Retak mula kelihatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang pemimpinnya menghadapi tekanan dengan spekulasi pilihan raya umum yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi seiring dengan serangan habis-habisan terhadap Anwar Ibrahim yang sedang berlaku kini.
Mereka sedang menucuk-nucuk pemimpin PKR yang berkarisma dan pemimpin Pakatan Rakyat, yang masih lagi dianggap sebagai ancaman utama UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang, justeru mereka ingin melihat golongan ini dikeluarkan dari persada politik negara dengan apa jua kos.
Kebimbangan mereka dilihat berasas memandangkan kedudukan Anwar dalam Pakatan masih kukuh dan tidak goyah dalam gabungan pembangkang itu sekalipun pelbagai ujian dan seksaan keatasnya, terutamanya perbicaraan kes liwat yang terpaksa dihadapi oleh ahli politik yang berusia 64-tahun itu.
Dengan perbicaraan yang hampir sampai ke penutup, pengkritik beliau semakin lantang menuduh bahawa beliau bersalah. Sudah ada beberapa orang ahli parlimen dan bekas pembantu Anwar yang menawarkan diri untuk menjadi saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat beliau. Ini berikutan kejayaan pasukan pembelaan Anwar memanggil 15 orang, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebagai saksi dalam perbicaraan itu.
Mereka ini dengan agenda politik tersendiri, mengasah pisau mereka untuk saling mengalahkan antara satu sama lain dalam menilai watak Anwar dan kredibiliti beliau dalam apa yang para penganalisis sifatkan sebagai tindakan terdesak dalam konspirasi politik yang dilancarkan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat itu .
Pendedahan daripada perbicaraan
Musuh politik Anwar, bagaimanapun, nampaknya telah terperangkap dengan keterangan dalam perbicaraan kes liwat terutamanya bukti DNA yang meragukan dalam usaha pihak pendakwaan melumpuhkan pemimpin PKR itu. Pasukan pendakwaan yakin strateginya mereka berjaya selepas enggan mendedahkan bahan-bahan yang dianggap oleh pasukan pembelaan Anwar sebagai penting untuk pembelaan. Ini termasuk senarai saksi, nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur, kenyataan saksi dan sampel forensik untuk pemeriksaan dan pengesahan secara bebas.
Sampel DNA tersebut telah memihak kepada Anwar. Pakar perunding molekul genetik Dr Brian Leslie McDonald memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan berkemungkinan telah tercemar sebelum dihantar untuk analisis.
Beliau menyuarakan secara terang-terangan kesalahan dalam tatacara dalam mendapatkan swab dan ketidaksamaan cara ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dalam penlabelan dua botol yang mengandungi swab yang diambil dari Saiful untuk analisis DNA. Dr McDonald mengatakan bahawa bukanlah satu pilihan untuk ahli sains membuat anggapan terhadap tarikh, sambil menambah ia “suatu kesalahan yang boleh menyebabkan pemecatan”.
Seorang lagi saksi, Profesor Madya Dr David Lawrence Noel Well, memberi keterangan bahawa adalah jarang untuk mendapatkan sampel sperma pada swab dubur yang diambil 65 jam selepas hubungan seks. Pakar forensik Australia, ketua Perubatan Forensik di Institut Perubatan Forensik Victoria berkata bahawa dalam pengalaman beliau, sangat rendah kebarangkalian untuk mendapatkan hasil yang positif jika spesimen itu diambil selepas 65 jam.
Dengan percubaan yang menemui kegagalan serta tidak mengikut skrip Barisan Nasional, kongcu-kongcu Umno melakukan serangan terhadap Anwar dan Pakatan tanpa henti melalui media-dikawal BN dengan memutarkan propaganda sebagai samaran kepada kegagalan kepimpinan mereka.
Dilema pemimpin-pemimpin Umno
Walau bagaimanapun, serangan tidak berhenti-henti telah menimbulkan persoalan di kalangan sesetengah orang BN jika kepimpinan Umno telah kehabisan idea dalam merangka pelan untuk pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. Beberapa orang telah secara terbuka menyatakan kekecewaan terhadap Umno yang dikatakan mempunyai agenda yang salah dengan memberi tumpuan kepada kempen menyerang Anwar semata-mata dan membuang masa.
Ada juga yang membuat spekulasi bahawa ini adalah helah pemimpin-pemimpin Umno untuk menghilangkan semangat dan memusnahkan PKR yang mempunyai ramai ahli yang merupakan bekas ahli UMNO. Mereka merasakan serangan Umno terhadap Anwar akan menghilangkan semangat ahli-ahli PKR seraya berpatah balik kepada Umno. Strategi ini tidak dikongsi oleh parti komponen BN lain yang merasakan bahawa perkara-perkara yang lebih penting, terutamanya berkaitan ekonomi dan isu-isu utama lain telah dikompromikan dalam usaha Umno untuk menghapuskan Anwar dan parti PKR beliau.
