MAAF cakap kalau saya katakan, saya nampak tanda-tanda penjajahan minda yang meluas oleh Barat ke atas sesetengah orang kita, termasuk yang mengendalikan media massa.
Saya rasa mereka begitu terpengaruh dengan diayah Barat berkaitan peristiwa 11/9 hingga mereka membuta-tuli menggunakan label 9/11 yang mengelirukan ramai pembaca, penonton dan pendengar mereka. Ada yang menyangka ia berlaku pada 9-11-2001.
Peristiwa pengeboman dengan kapal terbang ke atas World Trade Centre (WTC) di New York dan Pentagon, Washington DC, berlaku pada 11-9-2001. Jadi sepatutnyalah kita labelkan peristiwa itu sebagai Peristiwa 11/9 bukan tiru sistem takwim Amerika letakkan bulan dulu lepas itu baru hari bulan dan tahun.
Kesilapan ini mungkin remeh, tapi bagi saya, ia, secara tidak disedari, menggambarkan betapa tertakluknya minda sesetengah orang kita sehingga mereka menerima bulat-bulat apa saja yang disumbatkan oleh Barat, khasnya oleh Amerika.
Mungkin saya tidak boleh menyalahkan mereka. Mungkin latar belakang pendidikan dan ideologi mereka berbeza daripada zaman saya.
Saya belajar di sekolah Inggeris, baca buku dalam bahasa Inggeris, melanjutkan pelajaran ke dunia Barat, banyak tertugas dalam persekitaran Barat dan kenal ramai orang Barat.
Sepatunya, minda sayalah yang lebih mudah dipengaruhi atau terdedah kepada penjajahan psikologi Barat. Tetapi oleh sebab saya faham sedikit sebanyak “the mind game” atau mainan minda mereka, maka saya tidak terlalu taasub dengan pemikiran mereka atau percaya kepada propaganda mereka.
Jadi saya tertanya-tanya apakah nyawa kira-kira 3,000 yang terbunuh dalam serangan itu lebih mahal dan kekejamannya lebih teruk daripada yang dilakukan oleh Amerika ke atas jutaan orang Islam sebelum dan selepas kejadian itu?
Crusade George.W. Bush
Perang Jihad Dalam leksikon politik neo-konservatif dukungan George W. Bush, Peristiwa 11/9 umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Bush dengan serta merta mengisytiharkan “crusade” (perang jihad) ke atas sesiapa saja yang dituduh terlibat dengan 11 penyerang Arab Saudi itu.
Dengan penasihat-penasihat yang sangat kuat kebenciannya terhadap Islam, dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sedia berbohong, tugas Bush mencari biri-biri hitam di kalangan umat Islam untuk disembelih sangat mudah.
Begitu meluas dan meyakinkan pembohongan mereka sehingga sampai ke hari ini pun, media massa dunia, termasuk di dunia Islam, hatta di negara kita sendiri, begitu bersedia mengingati dan meratapi Peristiwa 11/9 tetapi lupa terhadap kekejaman Amerika, Israel dan sekutu-sekutunya di Iraq, Afghnistan dan Palestin.
Mereka lupa, nyawa 3,000 orang Amerika telah dibalas dengan 1.03 juta nyawa rakyat Iraq – orang tua, wanita dan kanak-kanak - antara Mac 2003 dan Ogos 2009 (Opinion Resarch Business Survey).
Di Afghanistan, antara 2001 dan 2009, operasi tentera Amerika dan sekutunya telah membunuh hampir 20,000 orang awam, kebanyakannya oleh pengeboman udara.
Keganasan Tajaan Negara
Jadi, dalam sesetengah orang kita dan media massa kita menjadi “ga-ga” akibat diayah 11/9 ini, kita harus bertanya apakah nyawa 3,000 orang mangsa pengeboman New York dan Washington DC itu lebih mahal berbanding nyawa jutaan orang Islam yang terkorban akibat keganasan halal tajaan negara oleh Amerika dan kuasa-kuasa Barat lain?
Kita kutuk pengeboman ke atas WTC dan Pentagon 10 tahun lalu.
Tapi mengapa berdiam diri terhadap pengeboman harian yang dilakukan oleh Amerika ke atas orang awam Afghanistan sejak 10 tahun lalu?
Rupa-rupanya, ramai orang Islam bukan saja dijajah mindanya oleh Barat, malah mereka bersikap talam dua muka – hipokrit.
Wallahulam.
Oleh A Kadir Jasin
Thursday, September 15, 2011
11/9: Nyawa Muslim Vs Nyawa Amerika
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita perlulah pandai menilai perkara ini, jangan mudah terpengaruh.
ReplyDeletePerkara 9/11 ini mempengaruh banyak nyawa, tidak kira orang yahudi ataupun orang Muslim.
ReplyDeleteAmerika memanipulasikan peristiwa 11/9 dan menganggap semua orang2 Islam adalah pengganas hanya kerana pelaku serangan tersebut merupakan orang Islam.
ReplyDeleteTapi jika dilihat apa yang telah dilakukan oleh Amerika terhadap Afghanistan, Iraq dan beberapa lagi buah negara yang lain, nampak lebih ganas lagi dari serangan 11 September. Tindakan yang dilakukan mereka hingga tidak terhalang oleh PBB. memang tidak hairan pun kerana Amerika merupakan kuasa hegemoni dunia.
ReplyDeleteBarat mmg hebat dgn propaganda mereka, mereka yang mengawal media massa dunia.
