Sungguh jelek dan memalukan apabila sebuah parti yang mendakwa dirinya parti terbesar yang didokong rakyat, menguasai kerajaan lebih 50 tahun, terpaksa mendapatkan khidmat warga asing untuk membantu mereka mengekalkan kuasa.
Umno-Barisan Nasional tidak boleh menafikan fakta, bahawa di bawah pemerintahan mereka, mereka terlalu mudah untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing.
Dasar kerajaan Umno-BN terlalu longgar. Mereka sanggup menggadaikan status warganegara yang begitu berharga itu hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa dengan penuh rakus dan tamak haloba.
Umno-BN menerusi agensi dan jabatan kerajaan yang bersubahat, mula memberikan kad pengenalan (IC) palsu kepada warga Indonesia dan Filipina, khususnya yang berada di Sabah mulai tahun 1980-an untuk menguasai negeri tersebut.
Kerakusan mereka ini merebak dan semakin berleluasa, tetapi terbongkar apabila rakyat yang semakin sedar, mula mendedahkan satu-persatu, bahawa wujudnya pemalsuan dan pemberikan MyKad kepada warga asing, khususnya di kalangan warga Indonesia dan kini, warga Bangladesh pula.
Untuk apa dasar sebegini longgar diamalkan? Untuk tujuan apa MyKad atau IC diberikan sewenang-wenangnya kepada orang asing semata-mata atas alasan mereka cukup syarat untuk diberikan kerakyatan kerana tempoh mendiami negara mencukupi?
Apakah kerajaan Umno-BN boleh menafikan bahawa jika alasan tempoh mendiami negara dijadikan asas, berapa puluh ribu warga asing yang sudah mendiami Malaysia sejak puluhan tahun masih mempunyai IC Merah atau sekadar Permastautin Tetap (PR) sahaja?
Mengapakah hanya sekarang ini harus Umno-BN segerakan pemberian MyKad dan mengiktiraf mereka sebagai warganegara? Mengapa sudah hampir saat Pilihan Raya Umum diadakan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya begitu tangkas memproses senarai warganegara baru dan dijadikan pengundi dalam tempoh yang singkat?
Apakah sistem pentadbiran kerajaan sudah semakin canggih sehingga ramai kalangan kakitangan awam begitu cekap memproses MyKad baru atau pun mereka diarahkan oleh pemimpin Umno-BN untuk berbuat demikian?
Inilah persoalan yang dibangkitkan rakyat. Rakyat tidak bersetuju dan amat marah dengan tindakan kerajaan Umno-BN yang secara sewenang-wenangnya memberikan MyKad kepada warga asing.
Malah rakyat juga berang dan mengesyaki terdapat kalangan kakitangan awam yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN untuk menyempurnakan pendaftaran mereka dengan kadar yang segera.
Apakah status warganegara begitu murah buat mereka? Apakah mereka tidak sedar bahawa dengan memberikan kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak, akan mengancam masa depan negara?
Kita turut mempersoalkan keikhlasan pemimpin Umno, kerana apabila kuasa mereka semakin terhakis akibat tidak disokong kaum Cina dan India, mereka sanggup melabelkan warganegara Malaysia sebagai kaum pendatang atau orang asing.
Manakala, warga asing yang sebenar, pendatang asing yang sebenar, terdiri dari kalangan rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya, 'ditimang-timang ' serta diberikan hak yang cukup istimewa sebagai warganegara Malaysia.
Inilah pengkhianatan Umno-BN terhadap rakyat dan negara yang harus kita hentikan. Kita tidak mempunyai cara lain untuk menyelamatkan negara, selain daripada menghapuskan Umno-BN daripada berkuasa.
Justeru kita mendesak dan merayu Majlis Raja-Raja Melayu supaya bingkas menangani persoalan ini. Kerakyatan adalah kedaulatan. Kedaulatan adalah hak istimewa Raja-Raja Melayu. Apakah Raja-Raja Melayu boleh menerima 'rakyat' Malaysia yang menyebut 'Daulat Tuanku' dalam telo Indonesia dan Bangladesh?
-Detikdaily
Tuesday, September 27, 2011
Warga asing talian hayat BN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap warga asing tidak akan diberikan peluang untuk mengundi. Undi adalah hak rakyat sejati.
ReplyDeleteIsu ini wajar ditangani supaya negara kita tidak dibanjiri warga asing yang memegang IC.
ReplyDeleteada saja isu yang ditimbulkan..apa pun harap setiap isu yang berlaku akan diatasi..
ReplyDeletekesan jangka panjang yang lebih buruk akan dirasai oleh rakyat asal negara ini.
ReplyDeletedakwaan untuk sekali atau dua kali tu memang biasa tapi bila sudah banyak kali dakwaan ini timbul maka rakyat pun jadi ragu2.
ReplyDeletetelah diketahui warga asing tak layak untuk mengundi.
ReplyDeleteLama2 rakyat tempatan Sabah sendiri jadi pelarian bila PATI projek ic ini semakin banyak...memang sekarang pun sudah banyak!!
ReplyDeleteApalah nasib rakyat Sabah pada masa akan datang jika isu ini dibiarkan saja.
ReplyDeletememang banyak talian hayat BN, termasuklah 'pintu belakang' c saiful...
ReplyDeleteSUDAH TERANG LAGI BERSULUH siapa suruh kau orang undi BN/barang naik juga jadi kalau anak cucu kau orang merampat akan datang kau orang lah puncanya kerana undi ditangan kau orang.
ReplyDeleteDari mana maklumat mengatakan BN mendapat sokongan dari warga asing untuk terus kekal?
ReplyDeleteBenar atau tidak makanya fikirlah sendiri. Jangan dengar cakap orang yang cuba untuk memburukkan seseorang. Kita boleh nampak sendiri pentadbiran kerajaan sekarang ini. Maka nilailah sendiri.
ReplyDeletesama la macam pembangkang.. walaupun sudah dinafikan, selagi isu itu boleh digunakan untuk menimbulkan kemarahan rakyat, selagi itu isu itu dimanfaatkan.. bagaimana pula dengan buku jingga pakatan yang terang2 mahu memberikan status PR kepada PATI??
ReplyDelete