YONG TECK LEE (YTL) adalah bertanggung jawab terhadao akauntabiliti kejatuhan SAS. Ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana YTL gagal menjaga kesihatan saham supaya tidak jatuh sakit kerana beliau adalah Ketua Menteri Sabah pada ketika saham SAS dilahirkan ke dunia. Dalam erti kata lain, saham SAS adalah ANAK Yong Teck Lee yang tersayang.
Apbila saham SAS jatuh sakit kerana diserang penyakit semulajadi, saham SAS telah dibawa berjumpa doctor. Doktor telah memeriksa anak Yong Teck lee dan memberi ubat dan nasihat yang perlu dituruti supaya anaknya cepat sembuh.
Malangnya, Yong Teck Lee tidak menjalankan tugas yang diharapkan sebagai ibubapa seperti ibubapa lain yang sayang kepada anaknya. Yong Teck Lee didapati tidak memberi kasih sayang yang secukupnya walaupun berkemampuan berbuat demikian, justru itu anaknya tidak mati tapi tidak juga sembuh dengan memuaskan.
Hal ini telah disiarkan ke dalam akhbar tempatan dan seluruh rakyat sabah telah membacanya dan menuduh Yong Teck Lee ini ibubapa yang tidak bertanggungjawab, dan bukan ibubapa yang penyayang.
Yong Teck Lee telah cuba menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan cuba menyalahkan pihak lain, iaitu doktor katanya tidak pandai beri ubat sesuai dan tidak beri nasihat yang baik.
Bagaimanapun, akhirnya rakyat mengambil keputusan bahawa Yong Teck Lee dan doctor masing-masing telah didapati tidak menjalankan tugas dengan cemerlang. Dengan itu Yong Teck Lee telah dianggap sebagai seorang Ketua Menteri yang lemah dan rakyat SABAH hilang kepercayaan terhadapnya. Lebih menyakitkan hati rakyat ialah Yong Teck Lee tidak akun salah walau sedikit pun.
Sehingga habis tempoh Yong Teck Lee sebagai Ketua Menteri Sabah, kelemahan YTL berkaitan saham SAS tidak pernah dan tidak sempat diperbaiki atau ditebus. Sejak hari kejatuhan harga saham SAS sehingga ke hari ini, Hidup politik Yong Teck Lee menderita dalam tidurnya kerana telah diganggu oleh ‘Hantu Bonceng’ saham SAS.
Hairannya, sampai hari ini Yong teck Lee tidak pernah mengaku bahawa dia adalah bertanggungjawab ke atas kegagalan saham SAS atau tidur-politiknya setiap malam terganggu.
Barangkali Yong Teck Lee tidak mengerti apa maksud Akauntabiliti dan Biris bercadang Yong Teck Lee pergi berjumpa Lim Guan Eng meminta penjelasan apa maksud perkataan tersebut.
Lebih baik YTL akun salah dalam facebook kalau malu jumpa Daily Express dan menyertai pihak lain yang juga bersalah. Lepas itu minta ampun kepada rakyat terutamanya kepada semua pemegang saham SAS.
Kemudian terangkan usaha-usaha yang Yong Teck Lee telah ambil untuk cuba memperbaiki semula harga saham. Dengan demikian barulah rakyat boleh faham dan boleh menilai semula sama ada memberi Yong Teck Lee peluang sekali lagi menjadi Wakil rakyat atau tidak.
Rakyat biasa yang hanya penoreh getah (Biris), petani, nelayan, pemandu lori atu teksi, penjual sayur dan ikan kering di gerai koperasi dan di tamu-tamu, buruh bikin bangunan, mekanik, tukang servis penghawa dingin, tukang paip, broker jual tanah, peon, kerani, pelayan restoran dan Ah Long; tidak minat penjelasan SAPP yang dalam-dalam yang melibatkan nombor dan formula kerana rakyat melihat hati manusia kerana itu sahaja kami tahu buat secara penuh bijaksana.
Oleh : BIRISPUNYA BIRIS (sabahkini)
Tuesday, September 27, 2011
YTL Diburu Hantu Bonceng?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa yang pernah dilakukan tidak boleh ditutup begitu sahaja.
ReplyDeleteYTL patut memikul tanggungjawab ini.
ReplyDeletepasti kebanyakan orang sudah tahu mengenai YTL ini..jadi pandai-pandailah menilai...
ReplyDeleteYTL tak harus lepas tangan, dia hrus bertanggungjawab terhdap apa yang berlaku pada SAS.
ReplyDeletePatut disiasat.
ReplyDeleteMemang tidak bertanggungjawab, tidak layak menjadi bapa @ mama....
ReplyDeleteApa yang berlaku ada sebabnya dan YTL harus menyatakan kepada semua sebab mengapa SAS boleh jatuh merundum dan merugikan banyak duit rakyat.
ReplyDeleteSAS akan sentiasa menghantui Yong ke mana saja beliau pergi....
ReplyDelete"Yong Teck Lee juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham North Borneo Trading dan Sugarbun sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian."
ReplyDeleteini merupakan salah satu kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh YTL semasa beliau memegang jawatan KM.
