40, atau 50 seluruh dunia. So, apa nak takut? Tapi bila Yahudi suruh musuhi Dr. M, kita pun memusuhi negarawan ini! Bahagia diiktiraf `cerdik & pandai` oleh orang2 jahat. Kau pun seronok dan kembang lubbang hidung.

    Melalui kekuatan media khususnya media2 pembangkang yg dibenar BN utk beroperasi), kau menghina Dr M semahu-mahunya. Hilang sudah jasa Dr M membangunkan negara..yg ada adalah kutukan, maki hamun, doa bagi menghancurkan Dr M..walau sudah bangsat dan terusir dari UMNO, orang2 PR masih takut dgn bayang2 Dr M.

    Akibat negara huru hara juga, kita sudah lemah menentang Yahudi & negara2 kapitalis. Apakah Yahudi telah berjaya ke Malaysia? Agen2 sedang berusaha..dan berusaha kuat. barangkali selepas ini, kita mungkin pengikut kehendak Yahudi, tapi, pastinya kita diputar belitt dlm menunjuk ada pemimpin terunggul! serta berhutang banyak dgn IMF kerana telah termakan budi (yg kadar bunganya mmg tinggi).

    4me Dr M, Malaysia telah kehilangan u dan u telah jauh meninggalkan UMNO.. u tetap tidak meninggalkan Malaysia walau u dituduh macam2 oleh segelintir rakyat yg tidak bersyukur dgn kejayaan Malaysia skrg. Kami bahagia u penasihat bagi beberapa buah negara & konglomengrat. good luck Dr M! TQ gave Putrajaya 4 us! may Allah alwiz bless u 4ever.

    ReplyDelete
  8. Macam mana sorang yg di angkat sebagai Negarawan boleh mengeluarkan kenyataan bodoh, benak dan tidak memperdulikan langsung protokol demokrasi..??..Kalau mengundi BN pulak mengundi apa.?? Mengundi utk mengekalkan rejim Korup, Rasuah dan menyalahgunakan kuasa..?

    Aku hanya percaya jika kenyataan itu datangnya dari Tuan Guru Nik Aziz.. ulama tersohor bukannya dari Madey Kutty Iskandar.. bapak syaitan yg anaknya memiliki kilang arak terbesar diAsia...

    ReplyDelete
  9. Madey punya cara berpolitik ni kita kena teliti betul2...mula2 dia tuduh si Soros ni penyangak matawang supaya rakyat menaruh perasaan benci kepada si Soros yahudi ni...padahal mereka mempunyai pakatan sulit untuk menguasai negara Islam...adakah Mahathir benar2 pejuang Islam? Aku meragui ketelusan Mahathir sbbnya dia adalah salah seorang pemimpin yang menolak hukum hudud untuk dilaksanakan di Malaysia...jadi sekiranya Madey ni bercakap begini anggaplah hanya sandiwara sahaja...sebenarnya Madey sudah lama diajar oleh puak2 zionos/illuminati bagaimana untuk mengawak minda dan hati rakyat Malaysia...Madey adalah Bapa kepada segala kerosakan yang berlaku di Malaysia..

    ReplyDelete
  10. undi pembangkang sama undi soros tp org tanya gamba dia tersengeh dgn soros ucap tahniah kalah berjudi dgn soros, dia tersengeh jugak macam kerang busuk.kutuk org tersengeh, org kutuk dia pun tersengeh.APANAMA NIH?

    ReplyDelete
  11. Tun M minta MENTERI KEWANGAN ( waktu tu ) trlibat dlm FOREX. Konon2 mau untung cepat dan banyak kot. Tap tap rugi on the spot RM5.7b. Tukang jawab rasanya Timb Menteri Kewangan ke yg katanya negara tak rugi satu sen pun cuma rugi atas kertas. Lepas tu pula dsalahkan Soros penyangak matawang. Penyangak kejadah apanya kalu hang tu bangang cakap jelah. Jgn tudoh Soros utk tutop kebodohan BN dlm FOREX tu. Skrang pula, barua2 umngok kata Anwar pula yg rugikan negara dlm FOREX tu. Mana satu betul ni,wahai UMngokk?

