SEMALAM seorang rakan yang akhir-akhir ini begitu permis terhadap Pas memberi tahu dan bertaya saya, apakah saya sudah dengar atau tidak rakaman perbualan Mohamad Sabu dengan Norma Abdul Rahman yang pernah dihadapkan ke mahkamah syariah Kota Bharu kerana dituduh berkahlwat?
Saya sedikit terpinga mendengar pertanyaan dan pemberitahuan kawan itu. Tetapi sedikit pun tidak merasa pelik kerana saya sudah menduga bahawa kisah di hotel perdana itu akan muncul juga.
Saya tidak bertanya panjang dengan persoalan itu sebaliknya kawan itu cuba memperpanjangkan cerita berkenaan. "Berat kali ini Pas?" katanya menanti sambutan daripada saya terhadap isu itu.
"Nak jadi timbalan presiden Pas macam mana kalau lagu tu. Mampus Pas," katanya lagi mahu menarik perhatian saya. Saya tetap juga tidak peduli. Kawan ini nampaknya sudah juak benar dengan Pas gara-gara Mat Sabu yang diperbesar-besarkan untuk tujuan politik itu.
"Iya ke?" Itulah reaksi saya sengaja mahu mengambil hatinya kerana beriya sangat menceritakan hal itu.
"Ana dah kata musuh Pas akan terus mainkan isu mengenai Mat Sabu. Mat Sabu adalah modal untuk mereka damagekan Pas. Bukan baru niat jahat musuh Pas ini lama dulu," kata saya.
"Jadi macam mana kalau lagu tu?" soal kawan itu. "Pas kena tanggunglah..masa sekarang bukan masa untuk membelasah Mat Sabu. Buruk ke baik ke, suka tidak suka dia adalah timbalan presiden Pas," balas saya.
Dalam posting sebelum ini saya sudah senaraikan apa-apa yang akan dibangkitkan tentang Mat Sabu. Isu Mat Indera hero bukan komunis ini adalah permulaan pertama menjelang gelanggang sebenar pilihan raya dibuka. Saya yakin selepas ini banyak lagi kisah buruk Mat Sabu akan didedahkan. Tidak mustahil juga gambar Mat Sabu akan dilukis di atas langit untuk tonton 28 juta rakyat Malaysia.
Tengoklah hari ini semua orang bercakap mengenai Mat Sabu dan cuba membawa imej buruk. Bukan saja orang politik tetapi bekas ketua polis yang diserang angin ahmar juga cuba berlatih memburukkan Mat Sabu. Yang belum komen hanya sembilan raja-raja Melayu saja lagi. Apakah raja-raja juga akan turut sama memberi komen? Tidak mustahil di dalam politik semua orang akan jadi lalat dan langau bila ada sesuatu isu yang dibangkitkan oleh parti UBN.
Antara isu yang disenaraikan untuk memburukkan Mat Sabu dan mengheretkan Pas antaranya isu tangkapan kahlwat Mat Sabu dengan Norma di hotel perdana. Media penjilat butut akan sebar isu ini semula peristiwa berkenaan. Musuh tidak akan peduli apakah ia sudah menjadi bahan sejarah atau tidak. Politik demokrasi memang bersifat macam biawak memakan apa saja bangkai.
Rakaman perbualan di antara Mat Sabu dengan Norma yang diberita tahu kawan itu adalah segmen dalam isu berkenaan.
Saya tidak dengar rakaman perbualan sex itu. Bukan ianya tidak benar, tetapi alasan saya mudah kerana saya tidak berminat dengan perkara-perkara jorok begitu. Usahkan rakaman perbualan sex (oral) video lucah melibatkan Anwar Ibrahim yang kecur seluruh dunia baru-baru ini pun saya tak tonton. Pada saya haram menontonnnya. Mereka yang menontonnya video lucah dan mendengar hal-hal yang diharamkan Allah, mereka bukan orang beriman dan bertakwa.
Selepas isu dengan Norma, musuh Pas akan mainkan pula isu Mat Sabu kononnya penganut syiah. Saya dah kata, musuh akan cari apa-apa saka buktikan, dan kalau tidak ada mereka akan buat untuk didedahkan kepada umum. Jangan kisah hari ini bukti boleh dibuat dengan mudah, dan mahkamah pula boleh menerima kenyataan dan bukti palsu!