Penganalisis melihat kepimpinan Umno yang sering menghentam Anwar sebagai manifestasi persaingan peribadi antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu, yang pernah bersama-sama melalui zaman mereka dalam Umno dan Kabinet BN persekutuan. Najib menyedari potensi Anwar untuk merangsang akar umbi dalam PKR dan Pakatan, dan merasakan bahawa Anwar akan kekal menjadi ancaman utama kerana sifat berkarismatik beliau bukan sahaja untuk BN pada pilihan raya akan datang tetapi juga sebagai seorang pemimpin Melayu.
Mereka berkata langkah oleh pasukan pembelaan Anwar membuat permohonan sepina ke atas Najib dan isterinya Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat telah benar-benar mencabar Presiden Umno itu dan beliau akan lakukan apa sahaja untuk menyekat apa-apa pengaruh politik. Orang dalaman Umno berkata, terdapat kebimbangan dikalangan peringkat tertinggi parti dan berkemungkinan perbicaraan terhadap Najib akan memberi kesan negatif kepada calon-calon mereka pada pilihan raya akan datang.
Orang dalaman Umno juga berkata bahawa obsesi Najib terhadap Anwar menyebabkan mereka-mereka yang lain dalam BN kecewa kerana mereka lebih ingin melihat beliau fokus kepada isu-isu yang lebih penting dalam ekonomi seperti pengangguran,inflasi, kenaikan harga, penghijrahan professional keluar negara, rasuah besar-besaran dan dasar kerajaan yang dianggap tidak adil.
BN menghadapi prospek yang samar
Terdapat spekulasi bahawa prospek BN pada pilihan raya umum akan datang semakin malap dari hari ke hari dengan percanggahan dalaman parti dalam menangani isu-isu yang dihadapi negara. Ramai merasakan bahawa ‘tsunami politik’ boleh berlaku dan mengakhiri zaman BN dan pemimpin-pemimpin Umno.
Sesetengah pemimpin Umno berani memberitahu Najib untuk menimbang semula strategi beliau terhadap Anwar, yang masih dilihat sebagai gam yang mengikat Pakatan Rakyat dan satu-satunya pemimpin Melayu yang boleh dipercayai; masih berprinsip dan berintegriti terutamanya dengan kekurangan pemikir dalam Umno. Prospek Anwar dipenjarakan dalam perbicaraan kes liwat boleh mencetuskan tindak balas yang lebih besar bukan sahaja dalam Umno tetapi BN secara keseluruhannya. Mereka telah secara terbuka mempertikaikan prospek memenjarakan Anwar yang dilihat boleh mencetuskan rasa marah rakyat seperti episod ‘Mata hitam Anwar’ terutamanya di kalangan belia justeru memusnahkan prospek politik BN.
Perkembangan politik di negara ini telah memerangkap BN dan pemimpin Umno dalam arus kegelinciran dan kredibiliti Najib dan Umno semakin menipis selepas perhimpunan Bersih baru-baru ini dan episod pertikaian jajahan Inggeris terhadap Tanah Melayu yang telah meninggalkan ramai tertanya-tanya jika kepimpinan BN akan lumpuh dalam pilihan raya umum akan datang.
Selepas kesilapan dalam menangani Bersih, Najib akhirnya bersetuju dengan beberapa tuntutan mereka dan juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen untuk mengkaji reformasi pilihan raya. Ada dikalangan pemimpin parti komponen BN merasakan bahawa Najib telah menjejaskan BN kerana terlalu mengikut telunjuk Umno apabila gagal untuk menangani Bersih dengan betul. Ia rata-rata dianggap sebagai kesilapan besar oleh pengkritik Perdana Menteri dan menghantar isyarat yang salah kepada rakyat.
Pemerhati politik merasakan bahawa Najib boleh menghadapi kegagalan besar dalam politik sekiranya Anwar didapati bersalah dalam kes liwat dan dipenjarakan. Penahanan pemimpin Pakatan itu akan dilihat oleh rakyat sebagai helah kotor dalam kempen memburuk-burukkan BN dan ini dan boleh diterjemahkan kepada kehilangan undi untuk UMNO dan BN. Ia juga boleh bertukar sebagai simpati yang meningkat untuk Anwar. Akibatnya mereka akan melangkaui politik perkauman dan berharap agar pemimpin-pemimpin Pakatan akan bisa menyematkan harapan mereka untuk tsunami politik yang akan datang.
Fokus pada perbicaraan
Semua mata sekarang fokus kepada perbicaraan kes liwat Anwar dan bagaimana ia akan dimainkan. Ini mendorong beberapa pemimpin Umno untuk memberi tekanan kepada Najib untuk mengadakan pilihan raya yang awal untuk membendung kejatuhan, sementara itu, yang lain lebih suka Anwar berada dalam penjara dan apa yang mereka harapkan adalah supaya merka dapat merompak Pakatan daripada pemimpin yang boleh membawa mereka kepada kemenangan.
