Polis menolak unsur sabotaj dan keganasan sebagai punca letupan yang menggegarkan kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.
Sebaliknya, pihak berkuasa itu mengesahkan letupan disebabkan kebocoran gas yang kemungkinan ada kaitan dengan elemen kecuaian.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan memberitahu pemberita di tempat kejadian, kompleks itu akan dikosongkan sehingga diberitahu kelak.
Kompleks itu menempatkan menara pejabat 12 tingkat, pusat membeli-belah lima tingkat, ruang pejabat kecil sembilan tingkat dan hotel 10 tingkat.
“Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya sama ada kejadian ini disebabkan oleh kerja-kerja sabotaj atau keganasan. Hasil siasatan awal, tiada bukti kerja khianat dalam kejadian ini.
“Bermakna tiada (unsur) sabotaj dan tiada kaitan dengan keganasan, bermakna kemungkinan disebabkan kecuaian,” katanya lagi.
Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Suruhanjaya Tenaga akan meneliti punca yang menyebabkan kebocoran.
“Kita tahu ia kebocoran gas. Tetapi apa yang menyebabkan letupan?” katanya.
Empat cedera dalam letupan sekitar pukul 3.30 pagi itu. Mangsa terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.
Beliau juga berkata anggota polis akan diletakkan di kompleks itu sepanjang proses siasatan bagi mengelakkan kecurian.
Kira-kira 170 penghuni hotel dan 10 penyewa ruang niaga kecil telah dipindah keluar. -TMI
Wednesday, September 28, 2011
Letupan Empire Gallery tiada kaitan pengganas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walaupun bukan perbuatan pengganas, tapi kecuaian seperti ini membahayakan juga. Harap tindakan yang tegas tetap akan diambil untuk memastikan bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.
ReplyDeleteHarap siasatan lanjut akan dibuat terlebih dahulu.
ReplyDeleteJanganlah ada perbuatan pengganas di negara ini.
ReplyDeleteNasib tiada nyawa yang terkorban. Apa-apa pun keselamatan bangunan harus sentiasa dipantau agar kejadian seperti ini tidak berulang.
ReplyDeleteperlu disiasat punca utama letupan tersebut.
ReplyDeletebiarlah pekara ini disiasat bagi mengetahui punca kejadian,.
ReplyDeleteharap kejadian seumpama ini dapat dielakkan dan tidak berlaku pada masa akan datang.
ReplyDeletebila saja ada kejadian letupan pasti ada saja yang menganggap itu adalah perbuatan pengganas.ini menunjukkan masyarakat kini merasa tergugat dan tidak aman dengan keadaan2 serupa yang pernah berlaku di negara2 luar.
ReplyDeleteagak besar juga kompleks ini. pastinya ramai yang berada di sana waktu kejadian. memang bernasib baik lah jika tiada yang cedera atau kehilangan nyawa.
ReplyDeletewow bahayanya! Nasib baik tiada nyawa yg terkorban! Bomba perlus siasat perkara ini betul2, jika benar kecuaian, seseorang perlu dipersalahkan. Pihak pentadbiran gedung itu adalah yg paling sesuai disalahkan
ReplyDeleteJika tidak ada kaitan dengan penganas, cari punca kenapa ianya meletup!
ReplyDeletePerkara sedemikian harus dielakkan daripada berlaku!
ReplyDeleteRasanya betapa lengkap pun pemeriksaan & peralatan yg digunakan, kemalangan masih boleh berlaku.
ReplyDeleteJadi berhati2 la anda dimana saja anda berada...
Harap siasatan akan terus dilakukan atas letupan yang mengegarkan pusat membeli belah ini.
ReplyDeleteJangan pihak yang cuba membuat andaian sendiri. Pihak polis dan pihak berkuasa lain sedang melakukan siasatan terperinci untuk memastikan punca letupan ini.
ReplyDeleteBiar polis siasat saja, tidak payah mahu buat cerita lain.
ReplyDeletekalau pengganas yang buat, seluruh kompleks itu musnah..
ReplyDelete