Tidak pelik lepas ini Mat Sabu akan diheret pula dengan isu mutaah. Akan dilakar cerita Mat Sabu mengamalkan mutaah. Akan didedahkan kononnya dia kahwin satu sampai sembilan orang setiap kali mengujungi ke negeri-negeri syiah di Iran, Syaria, Lebnon dan mana-mana. Gambar perempuan Arab banyak dalam internet dan boleh dipadankan dengan Mat Sabu. Tidak mustahil juga kalau tiba-tiba keluar dalam tv1,2,3,4,,5 dan 100 pengakuan seorang gadis sunti berbangsa Arab bahawa Mat Sabu ialah abuyanya. Jangan pelik.
Selepas isu mutaah, akhirnya Mat Sabu akan dihadapkan dengan tuduhan paling besar selepas ini. Dia akan dituduh sebagai hendak melakukan revolusi berdarah ke atas kerajaan Yang di-Pertuan Agong. Mat Sabu akan dituduh menolak demokrasi. Mat Sabu akan dilakukan seperti mana Mohamad Amin (al Mauna), Ashaari Muhammad, (Arqam) Ibrahim Libya (Memali) atau pun penjenyah-penjenayah lain lakukan. Jadi semua itu jangan dirasakan pelik dan terkejut.
Kalau Mat Sabu masih dilihat bahaya besar dan segala isu yang didedahkan ini tetap tidak memberi laba kepada UBN tidak mustahil Mat Sabu akan ditangkap. Jangan pelik. Berbagai tuduhan jenazah boleh dibuat, polis negara ini atas nasihat orang politik pakar dalam membuat tuduhan palsu. Saya ingatkan kalau ini timbul nanti jangan sesekali rasa pelik.
Dan sesuatu yang musuh Pas ingin dengar ialah adanya mana-mana orang dalam Pas ataupun pihak meminta agar Mat Sabu melepas jawatan kononnya Mat Sabu sudah menjadi liabiliti kepada Pas. Inilah kemuncaknya. Kalau ada cadangan ini cukup dari bekas ketua cawangan Pas, ia akan dijadikan isu besar akan diheret dan disiarkan berhari-hari dalam media. Kalau tidak ada bekas ketua cawangan Pas meminta cadangan ini mungkin juak kaki lompat dan perut buncit boleh dijadikan jurucakap untuk membuat cadangan berkenaan. Orang tidak aada muka sanggup menghidu pantak kerbau.
Tunggulah apa yang saya katakan sejauh mana benar dan tidaknya
http://msomelayu.blogspot.com/
Tuesday, September 13, 2011
Isu Mohd SabuTidak Banyak Untungkan UBN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap kebenaran akan diketahui oleh semua rakyat.
ReplyDeletesekarang pula tiba giliran Mat Sabu dengan pelbagai kontroversi. semua ni tak menghairankan dalam dunia politik.
ReplyDeleteterpulang kepada rakyat untuk menilai.
ReplyDeletemat Sabu sendiri yang menimbulkan kontroversi ini. pasti isu ini akan menjadi besar.
ReplyDeletekita pandai-pandailah menilai sendiri isu-isu yang berlaku sekarang ni..
ReplyDeleteBiarlah Mat Sabu dengan diri dia. Apa yang dilakukannya tidak memberikan manfaat langsung kepada BN. Tapi cuma membuat rakyat berfikiran Mat Sabu ini Komunis masa moden sekarang.
ReplyDeletePening jika fikirkan politik kita sekarang ini tambahan ada pemimpin seperti Mat Sabu yang mencari perhatian rakyat. Ada otak dan fikiran maka fikirkan perkara ini. Sejak dulu lagi kita hidup dalam keadaan aman damai.
ReplyDeleteWell, what do you expect in politics? Truth? Doubt it. Lies? Definitely.
ReplyDeletePRU mahu dekat sudah. Makin banyak kontroversi akan keluar.
ReplyDeletePAS pun apa kurangnya.. pantang jumpa microfon semua dia bedal..
ReplyDelete