Tuesday, October 9, 2012

Surirumah dapat warganegara dalam 'Projek Mahathir'

Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

-MK

39 comments:
Write comments
  1. Sekarang pun penduduk sabah sudah naik berang dengan layanan pihak bn umno yg telah membodohkan rakyat sabah dan sarawak, pada pru 13 ini kami pastikan puak2 yg menjual maruah negara akan d hukum selepas pru 13 bila pakatan menang nanti.

    ReplyDelete
  2. apa sudah jadi dengan Sabah dibuduh2kan oleh pemimpin BN/UMNO...Teruk!

    ReplyDelete
  3. Tukarlah BN/umno di PRU 13 nie kepada PR,wahai rayat Sabah bagunlah dari mimipi penipuan bn untuk genarasi akan datang tidak merampat berkerja pada anak2 PATI ber IC biru.

    ReplyDelete
  4. Dr. M sure tidak akan mengaku punyalah.

    ReplyDelete
  5. Ke mana sudah menghilang surirumah projek ic ni? Tak ditangkap?

    ReplyDelete
  6. Anon 4.16 surirumah itu mana boleh tangkap kan dia itu salah seorang Fixed Deposit BN. Bodohlah UMNO/BN kalau tangkap Fixed depositnya. Mengundi BN juga dia itu!

    ReplyDelete
  7. Atas kealpaan Sabahan selama inilah yg menyebabkan UMNOjadi begini. Skarang pun, ramai lagi rakyat Sabah yg seolah2 ndakmau sadar. Memang ada yg telah sadar atas penipuan UMNO ini tapi ramai jugak yg masih. Apa lagi yg masih 'trtidur' tu berada dlokasi yg amat trputus hubungan media atau dunia luar. Yg mereka tau..berita yg dsebar oleh wakil kpd Wakil Rakyat mereka yg selama ini BN dan dapt bayangkan apa jenis berita yg akan dsampaikan oleh mereka itu selain..BUNGA2 INDAH BELAKA walhal pisau dah menunggu utk sembelih leher penduduk itu.

    ReplyDelete
  8. Patutla hari2 canang kat media depa TV3 dan Utusan pasal UNDI PAKATAN RAKYAT BERMAKNA UNDI SOROS ..rupa2nya dia KEPALA BANA Projek IC di Sabah ya .. mentang2 masa tu dia PM Malaysia suka hati mak bapak dia buat apa .. patutla BN boleh memerintah 54 tahun ...

    ReplyDelete
  9. Kalau pengakuan yang dikatakan oleh Fawziah Abdul yang mendapat IC melalui "projek Mahathir" adalah benar, sepatutnya pihak berkuasa sudah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk menyiasat perkara ini. Sebenarnya undang-undang dinegara ini sudah wujud berkurun-kurun lamanya, tetapi amat menyedihkan penguatkuasaan dan pelaksanaannya amat lemah dan "double standard". Itulah sebabnya kita mengajak rakyat Malaysia untuk berubah dalam PRU13, supaya memberi peluang kpd pembangkang memerintah agar kita tahu sejauh mana kemampuan sesebuah parti yg membentuk kerajaan itu memerintah dengan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Lima tahun tidak lama, kita harus berani berubah dan menukar kerajaan BN yg ada sekarang.

    ReplyDelete
  10. panel RCI patut berjumpa dengan si fawziah abdul...

    ReplyDelete
  11. diharap juga RCI ini akan menjejaki semua warganegara segera projek IC.

    ReplyDelete
  12. nasib baiklah mahathir bukan lagi PM malaysia...kalau tidak, berjuta lah PATI dapat kewarganegaraan...

    ReplyDelete
  13. dan nasib baiklah najib yang menjadi PM malaysia sekarang...beliau berani menubuhkan RCI untuk menyiasat mengenai PATI dan projek IC di era mahathir.

    ReplyDelete
  14. pembangkang di sabah masih lagi tidak sehaluan...macamana mahu menang?

    ReplyDelete
  15. masing2 syok sendiri...PR syok sendiri, SAPP syok sendiri, Star syok sendiri...saya dengar2 tu SAPP pun macam tidak mahu sudah ada kerjasama sama tu PR..itu kawan saya cakaplah..

    ReplyDelete
  16. 8 bulan bulan tikus baiki labu,belum ada kahbar bila kita tidak nampak tiada asas yang kukuh, bila mau selasai tikus tikus ini tidak takut itu kuching sebab I tulong you,you tulong I.jadi jangan siok sendiri.

    ReplyDelete
  17. Confirm si Petruss tu PATI dr NTT ( Timor Timur ). PR nak desak RCI siasat trperinci isu ic palsu atau kebanjiran PATI2, dia asyik lari tajuk dgn pambangkang ndak sahaluan dan ntah apa2 lagih. Bukan komen ni, malah komen2 sabelum pun. Seolah dia ndak suka PR dan lebih suka BN kerana ndakmau usik itu PATI,mbah. Ini sapa2 perasan ka? mana Pamuda OMNO sabah ?