ReplyDeleteHitler dianggap oleh barat sebagai orang paling kejam di dunia. tapi bagaimana pula dengan kekejaman British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam. kenapa mereka tidak dihukum seperti Hitler. kerana Hitler membunuh orang Yahudi.
keganasan atau kekejaman tidak wajar dilakukan terhadap siapa pun..semua bentuk kekejaman atau keganasan tidak harus berlaku..
ReplyDeleteBe fair and square. Both are not perfect. You will not find peace by doing violence.
ReplyDeletePerang agama berlaku dari dulu lagi. Mungkin ini juga salah satu kejadian akhir zaman?
ReplyDeletesehingga kini kita masih x pasti dgn sepenuhnya samada jenayah tersebut dilakukan oleh ektremis muslim @ yahudi @ pihak lain @ kerajaan US sendiri atas dasar propaganda. uncle sam memang x boleh dipercayai...
ReplyDeleteNampaknya siapa yang menguasa media massa maka mereka yang berkuasa.
ReplyDeleteCubalah kita lebih berfikiran terbuka. Kenapa perlu peperangan ini hanya membebankan rakyat sendiri. Siapa yang terseksa dengan semua ini? sudah pasti rakyat.
ReplyDeletePenulis seolah2 begitu benci dengan USA...sehinggakan membuat beberapa claims yg tidak mempunyai bukti....mana bukti beliau yg menunjukkan pegawai2 Bush benci kepada Islam?
ReplyDeleteTugas Bush mencari biri2 hitam untuk disalahkan? seingat saya, Osama sendiri yg mengakui bahawa serangan itu didalangi oleh pertubuhan yg dinaunginya, al-Qaeda.
Kuasa menghukum antara manusia bukan lah tugas kita sebagai umat manusia. TUHAN lah empunya Bumi ini....DIA mengetahui segala nya. Tidak perlu lah kita sampai berperang, membunuh sesama, dan menghukum sesama...kita sebagai manusia semua sama darjat dihadapan TUHAN. Tidak kira apa agama sekalipun...semua kita akan menghadap kepada NYA juga. Lebih baik kita saling damai dan Kasih. Kerana TUHAN adalah KASIH. Selagi kita manusia tidak ada KASIH...dunia ini akan sentiasa berperang...berbunuh...sesama...sampai bila kita bertindak menghukum sesama sedangkan diri kita sendiri dipenuhi dengan beban dosa yg akan kita bawa kelak.....
ReplyDeleteManusia memang pintar melihat kesalahan orang lain...tapi diri sendiri mengaku baik. Jangan kita lihat keburukan negara lain...lihat lah negara kita sendiri....semakin bertambah baik ke?...hari2 dengan kes fitnah, jenayah sana sini...
ReplyDeletePada pandangan saya,serangan itu memang dirancang.1-USA mempunyai kuasa tentera yg termoden di Dunia dengan imbasan sekecil jarumpun dapat dikesan,apa lagi kapal sebesar rumah. 2-Bagaimana kamera terarah pada sarangan dengan begitu tersedia dari pelbagai sudut. 3- Yg dirempuh atas bangunan,bagaimana boleh ranap sekali gus.Pakar sains dunia mengatakan bahawa ada bom diletakkan disetiap tiang utama. 4-Pada hari kejadian lebih 1000 orang Yahudi tidak memasuki pejabat yg bakal runtuh. 5-Ramai percaya Osama mengaku tetapi hakikatnya,tiada orang akan mengaku tentang apa yg dilakukan dan benarkah pengakuan itu tulin.
ReplyDeleteTersangat Bodoh lah, kalau Rumah sendiri pun dirancang untuk dibom, lebih2 lagi anak2 sedang tidur lena didalamnya. Ini lah sikap manusia hanya tahu menyata dan menuduh saja. Nanti kejadian Tsunami, gempa bumi, banjir kilat, pun kamu akan cakap memang sudah dirancang....amboi..amboi...
ReplyDeleteOrang Palaui...,kau tak taukah ada strategi politik demikian.Kau kena banyak membaca.Sayapun setuju,perkara itu dirancang... Nak tanya kau PALUI;
ReplyDelete1-Bagaimana orang yahudi tahu yg hari tersebut bangunan itu akan runtuh menyebabkan 1000 orang yahudi tak keluar berkerja?? Rujuk MyMetro 16 Sept.
2-Bagaimana juru kamera ada di pelbagai sudut mengambil gambar tersebut
3-Tingkat atas yg dilangar,bagaimana pula renap hingga tunggulbangunanpun tak ada.Siapa yang BODOH????
Banyakkan membaca,kaji strategi Yahudi.Jangan hanya cakap amboi...amboi
dunia manusia memang tidak aman.. semakin maju tamadun, semakin singkat pemikiran.. masing2 mahu tunjuk siapa yang paling kuat..
ReplyDeleteSaya tidak sangka masih ramai orang yang BODOH! Sanggup mempercayai propaganda BODOH yang disebarkan USA di bawah pimpinan penjenayah George W.Bush. Sehingga kini tahun 2011, senjata pemusnah besar-besaran milik Saddam yang menjadi alasan USA untuk menyerang Iraq masih tidak ditemui, tatkala ratusan ribu warga Iraq termasuklah Afghan dan tentera USA sendiri telah mati dibunuh! Sekiranya sandiwara ini boleh dilakukan negara keparat USA yang mengorbankan ratusan ribu nyawa tidak bersalah, sangat lah tidak mustahil mereka sendiri merancang sandiwara serangan 11/9/2001. Nyawa manusia langsung tidak bernilai di mata manusia anjing bernama George W.Bush!
ReplyDelete