TIMBALAN Presiden UPKO, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang bukan sahaja untuk memberi peluang kepada pemimpin muda semata-mata; malah melahirkan rasa kecewa kerajaan Kerajaan Malaysia tidak jujur kepada rakyat Sabah.
“Untuk apa saya kekal dalam parti dan jika dipilih lagi sebagai Ahli Parlimen atau Adun; sedangkan suara rakyat Sabah yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) tidak langsung diendahkan Kerajaan Persekutuan?” kata Bumburing dalam temuramah khas dengan Sabahkini.net, kelmarin.
Kata Bumburing, adalah lebih baik bagi beliau menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga, terutama ibu tersayang yang memerlukan perhatian lebih setelah kematian bapanya sedikit masa lalu.
“Saya memilih untuk melibatkan diri dalam Amanah, sebuah NGO sebagai salah seorang Timbalan Presiden setelah bersara daripada politik,” kata Bumburing yang menolak kemungkinan menyertai sebuah parti politik lain atau pembangkang.
Bersara daripada politik, kata Bumburing, adalah noktah terakhir untuk seorang pejuang yang merasakan Kerajaan Persekutuan tidak pernah mempedulikan aspirasi rakyat Sabah; terutama kesungguhan untuk menyelesaikan isu pendatang asing yang meranjau Sabah sejak zaman berzaman.
“Keadaan sekarang semakin meruncing dan kronik. Kerajaan Persekutuan bukan sahaja gagal menyelesaikan isu PATI di Sabah; terutama yang mendapat kerakyatan secara tidak sah; malah berbangga dengan jolokan ‘Fixed Deposit’,” kata Bumburing yang teramat kesal kerana Memorandum yang beliau hantar kepada Menteri Dalam Negeri tidak mendapat reaksi positif.
Kata Bumburing, ramai pemimpin Sabah telah menyuarakan isu PATI di Parlimen; tetapi Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan PATI mendapat kerakyatan Malaysia dan meminta bukti.
“Apabila saya menghantar bukti sahih yang diperlukan melalui Memorandum kepada KDN, mereka hanya menjawab memerlukan masa untuk mengkaji. Berapa masa yang mereka perlukan, sedangkan masalah ini sudah berlarutan sejak 1972 lagi? Apakah saya perlu mendedahkan memorandum sulit berkenaan kepada rakyat jelata barulah KDN mahu mengambil tindakan?,” tanya Bumburing yang jengkel dengan sikap acuh tidak acuh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien.
Bumburing turut kecewa dengan pendirian UPKO yang mengambil sikap berkecuali dengan tidak memberikan sebarang komitmen berhubung memorandum yang beliau sampaikan kepada KDN; yang diakui menjadi salah satu sebab utama beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam UPKO.
Kata Bumburing, “tidak ada gunanya lagi jika kita tidur satu bantal, tetapi mimpi lain-lain.”
Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)
Thursday, September 15, 2011
Bumburing Undur Kerana BN TIdak Jujur?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah datuk...suara inilah yang saya rindukan selama ini..tahniah....tapi nasihat saya...jangan lari dari perjuangan....selagi ada flatform bercakap....sehingga mereka menyingkirkan datuk kerana menyuarakan kebenaran tak apa....
ReplyDeleteberundur kerana kecewa dgn kerajaan, jika berundur, bagaimana nak teruskan berjuang untuk rakyat.
ReplyDeleteapapun, semua ini adalah keputusan Bumburing.
ReplyDeleteTeruskan berjuang untuk hak-hak rakyat Sabah.
ReplyDeleteBumburing ini barulah huguan siou rakyat KDM.
ReplyDeletekenapa tidak mahu bertanding lagi dalam pemilihan parti? ini bermakna bumburing akan kehilangan jawatan di peringkat tertinggi pari, iaitu timbalan presiden...
ReplyDeleteini bermakna beliau hanya akan menjadi ahli biasa la...mahu kah pemimpin2 Upko mencalonkan "ahli biasa" sebagai calon mereka?
peluang untuk Bumburing pertanding pada pru13 depan memang samar2 sudah ba...
Rasanya masih ramai lagi yang menyokong beliau dan mungkin ada rasa kecewa sebab beliau tidak bertanding dalam PRU akan datang.
ReplyDeleteJika alasan yang diberikan oleh beliau adalah benar, saya pasti selepas ramai yang akan mengikut jejak beliau.