    ReplyDelete
  12. Hutang negara zaman Najib RM502b yg tak pernah dbayar langsung. Apa dia takut kalau apa2 hal brlaku bukan dia nak menjawab, tapi rakyat atas nama Malaysia. kalau muflis bukan dia yg muflis tapi NEGARAKU.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  13. rejim korup, rasuah dan menyalahgunakan kuasa..? *itu persepsi orang-orang kecewa. Orang-orang yang kurang dikasihi ibu bapa. Orang-orang yg kurang diajar oleh ibu bapa dan guru..lupa pembalasan tuhan di akhirat, keadilan Allah berlaku bila-bila masa / tempat! Bangang dalam mengaku cerdik.

    sedikit kesalahan Nik Aziz – penyelewengan tanah di merata Kelantan; mungkir janji (tipu nak bagi tanah, bantuan, lebuh raya- semua disalah orang lain!) lupa & nyanyuk mengutip cukai2 emas di Gua Musang; lupa check pembalakan haram di merata hutan Kelantan; lupa bina perparitan dan system pembentungan yg elok di Kelantan; perusahaan pelombongan bijih besi tak diswasta & dimajukan; katil mewah dalam pejabat MB; tak pandai mencari pelabur walau dari Asia Tengah.. walau terrer kecek Arab; tak pandai buka peluang kerja utk rakyat Kelantan; kerjakan umrah setelah disponsor oleh penerima tender; penaung Syiah Malaysia; sembahyang mengadap gambarnya sedang menangis (mcm Ayatollah Khomeini jew); menyuruh Anwar meletak Allah pada Tuhan Kristian; tak mau sambut keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (duit peruntukan pusat buat cuci jamban saja); mengajak rakyat Kelantan emosi dan tak bersyukur; sentiasa memusuhi BN; pandai putar belit (Allah pun mencarut); pandai maki hamun; pandai berdoa sempena pembukaan patung-patung besar Buddha; guna agama untuk kepentingan PAS; tak tau malu ambil duit YAB (puluhan ribu termasuk pencen tiap-tiap bulan dari Krj BN); *solat hajat bagi menjahanamkan BN yg kasi dia, anak + kga + rakyat Kelantan makan; malas & berpenyakit; mahligai mewah; kereta mewah; aksesori bini mewah;

    Aku nak buat teguran! hutang negara kat bank-bank luar x sampai 180 billion US..bersamaan kira-kira RM 505 billion. Sebagai akauntan lulusan ekonomi makro yg diusaha almarhum bapanya, Najib tiada masalah membayar hutang sebegitu! Bagi dia peluang & bersatulah kita menyokongnya! Dia terbuka, positif dan pragmatic. Insya Allah.

    Mengapa masih takut dgn bayang2 Mahadir sedangkan kita di era pemerintahan Najib? Mahadir sangat berani & cerdik. Dengan sesiapapun beliau boleh berjumpa walau YDA atau Pemimpin2 Komunis. Masalah anaknya sebagai pengusaha arak? mungkin ia betul..atau tidak betul..mungkin terpaksa! Barangkali mahu membina kepentingan maslahah di merata Asia, membiayai pengangkutan anak2 yatim..menanggung kehidupan warga emas di merata tempat, dll. Lagipun, anak dia tu bukan berminat memimpin negara. Bukan dok di negara ini atau negara islam pun. Dah duduk di luar negara. Lantakla negara itu yg buat perundangan islamnya..

    Hudud dibenar di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak. di bawah Najib, hudud sentiasa dibenarkan.. tapi alasan kuat la - Nik Aziz - nak buat seluruh Malaysia; Azizan minta Kelantan buat dulu; Pulau Pinang kata ia mustahil dilakukan; Selangor kata tidak; Perak- Nizar kata tak perlu (Utusan Malaysia, 2008). Jawapan begini mengapa tidak disoal tepat pada yang dah berjanji? Atau anda menipu sama?? So, anda berani menyoal?? Orang PAS baca / fahamkan fakta? Atau emosi merapu-rapu!!??

    Negara berhutang, kita ada masalah?? Gaji kena potong? Rumah x mampu bayar? Gaji lewat dibayar? *Singapura amat kuat berhutang dalam membina negaranya.. dengan Bank-Bank Yahudi yg tinggi bunganya lagi. Rakyatnya sedikit tapi hutang keliling pinggang! Dah takde benda nak digadai..ikut pandangan Yahudi - usha, campur & passionate dgn Malaysia laa

    ReplyDelete
  14. Kalau nak tengok ceritera imaginasi / khayalan...sila baca tulisan ANYNOMOUS ; Okt 9 ;11.33 AM diatas la.

    ReplyDelete
  15. Itu bukan imaginasi, yopp!! Tapi citer merapu. Kikikih..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.