Kumpulan pro-ISA beranggapan pemansuhan ISA dan memperkenalkan undang-undang baru sebagai ganti satu petunjuk bahawa "roh ISA" untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara tidak terjejas.
Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.
"Pemansuhan ISA ini bukan kejayaan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) , tetapi GMI juga selepas ini perlu re-branding nama mereka mengikut aksara akta baru yang bakal diumumkan nanti," kata Penasihat Undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Azam (kanan) mencadangkan dibentuk undang-undang baru dibentuk berdasarkan Akta Patriot yang digunapakai Amerika Syarikat.
Serangan pencegahan
"Elok ikut Akta Patriot di AS. Ia membenarkan pre-emptive strike (serangan pencegahan) jika ancaman dipercayai wujud.
"Akta Patriot membenarkan serangan pencegahan atas sasaran yang dipercayai boleh ancam keselamatan AS walaupun sasaran itu tidak berada di bumi AS," katanya.
Sebagai contoh, Khairul Azam berkata, menggunakan akta itu, anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) boleh datang ke negara lain untuk menyerang pihak yang menjadi ancaman kepada Rumah Putih.
Mengulas pengumuman Najib semalam, Magaran menyifatkannya "tindakan populis" pentadbiran perdana menteri.
Magaran sebelum ini mencuri tumpuan dengan menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada hari dan tempat yang sama dengan perhimpunan anjuran GMI.
Bagaimanapun, jumlah penyokonya yang hadir pada 1 Ogos dua tahun lalu di ibu negara jauh lebih kecil daripada pihak yang menentang ISA. Kedua-dua pihak gagal mendapat permit polis. -MK
Saturday, September 17, 2011
Roh ISA tetap ada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Polisi yang sudah tidak lagi relevan patut dimansuhkan.
ReplyDeleteKita tidak perlulah ISA ataupun akta yang sama seperti itu.
ReplyDeleteYang mahu ISA dipertahankan ini suara majoriti atau minoriti?
ReplyDeletebanyak pihak yang mahu ISA dimansuhkan dan kini ISA sudah dimansuhkan.
ReplyDeletekita nilailah sendiri samada pemansuhan ISA satu perkara baik atau tidak.
ReplyDeletesudah pastinya suara majoriti yang mahukan ISA dimansuhkan.
ReplyDeletememang akan diperlukan undang2 baru untuk menggantikan akta ini.
ReplyDeleteBairlah PM membuat keputusan. Harap ada atau tidak ISA nanti kerajaan kita akan tetap dalam keadaan yang aman.
ReplyDeleteSebagai rakyat, saya sangat mendambakan sebuah negara yang aman dan damai. Ada atau tiada akta ISA, yg penting hidup ini aman dan damai sepanjang masa.
ReplyDeletebukan soalnya suara minoriti @ majoriti. isu sebenarnya ialah undang2 yg dimanipulasi oleh manusia utk tujuan tertentu, spt survival politik. klu ada usul drpd pihak minoriti ttg sesuatu perkara, adakah wajar utk terus diabaikan tanpa mempertimbangkan dr sudut meritnya?
ReplyDeletepembangkang juga mungkin berpotensi memanipulasikan undang2 di malaysia sekiranya mereka berjaya merampas kerajaan untuk survival politik..
ReplyDelete