BERSIH 2.0 menetapkan Rabu ini sebagai tarikh terkhir bagi penyerahan bukti mengenai keganasan dan penggunaan kuasa melampau oleh polis pada perhimpunan 9 Julai lalu.
Gabungan itu bersama NGO, Suaram sedang mengumpul kes dan bukti bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang kemudiannya akan mengadakan inkuiri awam berhubung dakwaan tersebut.
“Adalah penting untuk orang ramai memberitahu pengalaman mereka supaya ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan,” kata BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
Ia meminta peserta perhimpunan yang mengalami penderaan fizikal (seperti dipukul, ditendang, ditampar, dipukul menggunakan baton dan lain-lain) dan penderaan melalui kata-kata kesat serta mereka yang ditangkap atau ditahan, tampil memberi maklumat.
Aduan boleh dibuat dengan memberi maklumat di borang di dalam talian dan dihantar menerusi email kepada info@bersih.org dengan tajuk emel 9 Julai Kekerasan Polis atau faks kepada 03-7784 4978.
BERSIH 2.0 juga meminta peserta menghantar gambar dan video kejadian-kejadian berikut:
* Keadaan ketika kematian arwah Baharuddin Ahmad
* Penangkapan Muhammad Sabu
* Serangan polis yang tidak berpatutan di terowong KL Sentral
* Tangkapan dan layanan ganas oleh pegawai polis
* Tembakan air asid dan gas pemedih mata ke dalam Hospital Tung Shin
“Pihak polis telah mendedahkan gambar-gambar yang dipilih dengan hati-hati untuk memburukkan perhimpunan itu. BERSIH 2.0 dan Suaram juga sedang mengumpul bukti-bukti gambar dan video.
“Kami menghargai semua yang berkongsi maklumat yang kredibel dengan kita. Tolong sebarkan perkara ini kepada semua rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.” -mk
Tuesday, August 2, 2011
BERSIH 2.0: Serahkan kami bukti keganasan polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peserta perhimpunan yang mendakwa didera oleh polis patut ambil kesempatan ini untuk tampil dan memberi kenyataan masing-masing.
ReplyDeleteSuhakam pasti akan membantu peserta-peserta yang terbabit.
ReplyDeleteserahkanlah bukti2 anda tu.
ReplyDelete"Pihak polis telah mendedahkan gambar-gambar yang dipilih dengan hati-hati untuk memburukkan perhimpunan itu. BERSIH 2.0 dan Suaram juga sedang mengumpul bukti-bukti gambar dan video."
ReplyDeletemasing2 tak mahu mengalah. alamatnya isu ini sukar diselesaikan.
betul tu cherish..masing-masing dengan hujah mereka dan tidak mahu mengalah..tunggu dan lihat sajalah.
ReplyDeleteVerbal doesn't valid to charge any quilties. "Valid Evidence" is essential for any charge incurred. So, prove it..
ReplyDeleteKepala baru juga dua2 pihak ini. Padahal dua2 hipokrit.
ReplyDeleteAgree with you King. Hopefully when there is valid evidence, it won't be manipulated.
ReplyDeleteHentikanlah cerita bersih ini. Tidak ada guna juga menbangkitkan perkara yang memburukkan keadaan ini. Lebih baik bincang perkara yang boleh membantu negara kita ini lebih maju.
ReplyDeletemacamana cerita bersih ini nak dihentikan kalau kedua2 pihak tidak mahu mengalah..
ReplyDeletemasing-masing nak menjatuhkan imej pihak lawan
ReplyDeleteKalau masing-masing mementingkan diri untuk mendapat kemenangan sendiri, siapa yang rugi? Kami sebagai rakyat Malaysia yang menjadi rugi. Fikirkan lar..
ReplyDeleteI'm sure there are no violence among the police. Citizens should try to be rational, please try to prove it.
ReplyDeleteI still don't understand why they created BERSIH. Isn't it irrational to act so childish and take everything the government do for granted?
ReplyDeletePeople should grow up.
ReplyDeletekan polis sudah bagi amaran.. malah Agong juga tidak mahu amalan dari luar dibawa ke negara ini. melanggar amaran pihak polis, sama la dengan mencabar pihak polis.. berani buat berani la tanggung.. jangan lepas buat baru minta simpati..
ReplyDelete