"Rasuah pilihanraya telah lama diamalkan oleh UMNO-BN. Pemberian wang ringgit dan pembahagian gula dan beras atau kain batik dan kain pelikat kepada pengundi-pengundi pada malam sebelum pilihanraya atau sebelumnya merupakan rahasia yang duke tahun umum. Semua itu dibuat secara sulit atau rahasia dan sukar untuk dibuktikan dalam mahkamah. Akan tetapi, rasuah ini kemudiannya dibuat secara terbuka walau pun masih belum menyeluruh dan teratur
Dalam perkembangan terakhir, amalan rasuah pilihanraya ini telah diinstitusikan dan disalurbalik ke seluruh negara.
Pertama kali rasuah pembelian undi ini dilakukan secara terbuka ialah di Terengganu selepas kemenangan PAS dalam PRU 1999 diikuti kemudianya dengan keputusan Kerajaan Pusat UMNO-BN menarik balik royalti minyak yang dibayar oleh Petronas kepada Negeri Trengganu setiap tahun sejak penemuan minyak di pesisiran pantai negeri tersebut. Berikutan itu, wang royalti tersebut telah disalurbalik ke Negeri Terengganu melalui Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu yang ditubuh oleh Kerajaan Pusat UMNO-BN. Di antara tugas Jabatan ini ialah mengagihkan pimberian wang sebanyak RM300 kepada penduduk Terengganu yang "berkelayakan" setiap tahun termasuk pada PRU 2004 yang melihat kemenangan besar UMNO-BN. Pemberian ini dikenali sebagai "Wang Ihsan".
Rasuah Wang Ihsan ini menjadi "idaman" rakyat Negeri Terengganu setiap tahun, lebih-lebih lagi pada PRU 2008. Akan tetapi semua ini masih lagi dalam bentuk pemberian tidak berperaturan dan tidak dinikmati oleh rakyat negeri-negeri lain di Malaysia.
Dalam kekagetan UMNO-BN menghadapi PRU13 yang masih belum berani diadakan oleh Kerajaan parti yang berkuasa, rasuah pilihanraya terang-terangan ini telah diperluaskan ke seluruh negara. Pada awal tahun 2012 ini, di bawah program 1Malaysia, wang sebanyak RM500 telah diagih-agihkan kepada setiap keluarga yang "berkelayakan". Dalam bajet 2013 baru-baru ini, pemberian rasuah ini telah diinstitusikan dan dijadikan sebagai sebahagian daripada belanjawan negara. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis rasuah yang lain juga telah diinstitusikan seperti rebat pembelian telefon pintar oleh golongan muda.
Begitulah rasuah pilihanraya yang bermula secara sulit dan berahsia secara tidak formal berkembang menjadi rasuah formal secara terang-terangan dan dalam perkembangan terakhirnya menjadi satu institusi yang dimasukkan dalam belanjawan negara. Dengan demikian bolehlah dikatakan bahawa Kerajan Pusat NMNO-BN merupakan pelaku jenayah rasuah terbesar di Malaysia.
-Oleh: Benzaini (TKO)
Tuesday, October 9, 2012
Siapa penjenayah rasuah terbesar di Malaysia?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebenarnya umnobn sabah yg pertama kali mengunakan rasuah utk membeli undi sehingah pbs kalah pada masa itu. Dan sekarang menjadi kebiasaan seluruh malaysia rasuah berlaku setiap pilihanraya akan berlangsung, seperti suatu budaya atau perayaan bagi negara malaysia utk menabur segala bentuk pemberian untuk membeli undi rakyat.
ReplyDeleteBagi ambil undi sendiri mau tau ABU.
ReplyDeleteUMNgOk panggil itu 'politik wang' n bukannya 'rasuah', sbb itu la tiada tindakan undang2 ke atas dorang [MACC bilang terminologi 'politik wang' tiada dlm kamus mereka]...
ReplyDeletePM dMiri dlm by-election dulu...
ReplyDelete" You help me I help you.." Itu bahasa rasuah le tu dr persepsi SPRM yg aku tau le
Dlm BN/UMNO,mereka ndak ada rasuah. Bagi mereka tu beri wang adalah bantuan dan kalau Nik Aziz bg wang kpd muallaf yg layak dapat bantuan dr segi hukum...itu BN kata rasuah.
ReplyDeleteYB Bn/UMNO semua bapak rasuah. Malah YB mereka jika ada yg kontra dg kehendak UMNO, mereka akan dpt notis agar brhenti atau tak dcalonkan semula next time.
ReplyDelete"You help me, I help you..." (Ungkapan Rasuah tu). Polis Traffik selalu pakai Ungkapan tu. Dlm BN, masa pilihanraya mereka beli undi melalui pemberian dengan Tangki Air, Zink atap dan lain2. Kata pemberian ikhlas dari pemimpin yang berjiwa rakyat tpi sebenarnya itu duit rakyat
ReplyDelete