ReplyDeleteHarap beliau mempertimbangkan keputusan beliau, kerana jika bila sudah berundur tidak musha untuk berkecimpung balik.
ReplyDeleteTapi melalui pandangan saya Bumburing masih mendapat sokongan dari rakyat, walaupun tidak pada pemimpin Sabah yang lain.
ReplyDeleteini adalah keputusan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing sendiri dan perlu dihormati..
ReplyDeleteberundur atas dasar prinsip n terhormat...rasanya WB masih boleh berkhidmat n meneruskan perjuangan utk membersihkan sabah drpd PATI dlm kapasiti yg lain,x semestinya mel politik...
ReplyDeleteBerundur tidak semestinya mengalah..mungkin Bumburing dan pemimpin lain sudah menyusun strategi untuk membela nasib Sabah.
ReplyDeletekita hormati keputusan beliau. mungkin beliau masih akan tetap berjuang untuk rakyat Sabah melalui saluran2 yang lain.
ReplyDeleteDarah politik itu tidak akan hilang walaupun beliau berundur..masih ada yang menyokong perjuangan beliau.
ReplyDeleteAda pemimpin lain yang berani menyatakan pendirian mereka seperti Bumburing?
ReplyDeletediharap pemimpin2 Sabah yang lain bertindak berani dalam menyuarakan isu2 berhubung dengan hak dan kepentingan orang2 Sabah.
ReplyDeleteBAgi peluang kepada yang muda untuk berpolitik lagi.
ReplyDeleteAnonymous 16 says
ReplyDeleteSeptember 15, 2011 12:00 PM
ada.. Jeffery Kitingan dan Yong Teck Lee dahulu pun menyuarakan perkara sebegini. Tapi itu cuma pendapat peribadi beliau. Kes Bumburing ini pula sebab kerajaan tidak bersetuju dengan SSD untuk menangani PATI dan IC Palsu yang berleluasa di Sabah ini.
Setiap orang ada sebab mengundurkan diri mereka begitu juga dengan Welfred bumburing dengan khabar yang diterima. PAsti tidak ada halangan untuk keputusan demikian.
ReplyDeleteTeruskan berjuang untuk hak-hak rakyat Sabah.Kami sayang kamu dan perjuangan kamu.Kami bersama kamu dalam perjuangan ini.
ReplyDeleteWalaupun bukan dalam dunia politik, Bumburing masih berkeupayaan bersuara dan memperjuangkan lebih banyak untuk rakyat.
ReplyDeleteSelagi Bumburing berkeupayaan dan berazam tinggi untuk berkhidmat untuk rakyat Sabah, selagi kami memerlukannya walaupun beliau membuat keputusan untuk berundur dari politik. Banyak lagi saluran dan cara untuk Bumburing berkhidmat dan bersuara untuk orang Sabahan.
ReplyDeleteGolongan muda tetap akan mengganti golongan tua. Keadaanini tidak dapat dielakkan. Semoga pengganti Bumburing akan teruskan azam dan hasrat untuk memperjuang untuk rakyat Sabah.
ReplyDeleteBerundur tidak bermaksud berhenti. Bumburing boleh menjadi penasihat parti jika diperlukan.
ReplyDeleteAda juga pemimpin membuat kerja amal selepas mengundur diri dari politik. Kalau bertujuan untuk mengusaha dan memberi pertolongan untuk rakyat, kerja amal juga satu cara yang baik.
ReplyDeleteDah terlambat! Mengapa sekarang baru bising?
ReplyDeletesuara NGO lebih didengari drpd suara wakil kerajaan. good choice DATUK!
ReplyDeletemahu bersara terus dari politik pun ok, mahu join lain2 pertubuhan atau parti politik pun ok..
ReplyDeleteSepatutnya tindakan inilah yg harus dilakukan oleh Pemimpin2 di Negeri ini dari dulu lagi.Pertambahan penduduk Sabah yg luar biasa amat menakutkan.Welfred tu sedar akan kesannya kepada genarasi akan datang,itu sebab beliau sanggup korbankan kedudukan.
ReplyDeleteTAHNIAH DATUK
sokong sangat kalau Datuk masuk PEMBANGKANG.
selepas dinafikan, di tahun 2012 ini sekali lagi Bumburing berhadapan dengan spekulasi yang sama.. konon beliau akan keluar dar BN.. entah sampai bila2 la pembangkang mahu bermain2 dengan isu ini..
ReplyDelete