    ReplyDelete
  18. PATI di Sabah orang yang paling bertuah:
    1. Buat rumah ambil saja bahan buangan di tapak-tapak pembinaan.
    2. Berniaga jual rokok dan syabu tak payah mohon lesen.
    3. Bekalan air sambung saja dari paip Jabatan Air.
    4. Bekalan letrik sambung saja dari tiang letrik SESB.
    5. Rumah dirikan saja ditepi-tepi sungai atau tepi laut tak payah bayar cukai pintu.
    6. Kalau mahu lebih senang jumpa saja pemimpin UMNO minta IC dengan membuat akujanji akan mengundi UMNO!

    ReplyDelete
  19. RCI nnti pasti akan siasat hal ini.

    ReplyDelete
  20. jgn biarkan PATI mendapat kewarganegaraan sewenang- wenangnnya.

    ReplyDelete
  21. Ramai Sabahans pasti tertunggu-tunggu RCI sampai ke Mahathir.

    ReplyDelete
  22. Jangan ada lagi projek IC di Sabah

    ReplyDelete
  23. Gerenti Mahathir yang akan kena bila RCI dilaksanakan. patutlah Mahathir tidak setuju dengan penubuhan RCI ni. Rupanya dari dia..

    ReplyDelete
  24. Kalau Mahathir punya angkara pasti ada kena mengena juga dengan Anwar ni sebab masa tu Anwar jadi timbalan PM dan menteri kewangan.

    ReplyDelete
  25. Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.

    ReplyDelete
  26. Inilah yang menyebabkan kebanjiran PATI/warga asing di Sabah. ada pula pihak yang galakkannya.

    ReplyDelete
  27. Perkara ni sebenarnya bukan tersembunyi lagi. ramai rakyat Sabah yang tau tentang kewujudan projek M .

    ReplyDelete
  28. Kesihan lah orang sabah kena bodoh oleh BN semanjak dari lahir lagi,kalau ada rakyaat malaysia mengaku mendapat tajaan dari soros nercaya dia kena tangkap sudah apatah lagi jika di mengaku ahli PKR,PAS atau DAP tetap sudah masuk jel 2 -3 malam tapi yang satu ini mengaku tanpa rasa bersalah siapa berani usik,kalau ada SB atau sarjan yang pegi siasat tanpa kebenaran dari KDN nercaya ketua polis tempat dimana siasatan dibuat akan di pencen awalkan atau pegi berkawan dengan monyet di pulau jambongan...aduhai orang sabah sedarlah sikit kamu kena tipu bulat-bulat

    ReplyDelete
  29. Harap tidak akan berlaku lagi projek IC di Sabah.

    ReplyDelete
  30. Masalah ini akan disiasat oleh RCI nanti. Kerana RCI sudah pun dilaksanakan.

    ReplyDelete
  31. Apa jaminan yang akan RCI buat. Macam RCI kematian Teo Beng Hock, keputusan RCI ialah Teo Beng Heck tidak dibunuh dan tidak membunuh diri. Jadi macam mana dia mati? Hantu mana yang bunuh dia. HANTUJEMBELANG yang suruh bunuh Altantuyakah? Keputusan RCI PATI ini macam itulah juga nanti. Lihat sajalah kan SAYA ORANG SABAH BAH!

    ReplyDelete
  32. Formula tersohor wahai penduduk/pengundi Sabahan dan Sarawakian, undilah calon2 dari parti2 tempatan (UBA). Kalau PR menang PRU13, dasar UMNO/BN akan dilanjutkan oleh PKR/PR terutama yang bersangkutan dengan hak2 Sabah dan Sarawak

    ReplyDelete

  33. October 11, 2012 10:26 AM :

    baca betul2 TOR utk RCI itu...apa kau expect penyelesaian masalah tersebut???

    ReplyDelete
  34. Pengurusi RCI dan Ahlinya pun blm ada duduk semeja amacam mo buat siasatan dlm tempoh masa 6 bln.Tiadalah tu pencenkan ja UMNO/BN. Pilih PR untuk menyelesaikan masalah bumiputera baru ini "once and for all"

    ReplyDelete
  35. Panel RCI sudah mulakan siasatan awal bulan oktober.

    ReplyDelete
  36. Sama-sama kita menunggu hasil penyiasatan daripada panel yang diketuai oleh Tan Sri Steve Shim ini.

    ReplyDelete
  37. Kita berharap masalah Projek IC dan PATI akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  38. Persetujuan MILF dengan kerajaan Filipina juga dikatakan boleh menyelesaikan masalah PATI kerana negara mereka sudah menjadi aman.

    ReplyDelete
  39. Semoga tiada lagi rakyat songsang yang mendapat IC di Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.