ReplyDeleteKes ini belum selesai sampai sekarang? Kenapa YTL tidak dikenakan apa2 tindakan jika semua ini salah beliau?
ReplyDeleteJika beliau puncanya, tentu bukan beliau seorang saja yang terlibat merancangnya.
ReplyDeleteIsu seperti ini akan digunakan untuk menjatuhkan beliau ketika minggu kempen nanti.
ReplyDeleteYTL seharusnya memikul tanggungjawab ini dan bukannya menyalahkan pihak lain..
ReplyDeletedisebabkan hal inilah YTL, pasti tidak akan menang pada PRU akan datang..mungkin ada baiknya jika YTL berundur dari politik selama demi survival parti politik SAPP kerana jika tidak sudah pasti SAPP akan terkubur selamanya selepas PRU 13.
ReplyDeletebetul tu baik bersara wajib YTL
ReplyDeleteYTL will need to get ready to be attacked when the campaign stars.
ReplyDeleteIts going to be difficult for YTL to win the coming election because of the SAS case. But all the best to him.
ReplyDeleteSAS issue again?
ReplyDeleteSememangnya masalah yang membelenggu Sabah sudah bertimbun2.
ReplyDeleteYTL, apa lagi yang anda mau?
ReplyDeleteI think YTL needs really a good time to enjoy.
ReplyDeleteBa teck lee, baik baik jalan eh.
ReplyDeleteYTL mesti tidak lupa akan kes kerugian besaran SAS pada pemerintahan beliau. Apa boleh buat pengurusan kurang cekap itulah sebab perkara ini berlaku.
ReplyDeleteYTL ingat sejarah silam KM Sabah dulu. Jadi janganlah mahu mengulanginya lagi.
ReplyDeleteSusahlah hidup YTL kalau diburu terus oleh hantu. YTL perlu sedar akan kesilapan yang pernah dilakukannya dulu. Maka berundurlah dari politik.
ReplyDeletekepimpinan YTL akan senantiasa dihantui oleh bayang2 SAS....
ReplyDeleteisu SAS yang melibatkan YTL akan berlarutan jika tidak ada penutupannya
ReplyDeletemungkinkah YTL cuba sedaya-upaya untuk menang dalam PRU akan datang supaya beliau akan dapat membongkar siapa dalang yang sebenar dalam isu SAS ini?
ReplyDeletekita tunggu sahaja nasib SAPP di piihanraya akan datang
ReplyDeletesemoga rakyat bijak memilih pemimpin mereka di PRU-13 nanti
ReplyDeleteA good leadership should bravely admitted his mistakes and be able to improve the limitation and weaknesses.
ReplyDeleteSikap ketidaktanggungjawab ini akan menjejas imej sebagai seorang pemimpin dan mambawa kesan negatif kepada parti SAPP secara langsungnya.
ReplyDeleteIts all about team work. Don't put blame but try to improve and work out the best for the mistakes. Coming PRU would be a great challenge to Yong and his team.
ReplyDeleteGagal tak apa, yang penting mencari jalan keluar untuk mencapai kemenangan. Sikap melarikan diri dari tanggung jawab akan menjadi satu tanda dan tanggapan yang amat negatif terutama sebagai seorang pemimpin utama di Sabah.
ReplyDeleteYong seharus lebih berhati-hati dan berkeupayaan mengendali duit terutama duit rakyat. Saham susah untuk "predict" dan di luar "control".
ReplyDeleteTerpulanglah pada pandangan individu masing-masing. Susah juga mahu komen. Apapun saya yakin rakyat cukup matang dan bijak menilai setiap perkara.
ReplyDeletePaling penting, fokuslah pada kebajikan rakyat dan tanggani setiap permasalahan yang timbul sebaiknya.
ReplyDeleteSetiap orang ada kelemahannya. Tapi inilah padahnya kalau asyik cakap pasal orang hingga terlupa diri sendiri pun tak sempurna. huhu
ReplyDeletediburu oleh reputasi buruk beliau sendiri..
ReplyDeleteKelemahan diri sendiri perlu dibaiki dan perlu lebih bijak untuk menggunakan 'strength"nya untuk menguruskan SAPP dan rakyat.
ReplyDeleteSikap tidak bertanggung jawab dan tidak memperbaiki kelemahannya akan menyebabkan Yong terus gagal dalam pentadbirannya.
ReplyDeletePeluang untuk setiap parti, setiap pemimpin adalah sama dan adil, ia terpulang kepada corak pentadbiran dan keupayaan sebuah parti dan seorang pemimpin untuk mengendalikannya. Gagal melaksanakan tugas akan menyebabkan rakyat melompat parti.
ReplyDeleteIni merupakan satu tanda hitam untuk Yogn yang gagal mengendalikan duit rakyat. Adakah rakyat sanggup memberi beliau sekali peluang lagi, PRU13 akan memberi jawapannya.
ReplyDeleteHantu luar tidak menakutkan, hantu dalam hati lagi dahsyat. Reputasi Yong memang tercabar kerana sikap yang tidak tanggung jawab terhadap kesilapannya.
ReplyDelete