Penganalisis politik berkata Najib kini condong memihak kepada senario ke dua kerana ini akan memberikan dia masa untuk menguasai semula parti dan secepat mungkin melakukan reformasi dalam pilihan raya, dalam bentuk apa sahaja, untuk mengelakkan sebarang tindak balas atau tuntutan kempen kotor. Lebih penting lagi, dengan prospek ekonomi global yang menurun, Perdana Menteri ingin melihat hasil awal daripada program transformasi kerajaan yang beliau rencanakan. Ada juga yang melihat keadaan ekonomi memainkan peranan penting dalam apa-apa keputusan Perdana Menteri dalam menetapkan tarikh untuk pilihan raya umum ke-13.
Walau bagaimanapun, nasib Anwar dikaitkan dengan Najib. dengan mempercepatkan pilihan raya umum sebelum perbicaraan Anwar berakhir menunjukkan kepada pengkritik Najib bahawa Perdana Menteri sedang panik dan cuba untuk memulihkan apa-apa kerosakan dari segi politik hasil daripada perbicaraan itu. Senario alternatif adalah lebih menakutkan kerana memenjarakan Anwar boleh menimbulkan bantahan keras di dalam dan diluar negara, malah BN dan Umno mungkin tidak akan dapat pulih sebelum pilihan raya umum ke-13 walaupun sehingga berakhirnya mandat kerajaan pada tahun 2013.
Ramai melihat kes liwat Anwar sebagai tidak adil dan caj yang dibuat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu yang satu masa dahulu merupakan bintang Umno saja-saja direka dan merupakan kezaliman terhadap pemimpin Pakatan itu. Dia dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, masih merupakan orang-orang yang berpengaruh dalam Pakatan walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi mereka. Malah kehadiran mereka di perhimpunan PKR dan Pakatan boleh menguja orang ramai dan pengaruh mereka ke atas angin perubahan politik mungkin tidak terukur dalam bulan-bulan yang akan datang.
Terdapat juga badai yang melanda parti-parti komponen BN dan seruan kepada pemimpin-pemimpin Umno untuk “mengeluarkan kepala mereka dari pasir” dan menangani cabaran-cabaran yang melanda negara. Ini juga boleh memaksa Najib untuk menetapkan tarikh bagi pilihan raya . Beberapa pemimpin komponen BN juga sedang berkira untuk menarik diri daripada pakatan itu untuk menyelamatkan diri mereka daripada kejatuhan yang mereka semakin rasakan. Setakat ini Perdana Menteri masih dapat memegang pengaruh terhadap mereka dan menghapuskan keretakan yang perlahan-lahan muncul.
Retak tersebut boleh membesar dan tidak dapat diperbaiki lagi jika PKR dan Pakatan berjaya meraih simpati walau apa jua hasil perbicaraannya Anwar itu nanti.
Oleh Malaysia Chronicle
Thursday, September 22, 2011
Dilema Pemimpin UMNO?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baik tunggu saja keputusan daripada mahkamah.
ReplyDeleteHarap semua berjalan mengikuti undang-undang negara.
ReplyDeletebila dekat2 PRU baru isu berhubung dengan Anwar ni timbul semula.
ReplyDeleteini pun permainan politik juga..
ReplyDeleteInstead of exaggerating the sex issue, focus on the things that are more important.
ReplyDeleteNampaknya Anwar ini satu ancaman besar terhadap segelintir pihak?
ReplyDeletekes Anwar ni biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya nanti.
ReplyDeletekes anwar ni bila nak selesai?
ReplyDeletekeputusan mahkamah [samada AI bersalah @ x], x lg signifikan. lebih penting ialah banyak fakta bohong yg didedahkan mel perbicaraan ini n rasanya sebahagian besar rakyat sudah pun 'tahu' bahagian mana mau X masa GE13 nanti...
ReplyDeleteBiarlah Anwar dengan diri dia, sekarang ini apa yang perlu sekali adalahBN memperbaiki apa masalah yang timbul dalam parti
ReplyDeleteSelagi Anwar tidak tercapai impiannya selagi itulah dia akan mencuba untuk merosakkan pentadbiran kerajaan. Apa pun jangan biarkan Anwar memperolehinya.
ReplyDeletesiapa yg merosakkan pentadbiran kerajaan? IC projek itu penambahbaikan pentadbiran kerajaan negeri sabah meh...?
ReplyDeletesenang sahaja mau bebas dari tuduhan di malaysia.. nafi dan pertikaikan apa sahaja usaha dipihak yang menuduh..
ReplyDeletemangkuk ayun la NEJI itu pun kalau neji dalam UMNO, boleh neji nafi dan pertikaikan tuduhan
ReplyDeleteSeharusnya semua pemimpin harus memberikan keyakinan kepada rakyat dan bukannya mencari kesalahan parti lain.
ReplyDeleteHarus bertindak sekarang jika pilihan raya sudah tidak lama lagi.
ReplyDelete